Saturday, August 25

Orang berbudi , kita ...?

BERTERIMA KASIHLAH kepada insan yang pernah KECEWAKAN dan SAKITKAN KITA..sebabnya dari kekecewaan itu, kita menjadi HEBAT..

Malam ni aku nak bercerita ciket. Haha, walaupun BM ku tak berapa baik namun akan ku cuba karang sehabis baik. Untuk renungan semua.Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata bukan untuk mengata tapi memberi nasihat / teladan kepada yang lain.

Suatu hari , 2 orang rakan sekerja bercadang untuk makan tengah hari di suatu restoran berdekatan dengan pejabat mereka. Restoran itu amat popular sekali dikalangan pekerja JYP Trading. Makanannya yang murah dan menyelerakan. Yummy~. 2 orang sahabat itu, Miss X dan Miss Y telah mengambil tempat di depan kedai , berangin sikit katanya. Selepas meng'order' makanan , mereka pun...

Miss X : Mujur lah kita cepat sampai tadi , kalau tak senang-senang je orang rembat tempat special kita ni..haha...
Miss Y : Banyak lah punya special nye ? Padahal tempat dia nak usyar mamat bangla kat depan tuh..uhh...
Miss X : Ala Y, kau jeles r tu kan?kan? Aku tahu la..haha..aku kan cantik...(sambil membetulkan tudungnya yang herot pekot tu)
Miss Y : Yelah , cantik la sangat kau tu...setakat mamat bangla tu buat apa? Diaorang tu semua nak try.
Miss X : ...(terdiam seketika).... at least aku ada jugak peminat , kau ada?
Miss Y : (sambil tersenyum kambing  (: ).. Alhamdulillah , tuhan tidak menguji aku dengan ujian lelaki aku. Aku takut aku tidak dapat hadapinya.. :) . (Miss X hanya mencebik)
Miss Y : Kita ni kan kalau dah cantik , jangan duk tunjuk sangat . Tambah-tambah kalau yang tak cantik tu buat-buat cantik , lagi hancur aku tengok . Kalau seseorang lelaki itu terpikat akan wanita kerana kecantikan rupa parasnya , itu adalah syaitan namanya . Tak kan bertahannya cinta lelaki tersebut , akan lunturnya kasihnya mengikut kecantikan. Percayalah bahawa kalau lelaki itu terpikat akan wanita kerana peribadinya , tentu saja dia tulus untuk mencintai wanita tersebut . Peribadi yang baik akan kekal selamanya.
Miss X : Dah..dah..dah makcik. Dah serik aku dengar kau cakap macam tu. Yang peliknya kenapa kau still tak ada BF ea? dah habis baik aku tengok kau ni.
Miss Y : Aku baik? oh please lah~... orang macam aku ni tidak di ketogerikan baik lagi, yang layak untuk lelaki yang baik. hehe^_^
Miss X : Apa-apa jelah~...eh ,  Miss-yang-akan-jadi-baik , disebabkan kau nak jadi baik boleh tolong belanja aku hari ni? Haha , cam biasa lah...hehe
Miss Y : What??...uhhh,..whateverlah..memandangkan  mood aku baik sikit hari ni, aku belanja kau lah. Lain kali giliran kau belanja aku pulak ea..hehe...
Miss X : ok dear! Ni yang aku sayang kau lebih nih
Miss Y :  Yelah time macam ni baru nak sayang aku lebih~...
Miss X : ...ala-ala jangan majuk ea , tak baik merajuk depan rezeki..hehe...Jom makan , aku dah lapor bebenor ni.
Miss Y : Kalo ye lapar pun at least bacalah Bismillah dulu..ni tak, terus aja makan nya.

2 Bulan Kemudian....di tempat yang sama

Miss X : Weh dah 2-3 hari aku duk usyar mamat kat depan tu dah tak ada la. Tak kan dah kawen kot?
Miss Y : Ow selama ni kau la yang duk usyar dia la?haha...terrtangkap sudah~..haha..
Miss X : Eh mana ada lah. Aku tersasul je tadi..hehe..
Miss Y : Kau tak tahu ke berita terkini?
Miss X : Berita apa ni? Kenapaaku tak tahu????
Miss Y : Kau ni , berita sal peminat kau sendiri pun taktau? ish..ish...dia dah kena hantar balik la sebab tak ada permit..mujur la , kalau tak memang kau dah kawen la dengan dia! haha
Miss X : Kau ni , nak perli aku pun agak-agak la...kecik hati aku tau
Miss Y : Terasa ke...opss sorry la dear...
Miss X : Kau belanja aku , baru aku tak merajuk..haha...
Miss Y : Apa?!?!...hermm,tak apa lah demi kawanku yang tercinta, aku rela..haha...dah dah , janganduk merajuk lagi. kang aku panggil bangla tu mai balik sini..haha
Miss X : Haha...ni best ada kawan macam kau ni..hehe...sempoi la~~~
Miss Y hanya tersenyum melihat keletah kawannya yang sorang tu.

4 Bulan Kemudian...di tempat kerja mereka JYP Trading

Miss Y : X , jom pi makan..aku lapar r...
Miss X : sat na , aku nak kemas barang ni.
Ketika dalam lif...
Miss Y : kau tau, semalam aku mimpi, la..aku mimpi kau belanja aku la..hehe
Miss X : Apa?!?!..haha....time aku nak belanja kau tu aku dalam mood sedar x?
Miss Y : Apa punya soalan laa...semestinya kau sedar sebab kau sendiri yang bayar dalam mimpi aku tu. Kan Best kalau jadi kenyataan...(sambil tersengih)
Miss X : Errkk...sorry la dear, aku tengah pokai sekarang ni..hehe
Miss Y : Bukan ke semalam je baru gaji?
Miss X : Betol la banyak benda aku nak kena buat..buat itu ini.. Sori ok
Miss Y hanya dapat mendiamkan diri sahaja.
Miss X : Bila lagi kau nak belanja aku?haha...tak pernah kau nak belanja aku , ni dah gaji ni moh ler belanja aku sekali..hehe
Miss Y : . . . .? (dalam hati Y : aku tak pernah belanja dia??? dah selama ni tu apa?)...
Miss Y : Kau selalu je kan macam ni , mudah melupakan kebaikan orang..huhu...sedih aku...
Miss X : Kau ni pehal? nak emo pulak dah. Sejak bila kau sudi belanja aku? Tak pernah lagi aku rasa...hermm...
Miss Y : Tak apalah, senang-senang bayar makanan masing-masing. Aku pun tengah pokai ni!


________________________________________________________________________

Moral of the story : 
1 - Jangan mudah terpedaya dengan cinta kecantikan. Tak semestinya orang yang nak usyar kita tu orang yang betul-betul sukakan kita. Jangan cepat perasan ok?
2 - Kena tahu menghargai perasaan orang lain. Jangan cakap pakai redah je. Ingat, cakap pun kena ada landasan nya.
3 - Yang Penting ! Orang berbudi , kita berbahasa.. Dah kalau orang selalu tolong kita , tak kan kita nak buat bodoh je? Tak manis la macam tu. Ni pulak sampai tak ingat budi orang. Tak baik tau. At least cakap baik-baik la...

Sori kalo tak menarik~..huuhu..im not a story teller ^_^

Sekian;
: : SALAM AIDILFITRI : :



..Try to SPREAD the love.. ^_^

3 comments:

iamcikmisi said...

menarik2 ~ luv it ;)

hehe > btw jom join GA neh..hdiah mnarik..festyme neh, hope dpt support =)

http://www.coretancikmisi.com/2012/08/assalamualaikumjom-relax-sebentar_23.html

Likjj said...

Agreed ! Nak kopi dan pasta pls

Unknown said...

@evelee:copy jelah kalo suka..haha...highlight sume n copy..hehe

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers