Tuesday, July 31

Jom Pi Pantai~


Quotes for today :

♥..Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia..ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia..akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar Allah mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU (✿◠‿◠)


Tadi tengah-tengah duk "kemas" desktop, cheq terjumpa gambaq. haha . Teringat kembali zaman muda-muda dulu. Sebenarnya gambar tu diambil 2 tahun lepas. Namun tempat kat gambaq tu tersimpan banyak kenangan zaman cheq muda-muda dulu..hehe..

Meh aku perkenalkan : Pantai Irama, Bachok, Kelantan (Malaysia)..haha



Okey gambar pantai je pun. Tapi aku suka tempat ni. Nampak tenang je bila duk kat situ. Dulu aku membesar kat pantai ni lah..haha. Erk, jangan salah paham, rumah aku bukan kat tepi pantai tapi rumah aku "dekat" dengan pantai. Maybe tak dekat sangat kot..hehe.. tapi yang pasti tiap petang aku pi jalan kaki @ bebesikal je ke sana..hoho..best tau. Pegi selalu dengan abang-abang, yelah kita tak ada kakak..huhu.

Meh nak citer ciket, aku sebenarnya asal kat Bachok ni. Tapi time kecik je aku duk situ. Lepas umur aku 5 tahun gitu aku dah pindah ke daerah lain. Hoho. Namun memori di Bachok still ada la walaupun ada yang ingat-ingat lupa. 

Citer sal pantai ni pula. Pantai ni memang cantik. Kat pantai ini jugak ada tempat permainan, aku suka main kat situ dulu tapi sekarang entah ada lagi ke tidak. Dah lama aku tak pi situ. Aku ni kata je suka ke pantai tapi mandi pantai pun tak pernah! Hah..ni la aku. Haha. Entah kenapa bila aku tengok laut je aku jadi gerun. Timbul la pemikiran yang bukan-bukan. Dalam laut tu ada buaya lah, ada jerung lah so aku jadi takot nak mandi. Seriously, sampai umur aku sekarang ni aku tak pernah mandi pantai @ laut. Macam fobia pulak dah. Takat rendam kaki kat gigi air tu je aku boleh buat..huhu.. Pergi tengok saja boleh lah tapi mandi sorry to say. Aku suka tengok pemandangan. Disamping tengok benda yang cantik dapat juga aku memuji kebesaran ciptaan Allah SWT yang Maha Agung tu.

Surprise a loved one with a flight to Paris. Without burning a hole in your pocket! ;) Please click HERE

Kat Pantai Irama , anda boleh bersantai sambil makan di warung-warung kat tepi pantai tu..ahaha..aku suka sangat pekena makanan gorengan kat situ. Terdapat banyak makanan laut yang goreng je lah. Santai beb, makan sambil menikmati bayu laut yang sempoi-sempoi bahasa. Haha
Eh, panjang pulak aku bercerita nih. Kena berhenti dah la, nanti orang boring baca aku duk melalok ni..haha... 
sekian...


kalo sudi click sini & SINI


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, July 30

Alhamdulillah



Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Berkuasa kerana dia telah memberikan yang terbaik untuk diriku ini. Selepas apa yang aku lalui setahun lepas, kini aku merasai kemanisannya. Walaupun aku tidak berharap untuk mendapat bidang pengajian itu, namun aku redha kerana aku tahu Allah SWT telah memberikan yang terbaik.

Ye, dulu masa kat matrik aku keseorangan tiada teman yang dikenali namun terima kasih kepada semua yang monyokong aku untuk belajar berdikari ditempat orang. Alhamdulillah. Dulu aku merungut kenapa aku keseorangan sedangkan yang lain mempunyai kawan-kawan. Pada mulanya aku cemburu kerana mereka boleh mengenali tempat baru bersama kawan-kawan. Tapi aku ketika itu hanya keseorangan tiada teman yang mahu menemani aku. Mujurlah kemudian harinya aku dapat membiasakan diriku ditempat baru..huhu

Dan kini aku akan memasuki Uni. Ermm, impian aku dulu termakbul. Aku punya kawan di sini. Coursemate merangkap hostelmate. Hehe. Alhamdulillah. Syukur yang terhingga kupanjatkan kepadaNya. Dan aku berharap aku akan berjaya mencapai segulung ijazah nanti bersama-sama rakan-rakan seperjuangan nanti. AMEENNN~


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, July 29

My Memories, My Friends


But friendship is precious, not only in the shade, but in the sunshine of life, and thanks to a benevolent arrangement the greater part of life is sunshine.


...and this is my story...


Nick Ana , Suha , Cheku Ah , Zai , Pijah , Mila


Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dikurniakan dengan kawan yang baik-baik belaka. Merekalah memoriku yang lepas. Ye, aku suka hidup dalam memori sebab memori itu ada kamu,kawanku. Walaupun pahit, ku tetap mengingatinya. Walaupun manis ku tetap merinduinya..hoho...

  • Terima kasih kawan sebab sudi menjadi kawan-kawanku. 
  • Terima kasih sebab terima aku apa adanya
  • Terima kasih sebab menyokongku
  • Terima kasih sudi mencipta memori bersamaku
  • Terima kasih mengizinkanku muncul dalam hidupmu

Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.  Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa.  Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta.  Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna.  Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.
Tatkala berteman, jagalah tutur kata.  Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa.  Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita.  Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya.  Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.  Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.
Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain.  Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa.  Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka.  Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain.  Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain.  Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat.  Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa.  Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.  Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.

Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.


A single rose can be my garden... a single friend, my world

NOTA KAKI : Kalo sudi sign up sini, bantu lah orang yang memerlukan.. PEACE!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Oh lappy~





Nak laptop ni~



Setelah 2-3 hari berpisah dengan lappy, Finally aku dapat balik..yay!!
Entah penyakit apa la yang menyerang lappy ni sampaikan tak leh bukak, huhu..
Sebab baru dapat lappy dah tak tau nak berceloteh sal apa..huhu

Okey..

semalam aku pi berbukak rumah mak sedara aku. Dia wat kenduri so i follow lah.hehe.
Aku baru jumpa seseorang yang pelik semalam. Bukan aku nak mengata tapi..erk..aku nak bagi pengajaran kat orang lain ciket.

Terkejut giler aku semalam bila jupa ngan sorang mamat ni a.k.a sedara aku.



Ada ke patut orang berbuka makan kurma, tapi dia berbukak dengan ROKOK?!?!
Apa kenalah dengan dia sorang..ish3..kalo sebatang tak terkejut sangat tapi ni siap hisap 2 batang kot sebelom 'berbuka' dengan makanan lain.
Apa nak jadi lah. Isteri dia tak nak tegur pula.
Kan kalo aku tegur nampak macam aku ni busy body tapi yelah paham2 la pembaca semua.
Rokok tu comfirm2 dah berbahaya untuk kesihatan, dia pulak jadikan benda tu sebagai juadah berbuka.
Apa rasa rokok tu sampaikan nak berbuka pun dengan benda tu?

Tak paham la aku.
Kepada perokok diluar sana, bertaubat lah. Sayangi orang disekeliling anda. Janganlah menjadi penyebab orang mati. Anda nak ke tengok family anda mati disebabkan anda? Cepat-cepatlah katakan tak nak kepada rokok. Tak cool la orang merokok ni. Dah la mendatangkan penyakit. Bodoh betol lah kalo ada perempuan yang sukakan lelaki yang merokok. Perokok ni memang tak ada masa depan! (opps,terlebih sudah~..sori kalo terasa..)
Sah-sah rokok tu mendatangkan penyakit berbahaya dan boleh bawak mati, nak jugak kawen ngan perokok tu. Harap aku dijauhkan lah dengan lelaki seperti itu. Nauzubillah...






..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, July 23

Erk...Ape kes ni?


Hari ni banyak kes yang terjadi. Dah banyak aku simpan report kes2 yang berat dalam memory 2GD kat otak ni...hoho..


Okey, firstly tadi aku baru je pi bukak akaun bank. Memang dugaan dalam bulan puasa betol la.
Dah la kena beratur panjang, tiba giliran aku nak buat tiba-tiba je i/c 'kesayangan' aku tu buat hal? Adoi, tie ni jugak la nak buat hal, cip x nak berfungsi pulak dah. Dah la i/c aku tu 'burok' ciket, ada part plastik dia yang terkoyak, memang rasa nak patah2 kan je i/c tu. Malu siot. Dah la pegawai bank tu dah gelakkan aku sebab i/c cabuk aku tu. Adoiiii~ 
*MALU~~
sengih je lah aku..hoho utk cover malu la katakan

Dia suh aku pi wat yang baru punyer, so aku pun pi la wat i/c baru, immedietly!! Memang hampeh r muka aku time tu, comfirm kali ni i/c aku tak menjadi and jadi 'disaster' cam dulu..Oh tdaakkk~...tak pe lah, demi nak siapkan cepat semua keje, aku redha~~..hoho...

Pi balik kat bank tu then kena beratur lagi! adoiii~..
Nak sampai giliran aku, pakcik pegawai bank tu perasan [yep, dia ingat dah muka aku =_=" ]
dia tegur, "cepatnye siap i/c.." sambil tersengih. Aku wat2 la tak dengar. Bila tiba turn aku, pakcik dah siap tersenyum cam kerang bucuk tengok aku, tau la nak mengata kat aku la tu, malas aku nak layan. Yang sudah tu sudah la pakcik oit, malu saya dibuatnya...

* Sudah~...cukup cukup sudah...cukup sampai disini saja.. *
ase macam nak nyanyi je lagu tu kat pakcik tu.


Okey,
Balik2 rumah je aku nampak sampul surat penuh..
wow...what's that?
Dengan hati yang berdebar dan ingin tahu, aku terus melulu ke mailbox.
Hampeh~...ingatkan transkrip result aku dah sampai rupenye surat tawaran.
Wait a minute.. Why i get an offer letter from UM??????????????
Rase macam aku dah buat penolakan tawaran UM hari tu. Adoi-doi...
Erkk... mane surat tawaran USM aku???
huhu...
Tunggu yang lain, tapi benda lain yang sampai 
>_<

Baru je aku wat keputusan nak pilih USM, tapi bila UM sampai, aku jadi was-was pulak dah.
Dilema sekali lagi. 
Ya Allah berikan lah aku petunjuk yang mana 1 terbaik buatku

Okey lah, time to sleep. [Kena tido awal, boleh bangun awal...hehe]

Reminder untuk semua : Kalo bangun awal tu jangan lupa buat Qiamulai ye! Jangan duk pikir nak sahur je.
And 1 more thing, sahur jangan tak sahur, sahur itu sunat kalo kita buat dapat pahala. Ramai kawan-kawanku yang tak suka sahur sabab malas bangun..hehe...rajin-rajinkan diri anda rebut pahala tau!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, July 22

Tak kesah la orang nak cakap apa


Semua orang ada mulut kan? Tapi tak semua pandai guna. Kadang-kadang mulut dia orang tu tak di'link'kan ke otak untuk berfikir, cakap suka pakai redah je. Maaf lah bahasa saya ini ada yang terkasar ciket.
Okey apa masalahnya kalau aku dapat course nursing pun?? ada aku menyusahkan mak bapak korang?..wew sabar..sabaar..
Hina sangat ke kalau dapat course tu? Macam la course tu terok sangat sampaikan ada orang nak pandang serong kat aku ni.

Dedicated kepada orang yang berfikiran cetek, tak semestinya nursing tu untuk budak lepasan SPM je. Tak payahlah nak mengatakan kat orang. At least aku akan dapat degree tau!
And kenapa sebut je pasal nursing orang akan fikir "ni mesti diploma je"
eh hello?? Nursing pun ada degree la. Kenapalah orang suka berfikiran macam tu?
Tak semestinya orang yang dapat nursing tu pointer dia rendah, tak layak untuk course yang lebih bagus lagi.
At least pointer aku tak la seteruk orang yang mengata tu, aku punya 3.5 above kot. aku ada kau ada? [bukan nak bangga diri ye, just nak sedarkan orang tu, biar open-minded sikit]
And bila aku cakap aku dapat nursing kat USM, mesti orang fikir, dapat diploma. Kenapa ea?
Memang USM tu popular dengan diploma je ke?wew...
For your information : aku bangga dapat USM. Bukan senang nak masuk situ.
Nak masuk dah la nak kena ambik exam, lulus exam kena interview pulak tu.
Aku ada, kau ada semua tu? 
Nampak sangat nak masuk situ pun bertapis. Kau yang tak dapat tak payah la nak sibuk mengata ea. Jaga sikit mulut tu. 
Aku bagitahu semua ini bukan nak bangga diri ke apa just untuk sedarkan orang yang suka pandang serong kat orang macam aku ni...huhu..sedih jugak lah bila dengar orang duk mengata dan merendah2 kan kita. 

* tengah dalam mood MARAH , GERAM , APA-APA JELAH*



..Try to SPREAD the love.. ^_^

Busy?


Okey dah 2 hari kita berpuasa. Apa khabar puasa anda hari ini?hehe...
Dah lama aku tak update blog ni, terasa sunyi sangat...huhu...




Mybe sebulan yang akan datang aku akan menyepi seketika
huhu.. Selepas keputusan UPU keluar, hidup aku menjadi tidak teratur.
Yelah, hari tu bingung berfikir untuk membuat pilihan antara UM dan USM
Masuk kejap dalam "dilema wanita"..haha..sebab 2-2 course yang sama...
Finally i make a decission untuk pilih USM!
Yup,.. USM adalah salah satu u impian aku (bukan sebab ada si dia).
Ce tengak wishlist aku, tak sangka aku dapat penuhi wish tu..hehe..
Lepas tu banyak benda yang aku kena buat, buat pengesahan, medical check up..buat itu...buat ini
huhu..tambahan pula sekarang ni dah masuk bulan puasa. Aku daftar u pada 1 Sept 2012.
Thats mean aku hanya ada masa lebih kurang sebulan lagi untuk bersiap. HUHU..
Tahun ni entah ada entah tak ada baju rayaku. Rasa macam tak de je sebab banyak duit dihabiskan untuk
keperluan aku masuk u..huhu
Sedihnye...



Dah la yuran kena bayar sebelum daftar. Kali ni banyak duit nak kena pakai. 
Mujur barang2 lama time kat matrik aku boleh recycle balik, jimat ciket. Tak perlu beli lagi.


Busy? yep...aku sedang dan akan busy nanti. Mungkin selepas masuk u ni aku akan jarang update, huhu..
biase la budak baru, banyak benda yang nak kena explore.hehe
Kalau sempat harap dapat update perkembangan terbaru aku yang baru memasuki alam UNIVERSITY!
YAY..aku dapat gak merasai jadi student U.,Alhamdulillah~
Oke lah, masa untuk pi prepare barangan yang nak dimasak untuk berbuka nanti.

* * *
SELAMAT BERPUASA SEMUA.
- mintak ampun la kalo ada tersilap or terkasar bahasa - 

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, July 12

Sesi "photographer yang tak profesional"


Mulakan harimu dengan Bismillah dan tersenyum lah..hehe..harap2 kita akan lalui hari ini dengan gembira. Ameen..


Okey, disebabkan terlalu boring kat rumah aku cuba membuat something yang boleh buatkan hari aku menjadi lebih menyeronokkan daripada "BORING~"
 
So dalam mencari idea, aku telah ke belakang rumah aku itu untuk mencari inspirasi. Last-last aku ternampak 2-3 kuntum *bunga kantan (aku tak pasti orang lain panggil apa) sedang kembang indah kat pagar belakang rumah aku tu. So aku ingat aku nak try la snap pic buat kenangan..haha..Aku kan suka ambik gambar Sebenarnya bunga kantan tu dah tua sebab dah kembang besar, selalunya orang nak masak guna yang muda yang hampir nak kembang. Walaupun ia hanyalah sekuntum bunga kantan(sebenarnya banyak kuntum..hehe) namun ia tetap cantik...bagi aku lah yang ketandusan seni ni. HUHU.

Inilah bunga kantan aku..haha :

                      

                     

                     

mcm bunga kekwa pulak dh
                  


hehe..aku tak pandai nak ambik gambar, orang ambik gambar aku pun nak ambik gambar jugak ..huhu...aku ni ambik tau ambik gambar macam ni je..tu pun x menjadi. huhu...dah la guna camera handphone je =_=" xde bajet nak beli camera Canon DSLR. 

Okey maybe gambar ni tak nampak cantik sebab ianya kat belakang rumah aku je pun. Haha 

So aku nak cau dulu la, nak gi belajar ambik gambar secara profesional pulak..haha
muah!

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, July 11

Sweet 19th




Alkisah pada zaman dahulu :

"Pada suatu ketika dahulu, seorang bayi yang cukup sifat (Alhamdulillah~) telah selamat dilahirkan ke dunia tanggal 11 Julai 1993. Bayi tersebut comel...haha..tak sangka bila besar dah jadi lain macam je..haha..."


"...dan akhirnya baby tu membesar jadi aku sekarang ni..haha...sekian terima kasih"
apa yang aku melalut ni? adoi..
Nampaknya dah genap 19 tahun aku hidup di dunia ini, syukur alhamdulillah Allah SWT masih mengurniakan setiap nafas yang berharga ini. Namun, aku sedar selama ini aku tidak lah menjadi insan yang sempurna. Yang bisa mengikut segala syariat Islam. Dan mulai saat ini aku berdoa agar aku dapat berhijrah ke arah kehidupan muslimat yang sejati.  Amiinn~...

Aku arap agar Allah akan panjangkan umurku agar aku dapat mencari pahala dari-Nya dan mendapat cinta yang agung daripada Dia yang Maha Esa..huhu...


* thanks kpd frenz aku yg dh wish..hehe..i love u all, u're the best present!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, July 10

my sweety-pie


What a boring day..uhhh~





Today, entah mengapa hari aku tetiba je jadi menyepikan diri dalam bilik. Lepas memasak untuk tengah hari terus aku terperap dalam bilik. Kesian umi aku yang duk tengok tv sorang2.. "sorry mom~"
Bila aku hampir je tertido dalam bilik tu tetiba je aku disergah..haha
Umi aku tetiba je buat 'spotcheck' secara mengejut. haha...
Dah lama umi tak masuk bilik anak daranya. Mujur lah aku dah sempat kemas bilik pagi tadi..haha..Alhamdulillah, syukur tak kena marah ngan umi..haha...



Mungkin umi aku tu pun boring gak duk tengok tv sebab tu pergi menjenguk bilik aku tu.
Mula-mula umi aku just nak wat spotcheck je tapi maybe dia rasa syok je lepak bilik aku tu terus je dia mai bertenggek tepi katil aku.(Bilik aku memang bes pun...haha)
dan seperti biasa bermula perbualan anak-beranak..haha...syok kot
Duk cerita itu ini, komplain itu ini and kita orang sama-sama tergelak bila teringatkan peristiwa lampau. Bergegar kot bilik aku yang kecik tu..hehe
Dari bertenggek, umi aku ubah posisi tido pulak...what?! umi nak tido bilik aku ke?hehe..yay, dah lama aku tak tido dengan dia. ^_^

hehe..so malam ni aku ada teman nak tido sekali..*happy, happy, happy*
okeylah tu je aku nak cerita...hehe..sori bazirkan masa korang baca post ni.

*memori dicipta dengan penuh gembira,. i will miss this moment =_=" *


Du'a for our parent!




..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers