Friday, June 6

Hurt TOO MUCH

 
Why? Why you like to talk behind me?

 

# just give me a reason....
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent

Aku membawa diri sendirian...memuhasabahkan diri. tapi last2 aku yang terasa sakit.
 
Dia kat sana, mungkin berbahagia diatas masalah ini bersama teman2 yang masih setia. Gelakkan setiap apa yang aku alami, and making fun of me dengan setiap kata2 yang aku sampaikan. Deritaku Bahagiamu, kot...

Terima kasih kawan. Terasa sakitnya amat dalam. Never feel like this before. Macam nilah bila kita terlebih sayangkan orang, last2 kita yang tersakiti.

In the end....semua menunding jari kat aku......
 
"I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')" 
- JUST GIVE ME A REASON, PINK -
 
p/s : "tak pernahkah kau sadari, akulah yang kau sakiti...?" - JUDIKA, AKU YANG TERSKITI
"jika teringatkan tentang dirimu, berlinanglah air mataku" - PAPINKA, MASIH MENCINTAIMU


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, April 29

Love for the sake of Allah!

When you love someone for his or her appearance, it is not love but attraction. When you love someone for his or her intelligence, it is not love but admiration. When you love someone for money, it is not love but profit. When you love someone for the sake of ALLAH SUBHANAHU Wa ta'la, that is True Love.
 
 
p/s : where to find him?

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, April 11

Jodoh itu Pasti Bertemu

 
Jodoh itu pasti bertemu....

Hermmm,...
Sometimes, ase cemburu tengok kawan2 yang dah ada"calon" tak rasmi. Happy semacam je. Aku pun nak try ase gak perasaan tu. Tapi nak buat macam mana bukan rezeki aku lagi.

Allamdulillah....Allah masih mahu menjaga hatiku untuk seseorang yang lebih berhak lagi.

Bila cakap pasal jodoh ni...hermmm...entah lah... kenapa lambat sangat jodoh aku nak muncul ni. Tak sabar nak tengok jodoh itu macam mana.

How to tackle man? Lol... soalan cepumas betol la....
Kadang-kadang ada terfikir jugak, kenapa aku ni susah sangat nak approach lelaki ea?
vice versa la...
Entah kenapa aku susah benar nak react to any _ _ _ _ _ _....
for example ; if ada orang yang usha aku, duk senyum2 (kadand2 aku je perasan lebih) ...aku susah nak balas senyuman tu, aku akan terus menunduk. Jadi malu nak balas balik
Kalo kat wad pulak, kalo ada doc yang datang dekat, aku yang akan lari dulu. Yelah, segan kalo ada dokter lelaki mai duk sebelah...

How to react to man?????
-__-



..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, April 1

To meet...

"Menemui sesuatu adalah untuk menjadi sesuatu"
Yeah, bunyi macam simple je tapi macam tu lah....
As for me, tak perlu untuk menjadi perfect untuk yang perfect. Aku tak perlu menemukan yang perfect untuk diriku, cukup sahaja dia sudi menerima aku dengan apa adanya.

When mom talk about marriage, i will refuse. As usuall.. dia akan bercerita tentang anak2 kawannya tu. OK, aku mendengar tak semestinya aku menerimakan? right?

Kalau boleh aku nak mencari sendiri. Yelah biar orang kenal dulu aku ni macam mana. If my mom pilih, belum tentu si dia mengenaliku dan menerima aku seadanya.

Untuk menemuinya...
as i said before, cukuplah dia dapat membimbing aku ke jalan Allah dan sudi menjadi ayah yang dapat membimbing anak2 aku ke jalan yang benar. Aku terima seadanya.

As for me now, i should be....something... LOL
Macam yang aku cakap, nak yang dapat membimbang aku nanti. so aku pun dalam masa yang sama haruslah seiring dengan apa yang aku kehendaki. Cuba untuk 'mengensot' menjadi muslimah sejati supaya dapat menjadi isteri, ibu dan hamba yang baik.

Hidup ini, tidak boleh terlebih memilih..nanti rugi.
Ikutlah sunnah Rasulullah SAW.. pilih lah yang sebaiknya.

Setiap orang ada kekurangannya, so kita haruslah melengkapi antara 1 sama lain. Hidup ini bukan mencari siapa yang perfect dan siapa yang tidak. Cukuplah menjadi hamba yang mengikut perintah-Nya.

*waiting and loading for my zauj...LOL



..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, March 5

Mimpi lagi!

oke..dah lame tak mencoret, tup2 meh crite sal mimpi plak. 
Aishh, aku sendiri tak pasti kenapa kebanyak mimpi aku macam jadi kenyataan je. Mimpi yang aku ceritakan sebelum ni pun dah macam nak jadi kenyataan je.

Dan 2-3 malam sebelum ni, aku ada mimpi aku bertemu dengan keith foo. Bukan senang nak jumpa dia. Ase macam poyo je nak cerita pasal benda tapi ada something yang membuatkan aku nak cerita. Dalam mimpi tu aku terjumpa keith foo tengah ber-photoshoot berpakaian pengantin. Tak sure untuk apa photoshoot tu.

Aku dengan tak malunye mintak nak ambik gambar dengan dia. Tak semena-mena dia pi duduk sebelah aku. Bajet aku nak ambik ngan phone cikai aku ni je, tapi si photographer tu mai ambik ambik gambar kitorang berdua. Macam nak buat cover page majalah je. haha. bajet...bajet...

Lepas je ambik gambar, keith foo macam nak peluk aku je! aigoo~~.... Belum sempat keith foo nak peluk aku, rumate aku dah kejutkan aku dari mimpi indah tu. Bangun2 tu terus aku marahkan rumate aku tu (marah2 manja) hehe...

2-3 ari lepas tu aku ternampak kat insta keith foo gambar dia kat set pengambaran
Seriously, exactly keith foo pakai baju yang sama macam dalam mimpi aku sebelum tu!. Yang aku peliknye macam mana aku boleh mimpikan dia pakai baju tu walhal time aku mimpi tu gambar ni belum dikuarkan lagi and yang penting pengambaran tu belum dijalankan lagi. Ponim den memikirkannye.

Aku macam boleh nampak je apa yang akan terjadi. haha.
thats why kadang2 aku takut bermimpi, takut bermimpi benda yang negatif dan ia betul2 berlaku.
tak boleh percaya sangat, nanti jadi dosa syirik pulak. huhu
Semua ini rancangan Allah SWT. Dia adalah sebaik2 perancang. Mungkin Dia ada agenda lain untuk aku lebih muhasabahkan diri.
:)


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, January 25

A teenage dream

Oke, dua tiga post aku kali ni berbau macam gatal nak kawen kan?haha....aku pun macam perempuan lain jugak, ada ati gak nak kawen tapi apa kan daya, tiada yang mahukan di pemilik ati ni. haha semua ini poyo!

Tapi satu je aku takut, aku takut perasaan nak kawen tu timbul sebab banyak duk tengok drama2 and bace novel2 yang berkawen a.k.a bercintan cintun kot. Yelah such as Ariana Rose, PMS...hoho... sume crite nampak macam bahagia je, dah la kawen ngan orang kaya! haha.
as i said in the previous post 
"Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan."
hermmm.... tengok pulak kawan2 kat U, ramai dah kawen (senior sebenarnye..hehe) tu yang ase nak kawen jugak tapi calon nye ngak ada. Cemburu dengar cerita kazen I. Dia dh bercinta, family laki tu pun dah setuju, tunggu persetujuan dari family belah kazen I je lagi. huhu. When she ask me : "awak macam mana pulak?"
me : krikkk...krikkk...krikkk...
Im turning to 21st kot! haha...masih jauh lagi perjalanan dalam misi mencari bakal suami..kot?haha...whatever lah... tapi when talk seriously about nikah ni kan, it such a scary thing. Yelah dalam tu penuh dengan tanggungjawab. A year before,when my mother's friends ask about me (erk ala2 merisik gitu la), it make me think many2 times to digest the lamaran. haha. its not officially melamar la....my mom dah menolak, sebabnye I masih muda katanye..haha...melepas sorang calon graduan doktor dari india kot..LOL.
But it makes me think... am i ready to get marry to someone? am i ready to be a wife? dah bersediakah aku untuk menggalas tanggungjawab? dah yakin boleh menguruskan anak lelaki orang? dah cukup ilmu agama nak didik anak2 nati? seyesly banyak benda yang aku fikirkan. Perkahwinan bukan sesenang yang kita dengar. Nampak tak aku memang suka fikir panjang.
And yang terbaru, my mom ada bercakap pasal calon baru. Anak kawan dia. yep as usual. My mom kata kalo jadi jodoh yang ni, my mom nak tunggu dia (the boy) nati tahun 4 n i tahun 3 nanti. hoho. thats mean next year! =="
Mak i kata lagi yang mak dia a.k.a kawan mak aku tu selalu duk tunjuk gambar anak lelakinye kat mak aku tu. wew. bila aku pikir balik ia lebih kurang je ngan mimpi aku hari tu. Aku ingatkan kawan mak aku tu nak jodohkan dengan yang adik tapi rupanya dengan abangnya yang tua setaun dari aku.
.....AWKWARD....
biar betol aunty tu, aku takut dia menyesal je pilih aku. huhu. ke aunty tu saje nak tengok reaksi aku?hermm....not ready to be someone's wife.. lol. not suitable for me for this time.. hoho
AM I DREAMING, AGAIN????

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, January 23

Jodoh oh! Jodoh...

Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?
Kebodohan ini juga berlangsung dalam kehidupan cinta kita. Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.
Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.
Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.
Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping. Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.
Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.
“Tidak ada pengalaman?”
Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami – isteri.
Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti – ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.
Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.
Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.
Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.

coffee & pasta :

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, January 22

my poyo dream

Just a simple story about my dream last night. lol...

Entah lah, mimpi itu terasa sunggguh real. As usual mimpi sal kawen. L.O.L
Kali ni mimpi tu bermula dengan pencarian calon oleh my mummy. hoho. 1st - 1st tu my mom memberitahu sal pertunangan aku dengan someone tak lama. Cam biasa diproted tapi my mom still dengan alasan 'bercinta selepas nikah'. ok fine, tapi biar aku kenal dulu kan? But my mom kata lepas tunang still boleh kenal. So nampaknya disitu aku sudah tiada kata untuk menolak. 

Persiapan majlis pertunangan aku ni dah macam majlis kawen pulak. Mana tidaknya, siap ada hantaran and ada pelamin kot. Semuanya buat sendiri tau! Katanya sebab aku anak perempuan sorang kena lah buat meriah sikit, bukan selalu. oh? Dua tiga hari sebelum tunang tu, my mom nak kenalkan kat aku kepada bakal tunang aku tu tanpa pengetahuan aku pada mulanya.
Pertemuan itu berlaku di sebuah mall (not sure which mall it is) huhu...

The awkward moment when mummy perkenalkan kepada 'bakal mak mertua' aku. haha? Time tu dengan tak ready nak terima kenyataan lagi dah jumpe bakal-bakal ni. Tanpa diduga aunty tu kata, tak sabar nak tunggu majlis kawen aku berlangsung. Dan aku terdengar my mom kata majlis pertunangan aku tu dah bertukar menjadi majlis kawen aku?what??!? my mom tak bincang dulu pun ngan aku! Sabar jelah, tak kan aku nak mengamuk depan aunty tu pulak kan, kena jaga air muka my mom jugak. Nampaknya aku kena belajar redha dan pasrah jelah terus dapat suami dalam 2 -3 hari lagi!. Lepas kenal-kenal ngan aunty tu keluarlah seorang lelaki nih. Perghh, berdebar giler aku time tu. "is it my future husband?" soal aku dalam hati sambil mengontrol muka. huhu. Aku hanya mampu memandang wajah lelaki itu dengan penuh debaran. Woit sape tak berdebarkan bila jumpa face-to-face laki yang tak dikenali tup2 jadi bakal suami pulak (debarnya macam real je walau ini hanya dalam mimpi)

" **** (x dgr nama ape) , panggil abang suruh dia ke sini" kata aunty a.k.a bakal mak mertua aku tuh. Oke thats mean budak tu adik 'dia' bukan dia yang sebenarnya. Lemah jantung aku boleh lah kalo selalu berdebar macam ni. Belum sempat adik dia panggil dia sudah muncul disebelah adiknya. Hoho. So he is?? Debaran aku kian bermula sekali lagi. Bagai nak luruh jantung aku bila my mom suruh aku n dia pergi shopping berdua, pilih barang nak letak atas hantaran. ok. what?!? Just me and him? why my mom, why should both of us? why u cant join us? gertak hatiku. hoho.

Dengan tidak semena-mena my mom and the aunty together with his son (adik dia) goin somewhere else. Officially kitorang jadi "dating" berdua. awkward..awkward. krikk...krikk...krikk. Dia pun tak tegur aku, aku lagilah malu nak tegur. hermm. I try to comfort my self. Aku tengok dia, aku cuba menganalisis mukanya. Aku try untuk mula menerima dia sebagai "someone" dalam hidupku nanti. Dari pandangan kasar aku, dia tak lah handsome tapi sedap mata memandang. hoho.... not bad la, selera aku boleh terima lagi. haha. macam demanding pulak aku ni. I take my first step ajak dia pegi beli barang. Jelaslah "kekekokkan" aku bila bersama dia. Yelah aku dengan tak biasa bercakap or berdating dengan lelaki, tengok2 hari ni kena dating terpaksa dengan bakal suami pulak tu...huuhu. Mimpi aku berakhir disitu je..huhu..sedey, ase macam nak tau je penyudah dia macam mana. I want to know what kind of man he is. huhu. 

As always, bangun2 tu aku cuba recall balik muka lelaki tu namun tiada imej yang muncul, dalam kadar ke blurran. Ase macam tak kenal je, kalo kenal mesti aku buat reaction lain dalam mimpi tu. hehe. Seriusly mimpi tu terasa macam real je. hermmm...


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers