Wednesday, March 5

Mimpi lagi!

oke..dah lame tak mencoret, tup2 meh crite sal mimpi plak. 
Aishh, aku sendiri tak pasti kenapa kebanyak mimpi aku macam jadi kenyataan je. Mimpi yang aku ceritakan sebelum ni pun dah macam nak jadi kenyataan je.

Dan 2-3 malam sebelum ni, aku ada mimpi aku bertemu dengan keith foo. Bukan senang nak jumpa dia. Ase macam poyo je nak cerita pasal benda tapi ada something yang membuatkan aku nak cerita. Dalam mimpi tu aku terjumpa keith foo tengah ber-photoshoot berpakaian pengantin. Tak sure untuk apa photoshoot tu.

Aku dengan tak malunye mintak nak ambik gambar dengan dia. Tak semena-mena dia pi duduk sebelah aku. Bajet aku nak ambik ngan phone cikai aku ni je, tapi si photographer tu mai ambik ambik gambar kitorang berdua. Macam nak buat cover page majalah je. haha. bajet...bajet...

Lepas je ambik gambar, keith foo macam nak peluk aku je! aigoo~~.... Belum sempat keith foo nak peluk aku, rumate aku dah kejutkan aku dari mimpi indah tu. Bangun2 tu terus aku marahkan rumate aku tu (marah2 manja) hehe...

2-3 ari lepas tu aku ternampak kat insta keith foo gambar dia kat set pengambaran
Seriously, exactly keith foo pakai baju yang sama macam dalam mimpi aku sebelum tu!. Yang aku peliknye macam mana aku boleh mimpikan dia pakai baju tu walhal time aku mimpi tu gambar ni belum dikuarkan lagi and yang penting pengambaran tu belum dijalankan lagi. Ponim den memikirkannye.

Aku macam boleh nampak je apa yang akan terjadi. haha.
thats why kadang2 aku takut bermimpi, takut bermimpi benda yang negatif dan ia betul2 berlaku.
tak boleh percaya sangat, nanti jadi dosa syirik pulak. huhu
Semua ini rancangan Allah SWT. Dia adalah sebaik2 perancang. Mungkin Dia ada agenda lain untuk aku lebih muhasabahkan diri.
:)


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Post a Comment

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers