Thursday, October 10

"Take A Walk In My Shoes"

Pernahkah anda meletakkan diri anda di tempat orang lain? dan merasakan apa yang dia rasa?
Aku rasa tak ramai yang 'sudi' berbuat begitu, yelah semua orang ada ego masing2, dah ada MR ARROGANT dalam diri tu.

Ok sebenarnya aku nak bercerita sikit (bukan mengumpat just luahan perasaan). HE is MR ARROGANT yang tak kan pernah menjadi idaman aku! Ceritanya bermula apabila aku ke suatu kem itu. On the last day tu my phone buat hal (habis batt). Aku dah la tak bawak charger. Dah la aku yang kena incharge bebudak yang nak balik a.k.a kena escort dia orang naik bas. So pape hal aku kena inform kat ketua nanti.

Kebetulan phone partner aku (gegurl k) yang ditugaskan skali nga aku tu ada batt tapi tak ada kredit. So aku mengambil keputusan drastik untuk menukar sim kad aku ke phone dia dan vice versa la. Nak dijadikan cerita lah kan, entah macam mana aku boleh tercicir my phone tu kat dalam bilik. Aku ingatkan aku dah masukkan dalam bagpack aku tu. 

Nak sampai ke bas tu dari kem hampir 1 km tau. Pergh memang letih la bila sampai kat bas tu. On the way nak tempat tu, kawan aku tu bertanyakan dimana phone aku. Dengan yakin nye aku kata ada dalam beg. Tapi aku berhenti sat nak check betul ke tak. Skali memang betul aku tertinggal phone aku tu kat bilik. Apa lagi, aku pun pergilah berlari balik ke kem tu. Hampir 400 meter jugak aku kena lari. wew. Time tu aku ada berselisih dengan beberapa orang staff kem yang lain. Semua tengok pelik kat aku sebab aku berlari sambil memikut bagpack yang berat tu. 

Sampai2 je aku kat bilik penginapan tu, habis 1 bilik aku geledah tapi aku tak jumpa apa-apa pun! My phone tak kan hilang kat tempat lain sebab aku tak pernah bawak ke mana-mana phone aku tu. Aku hanya bukak dalam bilik tu. aigoo, cemas-cemas gak tapi bila aku dah pastikan tiada, aku bergegas ke tempat bas. I need to accompany the student. -_- Dalam masa yang sama, aku berharap yang phone aku ada dalam beg or dijumpai oleh rakan-rakan urusetia yang ada lagi di kem itu.
Balik2 dari kem tu, aku bukak 1-1 barang dalam beg aku tu, terrnyata phone aku memang tak ada disitu. Kemudian harinya, aku ada mendengar ura-ura yang urusetia lain yang jumpa phone aku tu, tapi bila aku tanya tuan punya badan, katanya dia tak nampak pape pun. Kawan aku ada juga pergi berjumpa dengan dia, tapi dia tegas mengatakan dia tak jumpa apa-apa pun.

PERTENGAHAN...
Satu malam tu, kami tengah menghadiri jamuan untuk semua urusetia. Sekali lagi aku jumpa orang tu, aku tanya elok-elok kat dia adakah dia jumpa phone aku tu? Dia siap kata "aku dah ada phone canggih buat apa aku ambik phone kau?" dia siap tunjuk "phone canggih" dia tu. Ok, macam mana pokok boleh bergoyang kalau tiada angin, kan? kan? kan? Kenapa bila aku tanya orang lain, sume kata maybe ada kat dia.

Beberapa hari lepas tu, aku masih menduga dia. Aku hantar mesej, try call dia. Apa yang aku dapat, dia tak reply mesej aku, tak nak angkat call aku. WTH?!?!?? ataupun mungkin betol dia tak ambik/ simpan phone aku tu. Izzah redhooo dan pasrah. Dalam hati, masih merasakan yang phone aku tu tak hilang. huhu. macam tak boleh melepaskan phone tu hilang. wuhuhu...Aku tak leh terima sebab ada orang siap cakap yang mamat tu jumpa kat area mana. Itu mengukuhkan lagi hati aku untuk mengatakan phone aku dia yang ambik. Tapi aku tak boleh menuduh or fitnah orang sebarangan, aku tak ada bukti kukuh.
CLIMAX CERITA AKU....
After 2 week! phone aku hilang, ada mamat tu ( mamat yang aku syak dari mula a.k.a tak nak mengaku tu) dia sent mesej kat aku yang tanya soalan bodoh kat aku, "kau nak tak phone ni?" seriously? SERIOUSLY??!?!?! AFTER aku kena marah ngan family aku sebab phone hilang, dia tanya benda bodoh kat aku? Ce cakap sapa yang tak sayang phone oit! Aku apa lagi meletop la, skali kawan aku yang simkad dia dalam phone aku tu mengamuk. Mana taknye, dah 2 minggu kot hilang. Mujur aku tak beli phone baru lagi.

Apa perasaan korang bila ada orang buat begini? Ditanya banyak kali tak nak mengaku, last2 dia yang bagitau phone tu ada kat dia. WTH?! Lepas aku melepaskan amarah aku kat dia, tetibe je dia senyap. Adoi, phone aku tu tak nak bagi lagi. Malam hari tu jugak dia sent mesej kat aku, suruh ambik phone aku tu dengan orang lain. *sabar lagi* . Dia siap kata dan mencemuh aku sebab aku tak adat. Ok, apa maksud dia aku tak ada adat? Sebab aku marah dia ke? Ish,...dia tu tak boleh nak fikir, sapa tak marah bila phone tu hilang for 2 weeks! orang yang ambik tu tak nak mengaku pulak tu pada mulanya.

Dia siap cakap aku ni tak bersyukur, and aku patut berterima kasih kat dia. HAHAHAHA. Lawak nor aku dengar statement 'budak-baik' dia tu. Memang aku bersyukur phone aku tak dicuri, and what? i need to thanks to him? SHOULD I? after what he have done to me?tak nak ambik phone orang. Try duk kat tempat aku, apa yang ko rasa?

And paling best lagi, dia bagi reason kat sorang lagi kawan aku yang dia lupa nak bagi phone tu kat aku. Dia ada banyak masalah lah. Should I quote balik apa yang dia cakap sebelum ni bila aku duk tanya dia? Macam mana dia boleh lupa padahal aku duk asyik tanya dia. Kan aku cakap dia berkenan kat aku (sebab tu simpan phone aku lama2) kang kata aku perasaan pulak. Ayat dia macam nak buat aku rasa bersalah and pi mintak maaf dengan dia. Oh sorry, aku akan mintak maaf bila dia mintak maaf nanti. HE SHOULD!
Eh dah rasa lupa lama sangat duk simpan phone orang tu, tak leh ke mintak maaf dulu ke?? Maaf la aku takleh nak paham masalah dia apa....nak jumpa aku pun takut, puiiii~

p/s: aku tak lupakan masalah ni.......!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, October 1

Cinta itu....

Inilah kisah cinta Salman al-Farisi....
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada
agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi... penuh warna dan cinta.

   Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.

“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“silakan tuan...” balas Abu Darda’.

   Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”

“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.

   Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;

“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.

   Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya sy ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yg begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih syg Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya utk terus MEMBERI...teringat sy akan satu ayat ni. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tp bersyukur dgn apa yg dimiliki, tidak haloba dgn apa yang tiada..

   Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yg lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yg pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan?? sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan. Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yg besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI...

Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah swt. Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui..

~kisah cinta Salman al-Farisi ini saya ambil dr blog Tarbiyah Dzatiyah utk dikongsi bersama di sini..

..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers