Thursday, May 30

Kembali ke Normal Kehidupan

*Burse* *Bored*
okey, tak tau nak tulias apa sebenarnya...*purfff
Inilah kehidupan....
Meskipun setebal mana mendung melitupi langit, namun sinar mentari tak pernah kehilangan cahayanya. Ia sentiasa menghadirkan sinarnya. Ia sentiasa tegar tanpa kehilangan jati dirinya sebagai sumber penerang di hari ini. Ia tak pernah menunda bersinar hingga esok, meskipun ia dapati mendung menghalang keindahan sinarnya. Setiap tumbuhan kembali terjaga dari tidurnya. Kembang-kembang kembali bermekaran ceria menyambut harinya. Burung-burung terbang dan berkicau dengan merdunya. Semua hadir tanpa rasa sedih, gelisah, dan amarah. Semua ceria untuk menjelang setiap detik anugerah-Nya. Jadi sentiasalah tersenyum dan bersyukur dengan apa adanya.
Setelah apa yang aku lalui, ia banyak mengajar aku erti untuk memahami diri sendiri dan orang lain. Setiap masalah yang mendatang harus diteliti dengan betul sebelum membuat keputusan. Bagiku 'sharing' is not the right thing. Maksud, berkongsi masalah dengan orang lain kadang kala lebih membawa kepada banyak masalah lain. Ya, bagiku tak perlulah untuk aku mencerita masalahku kepada orang lain, mungkin mereka mempunyai masalahyang lebih besar daripadaku. Jalan terbaik adalah aku menceritakan dan berkongsi masalahku dengan Allah SWT. Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).
Mengadu kepada Allah lebih baik daripada mengadu kepada manusia yang kadang kala sukar untuk memahami kita. Allah Maha Mengetahui. Dia lebih mengerti apa yang kita rasa, apa yang kita mahukan. Allah sentiasa ada untuk kita berbicara dengannya. Janganlah kita berbicara dengan-Nya hanya pada waktu sukar. Kita perlulah sentiasa mengingatinya. InsyaAllah dengan hanya mengingati-Nya, hidup kita akan tenang dan sempurna. Alhamdulillah, setiap masalah yang aku hadapi pasti ada jalannya yang Allah telah tunjukkan kepadaku. Allah sentiasa mendengar setiap doa kita. Allah sentiasa memberi apa yang kita layak untuk memiliki. SubhanaAllah.....
Sentiasalah bersangka baik dengan setiap yang berlaku. Allah sudah pun mengaturnya dengan teliti. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seperti kata orang *entah siapa* "selepas hujan pasti hadir bersama pelangi yang indah...". Try kita tengok / singkap balik apa yang telah berlaku. Semuanya sudah diatur bersesuaian dengan keupayaan kita untuk menghadapinyaselalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Aku bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi just nak sharing. InsyaAllah sekarang ini aku cuba untuk menjadi penyabar dengan setiap apa yang berlaku. SABAR ITU INDAH ,kan? Ketika kita sudah hilang sabar tu, ingatlah kepada Allah. Jangan difikirkan benda yang buat kita hilang sabar. InsyaAllah pasti ada balasannya yang pastinya menyenangkan hati kita. ^_^

Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. 
.           .             .
Sila perbetulkan jika ada kesilapan :)

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, May 25

#12 Kekasih Gelapku : Mencintainya Dalam Diam

” Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cinta dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga.

Cukup cinta dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.

Maka cintalah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

~ Pilihan ALLAH itu yang terbaik
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cinta dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

cc : AkuIslam.com

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, May 23

Around You

Macam biasa aku tido dengan nyenyak sekali..huhu.. *tu pun nak kena bagitau ke -_- *
Disebabkan sesetengah beban stress aku sudah hilang, mimpi indah pun datang menjenguk..hoho...syok beb ^^
Entah kenapa semalam aku bermimpi tentang jodoh aku je *mybe kot jodoh*..haha...tapi sayangnya aku tak nampak muka dia la. huhu. Sweet je mimpi aku tu. Dalam mimpi aku tu aku berjalan-jalan ke sebuah tempat yang tidak kenali secara berseorangan. Ketika itu aku berasa ada yang mengikutku dari belakang. Yea, tapi entah macam mana aku tahu yang dia itu adalah jodoh aku dan aku tahu dia ingin melindungi aku. Dia mengikutku kerana dia ingin menjaga keselamatan aku. hehe. Aku ada cuba juga untuk menghilangkan diri dari pantauan dia namun tidak berjaya. Dia pasti menjumpai aku, dia seakan tahu dimana keberadaan aku. Namun begitu dia tidak datang dekat menghampiri aku, dia hanya mengikut dari jauh.

Kalau lah betol mimpi itu betol-betul terjadi, alangkah indahnya kerana aku tahu ada yang akan menjaga dan mengambil berat pasal aku. hoho. lagi syok kalo semalam aku nampak muka dia!  TAPI YANG PASTI, aku tahu aku ada ALLAH SWT yang sentiasa menjaga aku :-) 
Jodoh kita ada dimana-mana. They maybe Around You, just wait and see, Allah's Planning for us.
*           *           *          *
P/S : Entah kenapa ada someone tu macam sehati sejiwa ja ngan aku eventhough kami tidak saling mengenali. haha. I mean, setiap kali kalo aku ada masalah ke or ada apa-apa yang bermain difikiran aku, pasti aku akan nampak dia akan post kan some ayat yang sama bermain difikiran aku. Kalau tak pun dia akan post macam 'nasihat' untuk menghadapi masalah tu. haha, Pelikkan, aku tak pernah pun berhubung dengan dia tapi we have the same thinking. hoho. *aku kan budak yang suka perasan!..haha*

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, May 7

"I miss U"

Okey, malam ni pun aku nak bercerita ciket. Maaf la kalau anda boring untuk menjejakkan mata anda ke blog ini. huhu.

Semalam, aku pergi ke universiti aku *skema sikit*. Ketika aku nak mencari parking kereta yang berdekatan dengan hospital, tetiba je aku terserempak dengan kawan. KAWAN BAIK AKU~. wee~..hepi and excited giler aku rasa. Dah lama aku tak jumpa dia. Kami sempat lagi berpelukan di tempat letak kereta tu. hehe. Tak kisah dah orang duk tengok asalkan rindu aku terubat :)
Aku tak sangka boleh berjumpa dengan dia disitu. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku rindukan dia. Sempat gak air mata ni nak mengalir keluar tapi sempat je aku tahan *control macho la katakan..haha. Tak sure pulak dia buat apa kat hospital tu, tapi kalau tak silap dia kata dia ada apointment ngan dr. Aku dengan rela hatinya nak pi temankan dia. Seriously, aku happy giler. Kawan baik aku ada kat depan mata. huhu.

Sedang kami berbual-bual, aku baru teringatkan urusan aku. Aku meminta diri seketika untuk mengambil barang dalam kereta. Sekejap kemudian aku kembali ke tempat tersebut, kulihat kawan aku tu dah tak ada disitu. Where she go?... Oh no~,.. baru je jumpa dah nak kena berpisah balik. Terus je aku menangis kat situ.. huhu. How can she go like that before say goodbye?

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara yang memanggil aku. Adakah dia? Aku mencari-cari kelibat itu, ternyata aku tidak nampak kelibatnya. Sekali lagi aku terdengar namaku dipanggil. Kali ini, ada sentuhan dibahu. "Adik, bangun. Dah subuh ni~! " kejut umi ku dari mimpiku. Huhu. What?!?! Its just a dream??????????? :( I thought it was real. Seriously aku dapat merasai kegembiraan melihat dan bertemu kawan aku tu. TT___TT
Mungkinkah?
Okey, conclusion nya I miss her badly. Entah kenapa tangan aku menjadi berat untuk mendail nombornya walau hatiku memanggil untuk bercakap dengannya. huhu. HYUNG~... I miss you so much. jeongmal !
+Ravelle Evalion <3

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, May 5

[KE 'EXCITED' AN AKU]

Okey, eventhough today 5 MEI 2013 aku tak mengulas mengenainya. yaa, banyak cerita menarik untuk dikongsi namun aku tak nak ambik risiko, takut post aku nati kan berbau politik pulak,..hehe...
Entah kenapa semenjak dua menjak ni tahap ke 'excited' an aku semakin bertambah. haha. Excited bila duk dengar orang bercerita sal kahwin. Dah la sekarang ni ramai je yang bakal berkahwin tak lama lagi. Dah bertambun kad jemputan diterima. hermm, biasalah cuti sekolah dah nak dekat * final exam aku pun semakin hampir -_- * .

Tidak ketinggalan juga, abang long aku pun bakal berkahwin tak lama lama. hoho. Memang excited la aku nak menguruskannya * macam la tu majlis aku *. Seperti biasa, abang aku lebih mengharapkan aku menguruskan hal-hal perkahwinan dia selain daripada my beloved mom.

Seriously, lepas pergi melewati beberapa buah kedai perkahwinan, aku pulak yang rasa nak kahwin. haha. Mana tidaknya, semua benda aku yang pilih." I leave it to you.."- my bro. Okey, my bro memberi sepenuh kepercayaan kepada aku untuk membuat keputusan. Kadang-kadang rasa terharu jugak. huhu.

Okey, ni perkahwinan yang second last sebelum aku. haha. Thats mean, kalo abang long aku dah selesai nanti, giliran aku pulak yang menanti. haha. *nampak macam aku ni gatal nak kawen pulak dah -_- * . Tadi pergi ke ke beberapa kedai kain untuk beli baju family. Aku dengan blur nye pergi kat bahagian kain untuk baju pengantin. "Umi, nak yang ni.." sambil tersengih aku memegang gelungan kain tu. "Adik nak beli for majlis perkahwinan adik ke? tu kain lace untuk baju pengantin la. Kalau kita buat guna kain ni,nanti kalah kak ipar adik tu" terang umi aku. 
gambar hiasan*
Yep, kain tu cantik and teringin sangat nak pakai. Design baju dah mula direka dalam kepala. haha. Tapi nampaknya kena tangguh dulu la. Yelah2, aku lambat lagi -_- . Sekarang kena selesaikan yang abang aku tu dulu. hermm....
Cehh...aku cakap macam lah aku dah ada calon dah, puuiiii.... Tunggu calon datang meminang dulu lah baru fikir pasal kahwin ni. Hahaha.
 "Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.”~ (Hadist) 
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” ~ (QS. Al Israa’ :32)
HAHA . biaselah bila diri dah "rasa matured" , apa yang difikirnya kahwin je. Opps, aku dah matured ke? haha. ase macam kanak-kanak rebena je..haha.
hermmm....... just foget it !

..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers