Friday, September 28

Never Give Up !



<iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="344" src="http://www.youtube.com/embed/r-Yn4b9iClE?fs=1" width="459"></iframe>

the video do not apppear?
click below


have u ever watch this video? It has inspiring me since a week ago after my lecturer shown this to me. 
Eventhough i have seen it a few time , but...
i still crying like a baby~ !!!!!!!!! waaaaaaaaaaaa~
Ia sangat menyentuh kalbu ku..huhu.
You should watch this video! recommanded!
Terharu tau, video ni sal kesungguhan perjuangan seorang atlet untuk mencapai pingat dalam olimpik.
Harapannya hampir berkecai disaat-saat akhir apabila tiba-tiba kaki dia injured.
Dia jatuh tersungkur dan apabila paramedik datang membantu, dia menolak bantuan itu dan masih ingin meneruskan race itu. He wasn't going to be stopped by anyone! Dengan kaki yang sakit dia meneruskan dengan terhinjut-hunjut, kesian betol lah. Nampak sangat kesakitan dia time tu. Dalam masa yang sama, ayahnya meredah security guard kat padang tu untuk datang membantu anaknya. Dia tidak tahan melihat kesakitan anaknya itu. 
 "It obviously touched something in him because he came over and put his arms round me and we embraced," said Redmond.
Memang part ni aku touched kot. Ayah dia pi hulurkan bahu untuk tolong memapah anaknya hingga ke garisan akhir. T^T
"I'm here, son," Jim says softly, hugging his boy. "We'll finish together." Derek puts his arms around his father's shoulders and sobs.Together, arm in arm, father and son, with 65,000 people cheering, clapping and crying, finish the race, just as they vowed they would. A couple steps from the finish line, and with the crowd in an absolute frenzy, Jim releases the grip he has on his son, so Derek could cross the finish line by himself. Then he throws his arms around Derek again, both crying, along with everyone in the stands and on TV.
Derek Redmon may not have his first place..but he managed to finish his race! Despite of pain, despite of tears... he determined to give his all. How about you? Okey i should ask "how about me???"
huhu


Tu isi tersurat. Apa yang tersirat (yang aku nampak ah) ia mengenai pengorbanan. Ce selami betol-betol video tu. Adakah korang terfikir pasal yang tersirat? Semuanya tentang ibu bapa kita. Their courage to see us to be a successful person?

Ce kita muhasabah diri ini. Perasaan tak sejak kita lahir lagi ibu bapa kita sentiasa menyokong kita dari belakang. Perhaps kita dah besar panjang, dia orang sentiasa ada untuk menjadi tulang belakang kita. Pernahkah kita sedar setiap kepayahan yang kita lalui, disitu ada parents kita. Walau apapun yang terjadi, dia orang selalu ada dekat dengan kita dan disitu juga ada akan ada bahu untuk kita berpaut. Dalam kesusahan mahupun dalam kesakitan. Dia orang lagi terseksa melihat kita kesakitan. Sebab itu walaupun aku stress dalam pembelajaran, aku tak kan tunjuk kat parents aku. Walau aku dalam kesedihan tak kan aku khabarkan kepadanya. Aku tak nak dia risaukan keadaan aku.
Teringat lagi kejadian 2 minggu lepas, aku rasa bersalah sangat kat umi aku. Ya Allah, hati aku jadi sakit melihat ibuku menangis apabila tiba-tiba je tengok aku pengsan depan dia. Dia menangis, aku dengar dia  mintak maaf dengan aku sebab dia tak sempat sambut aku nak jatuh tu. Lepas tu dia pangku aku. Ya Allah, hanya Allah saja tahu perasaan aku time tu. Mom, its okey. Im alright, dont blame yourself. Thats my fault, im not take care of myself carefully. 


Time tu umi aku memang jadi kalut giler r. Lepas aku sedar tu, cepat-cepat dia nak bawak aku ke hospital tapi aku menolak. Aku tak nak menyusahkan dia. Im sorry. Aku tahu, my mom memang risau gila so aku taknak lah menambahkan risau dia lagi. huhu
* YOU RAISE ME UP !! *

Aku tahu my mom memang risaukan aku, lepas dari kejadian tu tiap hari dia call aku tanya khabar. Tiap kali dia tanya mesti jawapan aku sama * im alright mom, tak perlu lah risau, adik dah sihat ^^ * maaf, aku terpaksa menipu sunat "white lies" demi tak mahu bagi umi aku risau. huhu. Tak apa kan ? kan ?
Aku tahu aku tak layak cakap pasal dosa pahala ni sebab aku sendiri pun banyak dosa. Tapi ini untuk ingatan untuk semua gak. Kita haruslah menjaga hati ibu bapa kita, jangan sesekali menyakiti hati mereka. Merekalah cinta dunia akhirat kita. Syurga & neraka terletak atas perbuatan kita kepada mereka. Kalau perwatakan dan imej kita dah macam ustaz pun belum tentu kita masuk syurga kalau kita derhaka kepada kedua ibu bapa.  Jangan pula disebabkan kita, our parent masuk neraka. Nau'zubillah~... mintak jauh lah. Jagalah tingkah laku mu. Fikirlah tiap perbuatan kamu itu boleh menyumbangkan dosa kepada ibu bapa kita.
Maaf lah kalo penulisan aku ni ada yang salah ke or ada yang tak puas hati. Mintak maaf bebanyak. Kalau free komen lah ye ^^
Tweet
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, September 26

Crazy aboUt the wifi !

see! Aku still lagi tak boleh nak login lagi! 
Rindu ah nak main eden eternal ni. Rindu nak jumpa evelee ...huhu
asal hujung minggu pun tak boleh main? asyik ACCESS DENIED!
wew...

Sabar jelah~



okey today~...opss not today but 25 september is very special date ever. *i think so~*
Firstly, it was my very bestfriend's birthday. wink...wink...
Secondly, ehem2... my *sweetheart* 's birthday...toink..toink
ase macam lain sikit la kali ni sebab aku kan duk 1 U ngan dy sekarang ni..haha...i desa lagi tu
tett....




k thats all yang boleh i karang kat sini. next time i crita lagi..huhu
bye...
salam~
NOTA HATI : nampak sangat si dia nak menjauhi aku. Bila aku on je, dia terus off kot!!! Dah banyak kali macam tu, tak kebetulan kot??


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, September 21

Tak balik?

First of all hari ni pelik sikit. Bukak blog,intefer dah bertukar ke blog inteference yang baru tu. Seriously tak suka sebab masih 'kekok'. hoho. Cam pelik ja. Memang totaly dah tak leh guna ka intefer yang lama tu? 
__________________________________________________

Weekand ni aku tak balik, huhu.. *sedih..sob..sob..* sebab esok (sabtu) ada program kat U aku ni. Haish rajin bebenor u aku ni nak buat program untuk budak baru. Minggu lepas kem, minggu ni ada program ceramah, next week program larian. Memang 2 minggu ni aku tak balik rumahlah jawabnya.

Entah mengapa pagi-pagi hari ni aku terbangun awal. haha. Apa la aku mimpikan semalam sampaikan hari ni pagi-pagi lagi aku dah mandi. haha. Selalunya hujung minggu macam ni tengah hari baru nak merangkak masuk bilik air. huhu. *rajinkan aku?haha*
Okey, tetiba je pagi ni aku rasa nak breakfast. haha. Jarang sekali aku kelaparan pagi-pagi macam ni. Bila turun ke cafe, hampeh.. dia orang tak sediakan makan pagi untuk weekand! Adoi, kalo balik kan best. huhu. Hidup di U ni memang kena belajar kendiri ke? I mean semua sendiri? Okey aku masih tak biasa dengan semua itu.
Aku dah la bukan jenis "budak sosial". Dalam konteks budak sosial maksud aku ialah aku bukan jenis yang suka makan kat luar. That's it. wew. Kalo lambat lambat *dekat kol 6* makanan di cafe akan habis! Dah la malam dia orang tak bukak cafe. Dalam kata lain, student haruslah "berdikari" mencari makan diluar.
Yep, im not that type girl yang suka berjalan-jalan "tergedik-gedik" kat kedai mamak kat luar. I prefer to stay at hostel! fullstop! Aku tak biasa lah nak makan kat luar. Aku bukan memilih tempat makan tapi biasalah kalo kat kedai mamak tu ada "orang" macam mana. Aku tak boleh lah kalo ada orang pandang aku dengan pandangan yang pelik. *tak sure gak orang tu pandang aku ke tak* Aku rasa macam tak selesa je. One more thing, habit student sini kalo nak makan malam mesti keluar pukul 6.30 lebih-lebih gitu. Hello? adik oi , time nak dekat maghrib tu. Tak manis la kalo "anak dara" keluar time macam ni.
Nak keluar malam-malam pula rasa buang masa pulak, nak study beb!..haha. Kesimpulannya, aku kelaparan la tiap malam kat dalam bilik tu. Tak kan nak makan megi tiap malam kot. huhu. Memang boleh kurus akau macam ni. Dah la tengah hari tak berkesempatan nak makan, just makan roti je sebab rehat SEJAM je. huhu.

Okey-okey ni citer sal "pembelajaran" aku. haha. Aku tak nak citer sal anatomy but ni sal subjek psychology! haha. awal-awal sem dah kena belajar benda ni. First expression aku sal sal subjek memboringkan but ia meleset sama sekali. Enjoy kot belajar psycho ni. Ia tentang oursself. Cewah. Straight 3 jam aku belajar subjek ni dalam seminggu. haha. memang psycho la. Lecturer dia pun sempoi giler r, boleh wat lawak.

 Semalam dia ada bercerita sal couple. Okey,part ni aku macam tak bersetuju sikit ngan dia. Ada ke dia kata "bercouple" ini normal?  and kepada yang tidak ada bf ni a little tak normal.. WTF?!? Dia kata mengikut pembelajaran psycho ni pada usia kitorang sepatutnya mempunyai perasaan to other gender. Kena ada perasaan kasih sayang kepada orang lain selain daripada family sendiri. Adoi, sori la aku bukan tak nak or tak suka lelaki tetapi in fact kebanyakan lelaki ini tak boleh menggugat hati aku lagi. Haha. Kalo aku, aku tak nak bercouple, nak kawen terus. Haha....... Tak lah aku berdosa couple. kikiki.

okey lah time to basuh baju... bye all~

NOTA HATI : thanks la kepada yang mendoakan kesihatan aku *kalo ada la*. Alhamdulillah, walaupun sekarang ni aku jadi cepat penim2 tapi demam n batuk tu dah beransur pulih. Syukran~ ^^

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, September 18

#6 Kekasih Gelapku : Jagalah pandanganmu~


Mata ini ingin selalu memandangmu….
Tapi tak ku teruskan…
Bimbang akan mencium bau zina….
Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu…
Lalu aku tinggalkan semuanya….
Tak ku zahirkan didepanmu….
Cukup hanya ALLAH saja yang tahu…
Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu….
Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu…
Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu….
Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan…
Tapi aku tak terus melompat girang….
Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan….
Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan…
Bimbang dihati kian mengembang….
Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan….
Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman…
Tiap masa doa kurafakkan…
Moga DIA membuka pintu hatimu….
Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku…
Kerana cintaNYA aku mengenalimu…
Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu…
Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu…
Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala….
Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA…
Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA…
Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA…
Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH…
Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga…
Bukan menjemput air timah dari neraka…
Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala…
Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…

NOTA HATI : Semalam kuberjumpa jodohku di surau. Haha. ^_^ Setelah sekian lama kumenanti untuk melihat si dia. huhu. "Jagalah pandanganmu erisa!!!"
*EVELEE - janganlah rasa bersalah, tiada apa benda untuk dipersalahkan. You're my bestfriend ever. Ku terimamu apa adanya. Biarlah semua itu menjadi kenangan terbaik buat kita ^^_ Love u~


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, September 17

Senyumlah walau ia menyakitkan

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


Bermula hari khamis minggu lepas sampai hari sabtu, aku dipaksa ke kem. Yep bangga sat hanya U aku je yang wat kem for new student. huhu. ko ada. hehe. Actually kem tu best gak la walaupun hanya dapat tidur 2 jam. Aku tak boleh nak aktif sangat time kem tu sebab keadaan kesihatan aku yang still tak nak mengizinkan aku. huhu. sedey... Ada sekali tu aku terpaksa tak menjoinkan diri dalam 1 aktiviti pada waktu malam kerana kesihatan aku menjadi teruk, batuk sampai muntah! wew. Pi duk bilik urus setia pulak dia bagi ubat then suh aku tido kat bilik sebelah. Besar gak la bilik tu sebab ia bilik kosong, tak ada barang. Siot dia suruh aku tido kat situ?? ddah la bilik tu pintu 2-2 belah terbukak, orang duk lalu lalang kat depan. Malu kot nak tido berbaring. So aku ambik keputusan tido dalam keadaan duduk je. Tetiba je aku rasa macam orang duk perhatikan aku, terus je lah aku angkat muka. Takut kot kalo jadi apa-apa kat aku nanti. haha. Aku tengok ada seorang fasi lelaki tu tercegak kat dapan pintu tengok kat aku. Yelah dah aku sesorang kat dalam bilik tu.   Dia tanya demam ke aku hanya menjawab dengan batuk je.hehe. paham-paham la ye bang. Dia cepat-cepat suruh aku baring rehat. hehe. Sori la bang, saya tak leh tido kalo ada lelaki kat situ. Gila kot sape berani nak berbaring tido kalo dah kat situ hanya "ko-dan-lelaki" itu. Aky hanya menuntdukkan kepala aku kononnya nak bagi isyarat kat dia suruh "jangan tengok aku tido" . Mujurlah dia paham terus blah. wew.

Okey balik-balik je dari kem, my mom datang mai kat u aku. Dan aku juga dipaksa balik! *tak nak balik sebenarnye* hehe. Hari ahad semalam pulak aku dipaksa ke klinik sebab badan aku tetiba je naik ruam2. Bila pi klinik, blood pressure aku low. huhu. Lagi lah mak aku risau. "Im okey mummy~" Balik dari klinik aku ke kedai jap and kat situ la tetiba ja aku jadi glamour. haha All of sudden je aku pi pengsan kat kedai orang. Adoi malu siot. Semua orang duk mengkerumi aku. Bukak-bukak mata je aku dapat tengok orang lain duk kalut tengok aku. wew. Kenapalah kat sini jugak aku nak pengsan, kenapa tak kat rumah. huhu

Petang tu aku nak balik U balik tapi my mom berdegil nak antar aku ke kecemasan, nak cek keadaan aku. Kat kecemasan tu aku jadi bengang jap. Nak dekat 2 jam aku tunggu baru nak panggil, padahal bukan ada orang ramai pun time tu. Masuk dalam kena ambik darah bagai. Sekali doktor praktikal nak ambik darah aku tapi tak jumpa! Sakit kot, dah siap cucuk bila dia tarik tapi darah tak keluar. wew. Sekali nurse lelaki mai ambik darah aku. Sakit tu aku tahan jelah, malu kot dah besar2 still ase sakit tu. hehe. Siap ambik blood pressure and cek jantung aku kot. Menakutkan aku jelah. Lastly dia bagi ubat tahan sakit then aku disuruh duk wad sementara. Bangun-bangun segerombolan doktor-doktor tengah menlingkungi aku. Aku dengan muka blurr tengok 1-1 muka doktor tu. Diorang ada tanya something tapi aku tak pasti apa sebab aku still ase mengantok. 2 jam gak la aku duk kat dalam tu.

Okey sepatutnya semalam aku pi kawan2 aku wat preparation untuk jamuan tapi time tu aku still dalam hospital. huhu. Melapas merit aku! Tak palah demi kesihatan aku.Alhamdulillah seharian hari ni aku boleh berehat sepanjang hari sebab tak ada kuliah! weee~...

Ubat for today~


Aku yang tak suka makan ubat biji kena tahan jelah. Huhu. Harap cepatlah sembuh! Tolong doakan kesihatan aku ea~


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, September 12

Kejutan budaya ke aku ni?

 Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)


Terkejutkah aku pada kehidupan di universiti? Tapi bagi kes aku ni bukan kejutan budaya seperti bebudak lain. Kejutan aku ni dalam hal pembelajaran. Yep, aku still lagi takleh nak adapt dengan situasi pembelajaran kat sini..huhu. Dah la hanya ada lecture and practical class je. 

Okey, kalo lecturer yang garang tu aku dah biasa tapi aku tak leh nak adapt time practical class! Dah la 3 makmal di gabungkan dalam jadi 1 makmal consist of the all of student in that lecture.For example practical class of anatomy and histology. All of the student from anatomy's lecture sit in the same laboratory. Dalam bm nye budak-budak kuliah anatomy aku consist of 6 courses akan melakukan praktikal dalam 1 makmal (gabungan 3 makmal). Lecturer aku duk kat depan. Aku yang duk kat belakang hanya boleh tengok lecturer melalui tv. yes TV only! * okey ni kan apex univesity, aku tak biasa lagi =_=" * 

Semalam kitorang diajar mengunakan light mikroskop. Mula-mula ni praktikal yang simple je. Lecturer siap tunjuk specimen yang ditengoknye kat mikroskop tu melalui tv tu. Part tu best la sebab aku boleh nampak apa yang lecturer aku tengok kat dalam mikroskop tu. Hehe. Time praktikal untuk student plak lecturer aku siap warning suh berhati-hati dengan specimen tu . Dia kata 1 slide tu berharga RM2500+ ? Aku pun rasa macam percaya pula. huhu

Okey, semalam gak aku baru je pi ambik notes from my buddy *2nd year student* . Aku tumpang terkejut tengok nota tu. Ni baru nota Structure and Function a.k.a anatomy for semester 1 !!!! erk,ni ka aku kena study untuk sem ni? Nota ni belum masuk dengan nota biochem, physiology dan health informatic *ni baru subjek teras* . Redha jelah. Pilih sangat kos yang ada bio. *amik kau!*

*notes for anatomy only~ *

Okey, thats all for today update. huhu. Bye dearest!

Nota kaki : So kepada orang diluar sana yang anggap kos nursing ni senang , jangan pandang rendah kepada kami ea. Kitorang pun sama hebat dengan budak medic. Belajar lebih kurang je. Ko ada?haha..opss sori~

: : SALAM 1 BLOGGER : :


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, September 11

Sinar Baru


Sinar baru ke? haha. aku sendiri pun tak tahu adakah ini sinar baru atau pun apalah. erm,..yang pastinya aku perlukan sinar baru a.k.a semangat yang baru untuk terus berjuang dalam industri ini. haha. macam lah aku ni artis pulak.
Okey aku sebenarnya tengah ketandusan semangat. Kemana semangatku sudah menghilang? Tiap hari pergi ke kelas pun macam biasa je. Seriously aku tak tahu lah kenapa denganaku ini. Adakah masih dalam mode demam yang menjadikan diri aku ini blurr? adoi, sampai bila aku nak jadi orang blurr cam gini.

Sekarang iniaku sudah merasai kehidupan sebagai seorang mahasiswa. =_=" Keletihan mengejar aku. Entah kenapalah aku sering kali berasa letih and tidak bermaya je. huhu. Dah belajar aku tak faham. Its all about BIOLOGY! serius aku tak minat bio, entah kenapalah aku terima kos ni. Dah la lecturer ajar laju. 3 chapter in 1 hour. Gila siot. Aku dah layang lembab dalam nak memahamibenda baru. huhu. Sedih aku rasa bila terkenangkan diri ini. haha.
Dalam kelas tadi pun aku dah tertido *kejap je..terlelap!* Dahlah letih rasa boring pulak tu. Adoi. bio oo bio, please be kind to me! *dizzling...~* need to study right now!
goodbye bloggie! huhu

salam keboringan !


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, September 8

#5 Kekasih Gelapku : tolong beritahu kepadanya~

Yang Terlepas Kekasih Gelapku : #1  #2  #3  #4


Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua
 dalam doa kudusku setiap malam..aku memang mencintai dia dalam diam…
salam sayang :
Erna Najihah <3

dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/tolong-beritahu-jodohku/#ixzz25rx2WJRN

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, September 7

Finally orientasi dah habes!



okey setelah hampir seminggu di "kerjakan" diminggu suai-kenal, akhirnya aku dapat gak balik rumah. haha. *ayat ape tu aku tulis ni*  Dapat gak aku berehat kat rumah. Letih gegila ah time minggu orientasi tu. Nampak je kampus tu kecik, tapi letih gak berjalan nak sampai kat fakulti aku tu.
Dah la minggu lepas lagi aku duk demam, baru je nak sembuh demam tu datang balik gara-gara keletihan di minggu ni. wew. Bukan setakat demam je, selsema pun nak join skali. Selepas itu siap di upgrade kan lagi ke batuk tahap gaban dah. =_= Suara pun dah serak kalah Ramli Sarip. Hahaha


Semalam dah siap termuntah-muntah lagi. Entah apa nak jadi lah dengan aku ni. Walau apapun aku bersyukur sebab sakit. Orang kata sakit tu boleh hapus dosa? erk bunyi cam pelik pulak. Hanya Allah saja yang tahu..huhu.. Okey aku mengaku aku tak makan ubat dengan teratur tapi tu pun sebab aku tak nak jadi mengantuk bila dalam sesi taklimat (time dalam minggu orientasi). Mujurlah rumahku dekat je ngan U ni, sakit rindu senang je nak balik, hehe. And now im at home! *evelee,jangan cemburu ea..hehe* Esok dah kena pi dah, ai ahad dah start kelas and bermulalah hidupku sebagai mahasiswi.
okey tu kad matrik aku. Bangga sat bila pakai..haha...tapi!!!! gambar aku tak jadi kot.Tetiba je muka aku jadi kaler itam, cam bangla la pulak..haha... Ase malu pulak nak pakai, wew.
Apa-apa pun aku pun dah selamat jadi mahasiswi. Bila tengok jadual pun not bad la , ada banyak jugak gap. huhu. Sem ni aku kena ambik BIOCHEM and ANATOMY. Okey? subjek tu ja yang aku ingat, 2 lagi subjek tu x ingat sangat sebab bunyi cam senang ja..haha... Adoi Bio sekali lagi. yep. Aku.Tak.Suka.Bio. tapi dah nak buat macam mana kan, aku dah pilih kos ni. huhu. k lah aku nak rest dulu, biar cepat ciket sembuh sakit aku ni.
Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.  2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.  3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...

Sekian :
: : SALAM 1 MALAYSIA : :

NOTA HATI : Korang tolong doakan kesihatan aku ea! Terima Kasih!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, September 1

tak sabar nak masuk U !


okey2...sebelum sebelum ni aku wat rilek je, tak macambudak nak masuk u!
haha
dan baru hari jugak aku nak wat preparation, beli itu ini. Cepatkan aku?haha
*padahal esok 1/9/2012 aku dah nak kena g daftar!*


terbaek r.. memang kalut giler
dan mujur ada bantuan mummy ku yang menemaniku melipat pakaian. Haha. 
Banyak sangat ke aku bawak baju? rasa macam sikit je, dalam 2 beg bagasi?
haha... mak aku kata "dah macam nak pindah rumah, padahal U tu bukannye jauh sangat pun"
erkk..?? Tak boleh ke bawak banyak?haha...dah aku rasa macam baju 2 perlu so aku bawak la.
Tu pun banyak dah tinggal kat rumah =_="

Okey2....paling menyayat hati, aku dah tak boleh aktif berblogging ni. Maybe aku akan busy? entah ler tu tapi yang pasti buat masa ni aku tak boleh bawak laptop lagi. Kena cek surrounding dulu, mane tau ada yang mencurigakan? haha.. bahaya bawak awal-awal, takot hilang.

k r, aku pun dah nak tido ni, say gudbye to blogging's world..huhu...
esok dah nak daftar dah~

sekian terima kasih

nota kaki : erkk..header aku macam mane ni? tak siap-siap lagi?!?!?
anybody boleh tolong buat tak?for free??..hehe...buat amal jariah la ciket..hehe


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers