Sunday, January 27

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Jom join segment ni untuk tambah follower!
hadiah menarik menanti anda..haha...
*jadi promoter jap*
Jumlah follower terkini : 64


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, January 26

Teddy

Hai..hai...hai...
nampaknye dah seminggu aku bercuti, terdapat banyak perubahan dalam diri aku ni..haha
1st at all, semestinya perubahan dari segi bentuk badan..haha...memangterbaek ahhh..
Okey, ari tu lupa pulak nak citer sal mynew baby..hehe...actually i dapat present from my bro *tu pun lepas i wat merajuk..haha*
i got a rabbit!! yay *request nak guinea pig -_-*
The rabbit name teddy. Aku panggil ted je..haha...tatau nak kasi nama apa.
hermmm....teddy aku ni pemalu and penakut sikit. Susah nak rapat nak orang termasuklah aku. huhu.. sedey..
Setiap kali aku nak mengorat dia, mesti dia lari..haha..kalo aku pegang lagi la menggigil satu badan dia! haha...lawak betol la teddy aku ni.
Suka je main sorok-sorok ngan aku. Aiya, macam mana nak train rabbit aku ni? nak biar dia jadi rabbit yang baik.huhu.
Please be nice to mama ye teddy?

*teddy yang pemalu~*


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, January 20

Tolong paham,boleh?

Bissmillahirrahmannirrahim..

Ya ALLAH,bilamana hamba masih mengingati si dia yang bukan milik hamba,maka,bantulah hamba untuk hamba melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,maka lupuskanlah ia dari ingatan hamba..

Biarkan aku jauh dari dirinya,dan ikatlah diri hamba ini untuk terus setia dengan kasih-Mu..

Hilangkan bayangan dia dari ingatan hamba Ya ALLAH,dan payungilah hamba dengan rahmat-Mu,.

Perindahkanlah lisan hamba ini untuk terus berzikir.menyebut Asma-Mu..agar hamba sentiasa selamat dengan CiNTA-MU.

Ya ALLAH,perbaikilah agamaku yang merupakan sandaran segala urusanku.Dan perbaikilah urusan duniaku yang merupakan tempat tinggalku,dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku..dan jadikanlah kehidupanku sebagai tambahan bagi kebaikanku dan kematianku sebagai tempat istirahat dari segala kejelekanku” (HR Muslim)....Aamiin ya Rabbal'alamin..
Kepada kawan-kawan yang sudah tahu siapa dihatiku, harapnya janganlah engkau memperlekehkan perasaan aku. Jangan kamu mempersendakan apa yang aku rasa. Dalam bahasa klate 'jange nganyim or nyenye' or what-so-ever lah. Setiap apa yang aku katakan lahir dari hatiku 'mungkin tak semua' . Tapi perlukah kau mengulanginya seperti mahu mempersendakan aku? 
Maaf ye. Aku bukan nak mengata ke apa, just aku nak ko paham ja. Aku mintak tolong lah, dah2 la perli aku. And aku kan dah bagi ko baca blog ni tapi jangan la gunakan blog aku ni untuk mempersendakan aku. Aku paham benar lah ayat yang selalu ko guna untuk perli aku kan? Apa motif ko?memang nak sakitkan hati aku? Nak malukan aku? wey tolong lah, aku baru je nak built up confident menulis tapi bila ko cakap macam tu buat confident level aku down terus! 
This is my blog, nothing to do with you. Do not complain about my feeling. Jangan la ungkit sal entri 'kekasih gelapku' tu. Tu sal perasaan aku, so tak perlulah ko nak perli aku. And 1 more thing, pasal aku bagitau ko perasaan aku pada si dia. Jangan gunakan ayat 'excited-aku-ketika-bercerita-pasal-dia'. Bila ko ajuk balik apa yang pernah aku katakan dulu aku jadi malu balik. Kau pun tahukan aku ni pemalu sikit. So please la jangan naikkan level pemalu aku ni. Aku ni sensitif, tak boleh la kalo ada yang suka 'jekk' orang ni.

Maaf la, aku tak boleh nak cakap depan2,..aku tak pandai nak buat ayat biar kau paham. Bila aku cakap ko mesti tak paham and selalu buat ko salah paham. Mesti lepas ko baca ni ko akan 'ngayim' balik kat aku kan??????????kan??????kan????

Sori bukan niat aku nak kecikkan hati ko or nak cari gaduh ngan ko.....bukan niat aku....


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, January 16

#9 Kekasih Gelapku : "LAA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA "

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita impikan..
Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan memimpikan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita rindukan..
Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan merindukan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita dambakan..
Insya ALLAH DIA akan memberi kita seseorang yang akan mendambakan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak menyatukan kita dengan seseorang yang kita cintai..
Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan mencintai kita..

Seseorang yang hadir bukan hanya karena apa yang ada pada diri kita..Akan tetapi ia hadir dan mampu menerima kita apa adanya..

Maka..
Sujudkan diri dan hati serta jiwa kita dalam bertakwa kepada-NYA..
Indahkan akhlak diri dengan sebaik-baiknya akhlak..
Niscaya ALLAH akan memberi kita yang terbaik dengan segala Keindahan hati dan ketakwaannya..
Karena sejatinya jodoh yang akan kita dapat takkan jauh beda dari sifat, pribadi dan akhlak kita.

Insya ALLAH..




..Try to SPREAD the love.. ^_^

nothing to say...

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)



Perempuan bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya. Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala.
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/benarkah-wanita-dilindungi/#ixzz2I41kJUjS


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers