Terlalu tergesa – gesa mengejar jodoh?
Kebodohan ini juga berlangsung dalam kehidupan cinta kita.
Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan. Kerana ada ruang dihati
kita yang harus diisi.
Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita
untuk berasa tergesa – gesa memilih pasangan. Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya
masih tidak memerlukan.
Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks
sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.
Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan
bak suami isteri.
Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca,
cerita – cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah
masuk dalam perangkap.
Hidup berasa tergesa – gesa sewaktu memiliki pendamping.
Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang. Akhirnya boleh ditebak,
otak kita hanya melulu berterus – terusan memikirkan pasangan.
Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan
dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.
“Tidak ada pengalaman?”
Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin
hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah
hubungan suami – isteri.
Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti – ganti
pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan. Bekal
untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.
Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan
cinta akan menghadapi konflik.
Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan
keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita
untuk berasa kecewa.
Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu
hubungan cinta suami isteri. Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan
mudah rapuh.
coffee & pasta :
No comments:
Post a Comment