Thursday, August 9

Apa aku nak jadi nihh?

Dalam duka pasti ada suka. Jangan menyerah; karena dengan putus asa kita tidak lebih dari pecundang

Salam ramadhan al-mubarak semua!.
Hehe..hari tetiba je terfikirkan sesuatu. Pasal masadepan aku.ermmm. Lepas graduate nanti kompen ka aku akan kerja? Kat mana tu? atau pun aku akan jadi penganggur je? Alahai tetiba je soalan itu bermain difikiran Erisa. 
Kalo dapat biasiswa JPA, insyaallah ada kerja yang terjamin tapi kalo yang dapat PTPTN je, kena cari kerja sendiri.
Dah la zaman sekarang ni susah nak kerja. Kata je kerja kosong berlambak tapi pengangurnya masih ramai lagi.
Dan tiba-tiba juga Erisa terfikir akan keinginan Erisa dahulu. Dulu Erisa nak jadi suri rumah je tapi biarlah dapat pegang segulung ijazah dulu.HEHE
Erisa nak jadi suri rumah, nak jaga suami, nak jaga anak-anak & memenuhi masa bersama family je. Sebab Erisa rasakan, anak-anak akan lebih berjaya jika dibimbing oleh ibunya sendiri. Tutur katanya terjaga, makan minumnya terpelihara. Haha. 

Kalo kita kerjakan, anak-anak pasti ditinggalkan pada orang lain yang belom tentu mengajar benda yang baik. Ok disini bukan Erisa nak memburukkan rumah jagaan @ taska @ seangkatan dengannya tapi melalui pengalaman yang dapati dari saudara mara. Anak-anak mereka sudah pandai menggunakan kata-kata kasar yang "mencarut". Ini disebabkan oleh rakan-rakan yang suka menggunakan kata2 sedemikian. Anak-anak kita masih kecil sudah pandai menggunakan perkataan tersebut apatah lagi bila besar sudah pandai melakukan apa saja.

Tambahan pula, apa salahnya kalo ibunya sendiri yang mengajar anaknya contohnya membaca al-quran. Erisa tertarik dengan seorang jiran tetangga disini. Dia sanggup menyimpan ijazahnya semata-mata untuk menguruskan keluarganya. Anak-anaknya baru saja berusia 3 tahun sudah pandai menghafal surah-surah pendek. Lain pula terjadi kepada anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan. Mereka hanya pandai menyanyi sahaja. Ermm, mungkin sesetengah pusat asuhan sahaja yang mengajar menghafal surah-surah pendek ini. Orang mesti kata, buat apa belajar penat-penat tapi nak jadi suri rumah je? Haha, takpalah asalkan familyku terjaga. ^_^

Erisa tak nak anak-anak Erisa nanti kekurangan kasih sayang. Al maklum lah kalo ibu bapa yang berkerja, kadang kala tiada masa untuk anak-anak dan tiada masa menjaga"rumah tangga" itu. Kalo jadi suri rumah, insyaallah pakai makan suami akan lebih terjaga. Si isteri pun sempat berdandan untuk suami tercinta. Kalo isteri yang berkerja sentiasa tiada masa untuk berhias untuk suami. Betol x?Haha..Teringat pulak kat mak kawan Erisa tu, dia seorang suri rumah and setiap kali suaminya balik kerja mesti dia akan menunggu dipintu rumah siap dengan "make up" dimuka. So sweet la..  Erisa harap suami Erisa nanti sependapat dengan Erisa dan membenarkan Erisa untuk menjadi suri dalam rumah. Hehe.

Tapi ni semua keinginan Erisa je, Erisa takut tak semua orang setuju dengan pendapat Erisa ni especially my mom..haha..

See apa yang UAI & Ustaz Don kata:

nota hati : HAHA. Wahai bakal suamiku, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik buatmu dan ibu yang penyayang buat anak-anak kita kelak! *wink..wink*
psst :aku bukan gatal nak kawen lagi pon..haha...U pon belom masuk lagi. kehkehkeh XD..ini saja-saja pandangan aku tentang suri rumah!

Sekian ;
: : SALAM RAMADHAN : :



..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers