Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Aku cakap ni pasal diri aku yang terlalu leka dengan semuanya. Entri ini hanya untuk sedarkan diri sendiri dan untuk pengajaran buat semua. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk melakukan itu semua tapi at least aku ada effort nak buat dan mengajak orang lain sama-sama memperbaikki diri. So harap korang tak anggap aku ni macam..erk..macam...macam-macamlah..hehe...
SALAM UKHWAH!
1 comment:
entry yg boleh membuatkan seseorg itu muhasabah diri...entry yg sangat bagus..nasihat dlm entry nie sgt halus tp menusuk dlm relung paling dlm
Post a Comment