Wednesday, June 27

jom cooking


haha..setelah lama bercuti ni, otak jadi beku nak memikir nak buat apa kat rumah. Lastly my mom bagi buku masakan, siap bagi 2 buah lagi tuhh =_="
Bersungguh benar umi nak suruh aku belajar memasak..huhu...terharu betul. Dalam diam tetiba je terbit minat "nak memasak". Hahaha. Dah lama aku tak buat dapur berasap. Selalunya tolong gitu-gitu je ui kat dapur. Anak apa lah aku ni..huhu... Okey aku start memasak makanan kegemaran aku dulu. Sebenarnya aku tak suka masak makanan berlauk [sebab nampak susah n takut tak jadi then membazir je =_=" ] . I prefer masak kuih-muih...haha..kalau tak menjadi pun aku still boleh telan. Ni first time aku belajar buat kuih (tahun lepas sebenarnya) ..Nak buat kek ni simple je sampaikan aku pun tak ingat bahan-bahan dia,,hehe

Pineapple Cake






Dan semalam pula aku dah mula memasak balik..haha.. [lambat betol aku start]
First yang aku try buat ialah Puding Caramel/Gula Hangit sebab itu my favourite puding. Aku pun tak sure dengan nama dia, pakai bedal jelah..haha..and tak sangka for the first time aku buat tu ia menjadi and sedap!!..haha [bangga jap]
Mempersembahkan~ 


oke..tak la nampak sedap sangat kan??

okey lah tu for the first time buat kan?haha...
walaupun first time buat nak jugak kongsi resipi nya. Ini pun ambik dalam intenet gak tapi aku ubah-ubah sikit mengikut bahan-bahan yang ada kat rumah time tu

PUDING CARAMEL :

Bahan-bahan :
  • Gula - 1/2 cawan
  • Susu pekat manis - 1/2 tin
  • Susu cair - 1/2 tin
  • Tepung Kastard - 2 sudu (tapi I guna corn flour je sebab tie tu takda tepung kastard..still jadi oke)
  • Esen Vanilla - 2 - 3 titik
  • Telur - 5 biji

Cara-caranya :

1.    Gula dimasak dlm kuali,kacau hingga hancur dan agak keperangan dan masukkan sedikit air,kacau dan sejukkan.....biarkan seketika
2.    Dalam bekas lain.masukkan susu pekat,susu cair dan kacau hingga sebati.
3.    Selepas itu,masukkan telor satu persatu dan kacau hingga sebati dan agak pekat...tambahkan esen vanilla dan tepung kastard.
4.    Bila dah agak sebati, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang sudah diletakkan gula yang dimasak tadi.
5.   
Kukus dlm 30 - 45 minit...masak dan angkat. Untuk lebih sedap sejukkan dlm peti ais seketika...barulah boleh dipotong dan dihidangkan...yummy~

Senang je buat puding ni, tu sebabnya aku try yang ni dulu..hehe.
Dan sungguh ku tak sangka, my family suka kan nya dan minta buat lagi..haha..ni aku suka ^_^
Lain kali nak try buat kuih lain pula lah. Cheesecake ke?nampak senang je, bahan yang susah nak cari..huhu..takpa2 kalau jadi nanti aku share pulak..haha..oke
...SALAM...









..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers