Tuesday, June 12

Cinta dan kenapa?




Cinta adalah misteri dalam hidupku yang tak pernah ku tahu akhirnya ..Namun tak seperti cintaku pada dirimu yang harus tergenapi dalam kisah hidupku


oke kali ini aku ingin bercerita tentang cinta. Cewah memandai je aku ni nak cakap sal benda gini, sendiri pun belum pernah kualami..huahahaha
Aku rasa buat masa ini tak perlulah kita mengejar cinta dan seperti yang kita tahu, Allah S.W.T telah menetapkan jodoh kita. Ada sesetengah orang berkata "jodoh tak datang bergolek kita kenalah mencarinya."
Yeke? Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun-tahun lamanya sebelum berkahwin kerana mahu menduga pasangan masing-masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Dan semestinya ke jodoh yang kita cari tu adalah benar-benar jodoh yang di tentukan oleh Allah?
hermmm... Budak seperti aku tak pandai berfikir lagi. So aku assume baiklah tak payah cari jodoh itu. Kalau betul dia jodoh untuk kita, dia mesti datang dengan sendiri. Contohnya macam kisah Ustazah Fatimah Syarha tu.huhu. Sweet betul lah.

Anyways, buat masa ini aku ingin persiapkan diri untuk menjadi isteri solehah. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi isteri solehah ni. Dengar macam senang jer tapi nak membuatnya payah.
Cewah. Seperti yang pernah Ustazah itu cerita time dia bagi ceramah kat kolej aku tu, dia kata bagi sesiapa yang tidak pernah disentuh lelaki, maka apabila first time disentuh oleh suaminya dia akan merasakan 'something' (macam best je bunyinya..hehe). So dari sekarang aku akan mengamalkannya.haha. Nak rasa gak 
apa nikmat itu. HEHE.. 
Seriusly, sepanjang aku dewasa ni(seingat aku lah), aku tak ada seorang pun kawan lelaki =_=" .
Mungkin orang akan nampak pelik dan tak percaya dengan aku. Pada mulanya aku pun rasa pelik juga kenapa aku tidak ada seorang pun kawan lelaki. Namun aku bersyukur sebab aku tak perlulah berbuat dosa dengan mereka. Okey bukan maksud aku berkawan dengan lelaki itu berdosa tapi.... entah lah. Mungkin sesetengah orang bagitahu yang mereka berkawan dengan lelaki kerana "nak belajar bersama" or saja suka-suka . Namun bagi aku kawan perempuan sudah memadai. Jika kawan perempuan kita boleh membantu kita berbuat kerja or belajar bersama, kenapa mesti pilih lelaki juga?. Kita mesti ingat lelaki boleh menjeremuskan kita kepada dosa. Contohnya, kita duk bergelak ketawa dengan lelaki dah boleh buat dosa apatah lagi bertepuk tampar. Kenapa tak dilakukan saja dengan kawan perempuan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Aku tidak perlukan kawan lelaki kerana aku sudah punya "dua kawan lelaki" dalam hidupku iaitu abang-abangku. Aku ingin jadikan suamiku seorang sahaja kawan lelakiku dan menjadi teman hidupku yang setia. Biarlah nanti dia tidak akan cemburu. Huahahaha



Okey, aku memang pernah dan banyak kali meminat seseorang itu, namun tidak pernah aku luahkan perasaan itu takut tidak terbalas. Aku juga pernah berkeinginan untuk berkawan dengannya namun entah bagaimana niat itu sering terbatal. Mungkin Allah ingin menjaga hatiku. Ya, aku bersyukur kerana selama aku hidup ini aku tidak pernah di uji dengan kehadiran seorang lelaki [i mean bercouple lah]. Allah S.W.T Maha Mengetahui. Mungkin Dia tahu yang aku takkan dapat bertahan dengan ujian tersebut. Ya aku amat bersyukur. Walaupun ada yang mencuba, namun Allah tutup hatiku untuk menerima si dia. HAHA. [Ni mesti jodohku sudah berdoa agar bakal isterinya tidak membuka hatinya untuk orang lain dan menjadikannya cinta yang pertama..haha : P ]

Dan aku juga ingin berterima kasih kepada orang yang pernah aku sukai kerana dia tidak pernah membalas setiap mesej yang kuhantar. Mungkin dia juga ingin menjagaku. Mujurlah aku tidak akan terbuai dan berangan-angan...cewah..huhu..
Aku ada banyak lagi kelemahan dalam diri yang perlu aku baiki. Untuk mendapatkan yang baik, kita pun haruslah menjadi baik. Walaupun siapa saja diluar sana menjadi jodohku, aku berharap dia lebih baik daripada "someone" tu agar aku dapat melupakan "someone" tu...hoho

Kalau rasa apa yang aku tulis ini salah or nak bagi pendapat, silalah komen ye? ^_^



..Try to SPREAD the love.. ^_^

3 comments:

Azhafizah MN said...

cinta itu indah tapi kena berhati hati takut dikecewakan kerana cinta..tak gitu..cewah..BTW,thanks erisa for being my 4000 follower..^__^

Unknown said...

welcome dear...blog azhafizah menarik la,nice to read! ^_^

Cikrosecute said...

datang follow sini...

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers