Thursday, June 14

Jom Cuci Hati !


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan :


“Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) [ okey, yang ini satu aku jarang buat. Aku selalu je berfikiran negatif =_=" ..jangan jadi macam aku ye ]
 
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 


“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati [ Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa ]. 

10. Kekalkan wuduk. 

11. Bersedekah. [ semua orang tahu senyuman itu adalah sedekah, so senyumlah sejujur-jujurnya, jangan senyum kerna terpaksa OKEY? ]
 
12. Belanja orang makan. [ yang ini aku kurang pastilah, atas niat juga. Ada sekali tu aku belanja kawan aku makan sebab mood aku tengah baik(markah kuiz dapat tinggi..hehe) tapi ada ke dia mengata kat belakang aku, "Orang suka belanja orang ni sebenarnya nak menunjuk dia tu kaya" . Erk, hello?niat aku baik okey..korang gak dapat makan free masih nak komplen. Susah jugak nak belanja orang makan ni ]

 
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan seangkatan dengannya), jangan dengar orang mengumpat

Kalau suka amalkanlah, just sharing some information for those who want to improve their life as a muslim
^_^


..Try to SPREAD the love.. ^_^

11 comments:

Azhafizah MN said...

sama sama kita amalkan..semoga apa yang kita amalkan mendapat berkat dari Allah S.W.T.

kamal lee said...

terfollow belog awak yang cute ni. hihi

::thexieza:: said...

sharing is caring..
hehe..
:)

LaLa mhdnor said...

Jom sama2 beramal :)

Unknown said...

muhasabah diri jap....semoga kita bukan tergolong dlm golongan manusia yg berhati gelap...amin

Unknown said...

aminn~..jom amal yuk..hehe

Fatihah said...

salam..
blogwalking nih..
kalau sudi saya jemput awak ke http://nur-fatihah-bt-jakfar.blogspot.com/

Unknown said...

Semoga dapat melaksanakan semua perkara2 yg telah di sharing ini... Inyallah kita akan menjadi umat yg perkasa.

-Hati bersih segalanya bersih-

Beg tangan yg besar dan menawan dalam kelasnya: GR5TL | Nur Diana's Collections

Unknown said...

INSYAALLAH~

Unknown said...

YE, sma2 lah kita laksanakannya

Unknown said...

thanks la ye ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers