
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...Aku cakap ni pasal diri aku yang terlalu leka dengan semuanya. Entri ini hanya untuk sedarkan diri sendiri dan untuk pengajaran buat semua. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk melakukan itu semua tapi at least aku ada effort nak buat dan mengajak orang lain sama-sama memperbaikki diri. So harap korang tak anggap aku ni macam..erk..macam...macam-macamlah..hehe...
SALAM UKHWAH!







1 comment:
entry yg boleh membuatkan seseorg itu muhasabah diri...entry yg sangat bagus..nasihat dlm entry nie sgt halus tp menusuk dlm relung paling dlm
Post a Comment