Friday, September 7

Finally orientasi dah habes!



okey setelah hampir seminggu di "kerjakan" diminggu suai-kenal, akhirnya aku dapat gak balik rumah. haha. *ayat ape tu aku tulis ni*  Dapat gak aku berehat kat rumah. Letih gegila ah time minggu orientasi tu. Nampak je kampus tu kecik, tapi letih gak berjalan nak sampai kat fakulti aku tu.
Dah la minggu lepas lagi aku duk demam, baru je nak sembuh demam tu datang balik gara-gara keletihan di minggu ni. wew. Bukan setakat demam je, selsema pun nak join skali. Selepas itu siap di upgrade kan lagi ke batuk tahap gaban dah. =_= Suara pun dah serak kalah Ramli Sarip. Hahaha


Semalam dah siap termuntah-muntah lagi. Entah apa nak jadi lah dengan aku ni. Walau apapun aku bersyukur sebab sakit. Orang kata sakit tu boleh hapus dosa? erk bunyi cam pelik pulak. Hanya Allah saja yang tahu..huhu.. Okey aku mengaku aku tak makan ubat dengan teratur tapi tu pun sebab aku tak nak jadi mengantuk bila dalam sesi taklimat (time dalam minggu orientasi). Mujurlah rumahku dekat je ngan U ni, sakit rindu senang je nak balik, hehe. And now im at home! *evelee,jangan cemburu ea..hehe* Esok dah kena pi dah, ai ahad dah start kelas and bermulalah hidupku sebagai mahasiswi.
okey tu kad matrik aku. Bangga sat bila pakai..haha...tapi!!!! gambar aku tak jadi kot.Tetiba je muka aku jadi kaler itam, cam bangla la pulak..haha... Ase malu pulak nak pakai, wew.
Apa-apa pun aku pun dah selamat jadi mahasiswi. Bila tengok jadual pun not bad la , ada banyak jugak gap. huhu. Sem ni aku kena ambik BIOCHEM and ANATOMY. Okey? subjek tu ja yang aku ingat, 2 lagi subjek tu x ingat sangat sebab bunyi cam senang ja..haha... Adoi Bio sekali lagi. yep. Aku.Tak.Suka.Bio. tapi dah nak buat macam mana kan, aku dah pilih kos ni. huhu. k lah aku nak rest dulu, biar cepat ciket sembuh sakit aku ni.
Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,Allah akan utuskan 4 orang malaikat :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.  2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.  3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa...

Sekian :
: : SALAM 1 MALAYSIA : :

NOTA HATI : Korang tolong doakan kesihatan aku ea! Terima Kasih!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

3 comments:

sha_azmi said...

semoga cepat sembuh =)
wuwu x aci bleh balik umah hehe

Likjj said...

Memang jeles siak ! Nak balik jugak !

Unknown said...

haha..tiap mggu sy kna blik *dipaksa kot*..huhu...jom r, sy tman awk blik..hehe

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers