Thursday, July 5

"Segmen : Free Doodle Cute"

"Segmen : Free Doodle Cute"



Dengan bangganya Cik Linniey berjaya tag saya tuk join segmen doodle free nie.  
Segmen nie dibuat oleh Dex Min.

Sila-sila la men"join"kan diri anda yer.


Syarat2 :

1. follow blog ini
2. buat entry yg bertitle "segmen : free doodle cute" dan letakkan
 gambar atas tu yg dilinkkan ke entry ini
3. tag 3 orang rakan
4.tgglkan link segmen di komen entry ini ..

**dalam entry anda mestilah ada.....

nama : Erisa Levine
color baju di dalam : FF9966
 color baju diluar : FF6666
color kasut : FF0066

Cari kod anda di sini

Tag:

Hanya 40 orang terawal sahaja yang akan mendapat
 doodle tersebut

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, July 2

Antara cinta dan cita-cita



syok je blowing the dandelion ni..pi genting hari tu sempat main(jumpe kat tepi jalan XD)..haha


Okey kali ni aku bukan nak bercerita pasal cinta lagi dah. Aku pun boring jugak asyik cakap sal cinta je.
Dalam entri ni aku just nak meluahkan rasa yang terpendam je. Pasal karier aku..cewah..bunyi macam matured bebenor aku ni..huhu.....

Actually aku tengah confuse nih, antara cinta dan cita-cita. Okey kali ni pasal cinta aku pada umiku yang tersayang. Sebagai anak aku dah macam tak boleh menolak semua permintaan umi aku tu. Memanglah kita seharusnya memenuhi @ mengikuti segala kata-kata ibu kita. Namun adakah dalam soal belajar or dalam kata lain menjurus ke arah kerjaya aku nanti untuk perlu ikut parents? ehemmm...
Aku confuse betol la. Memang time isi UPU hari tu aku isi ikut apa yang umi aku suruh. Tapi dalam hati aku tak nak semua tu. Aku tak sanggup mengatakan tidak atas permintaan umi aku tu.
Aku nak ambik course lain tapi course yang aku minat tu umi aku tak bagi. Macam mana ni?
Boleh ke aku survive dengan apa yang dipilih oleh umiku?

Aku nak ambil course lain tapi atas rasa CINTA aku pada umi aku tu membuatkan aku terpaksa membatalkan niat aku itu..huhu...sedih tu memanglah sedih tapi nak buat macam mana?
Aku sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk umi aku itu. Tapi macam mana pula dengan hati dan cita-cita aku?hermmm...aku harap ALLAH SWT dapat memberi aku petunjuk dalam kebuntuan aku ini. Aku tak nak mengecewakan hati umi.
...Sekian Terima Kasih....


My L.O.V.E  ❣ 




. .

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, July 1

Hati oh Hati


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. InsyaAllah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Aku cakap ni pasal diri aku yang terlalu leka dengan semuanya. Entri ini hanya untuk sedarkan diri sendiri dan untuk pengajaran buat semua. Aku bukanlah insan yang sempurna untuk melakukan itu semua tapi at least aku ada effort nak buat dan mengajak orang lain sama-sama memperbaikki diri. So harap korang tak anggap aku  ni macam..erk..macam...macam-macamlah..hehe...

SALAM UKHWAH!


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, June 27

jom cooking


haha..setelah lama bercuti ni, otak jadi beku nak memikir nak buat apa kat rumah. Lastly my mom bagi buku masakan, siap bagi 2 buah lagi tuhh =_="
Bersungguh benar umi nak suruh aku belajar memasak..huhu...terharu betul. Dalam diam tetiba je terbit minat "nak memasak". Hahaha. Dah lama aku tak buat dapur berasap. Selalunya tolong gitu-gitu je ui kat dapur. Anak apa lah aku ni..huhu... Okey aku start memasak makanan kegemaran aku dulu. Sebenarnya aku tak suka masak makanan berlauk [sebab nampak susah n takut tak jadi then membazir je =_=" ] . I prefer masak kuih-muih...haha..kalau tak menjadi pun aku still boleh telan. Ni first time aku belajar buat kuih (tahun lepas sebenarnya) ..Nak buat kek ni simple je sampaikan aku pun tak ingat bahan-bahan dia,,hehe

Pineapple Cake






Dan semalam pula aku dah mula memasak balik..haha.. [lambat betol aku start]
First yang aku try buat ialah Puding Caramel/Gula Hangit sebab itu my favourite puding. Aku pun tak sure dengan nama dia, pakai bedal jelah..haha..and tak sangka for the first time aku buat tu ia menjadi and sedap!!..haha [bangga jap]
Mempersembahkan~ 


oke..tak la nampak sedap sangat kan??

okey lah tu for the first time buat kan?haha...
walaupun first time buat nak jugak kongsi resipi nya. Ini pun ambik dalam intenet gak tapi aku ubah-ubah sikit mengikut bahan-bahan yang ada kat rumah time tu

PUDING CARAMEL :

Bahan-bahan :
  • Gula - 1/2 cawan
  • Susu pekat manis - 1/2 tin
  • Susu cair - 1/2 tin
  • Tepung Kastard - 2 sudu (tapi I guna corn flour je sebab tie tu takda tepung kastard..still jadi oke)
  • Esen Vanilla - 2 - 3 titik
  • Telur - 5 biji

Cara-caranya :

1.    Gula dimasak dlm kuali,kacau hingga hancur dan agak keperangan dan masukkan sedikit air,kacau dan sejukkan.....biarkan seketika
2.    Dalam bekas lain.masukkan susu pekat,susu cair dan kacau hingga sebati.
3.    Selepas itu,masukkan telor satu persatu dan kacau hingga sebati dan agak pekat...tambahkan esen vanilla dan tepung kastard.
4.    Bila dah agak sebati, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang sudah diletakkan gula yang dimasak tadi.
5.   
Kukus dlm 30 - 45 minit...masak dan angkat. Untuk lebih sedap sejukkan dlm peti ais seketika...barulah boleh dipotong dan dihidangkan...yummy~

Senang je buat puding ni, tu sebabnya aku try yang ni dulu..hehe.
Dan sungguh ku tak sangka, my family suka kan nya dan minta buat lagi..haha..ni aku suka ^_^
Lain kali nak try buat kuih lain pula lah. Cheesecake ke?nampak senang je, bahan yang susah nak cari..huhu..takpa2 kalau jadi nanti aku share pulak..haha..oke
...SALAM...









..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, June 14

Jom Cuci Hati !


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan :


“Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) [ okey, yang ini satu aku jarang buat. Aku selalu je berfikiran negatif =_=" ..jangan jadi macam aku ye ]
 
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 


“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati [ Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa ]. 

10. Kekalkan wuduk. 

11. Bersedekah. [ semua orang tahu senyuman itu adalah sedekah, so senyumlah sejujur-jujurnya, jangan senyum kerna terpaksa OKEY? ]
 
12. Belanja orang makan. [ yang ini aku kurang pastilah, atas niat juga. Ada sekali tu aku belanja kawan aku makan sebab mood aku tengah baik(markah kuiz dapat tinggi..hehe) tapi ada ke dia mengata kat belakang aku, "Orang suka belanja orang ni sebenarnya nak menunjuk dia tu kaya" . Erk, hello?niat aku baik okey..korang gak dapat makan free masih nak komplen. Susah jugak nak belanja orang makan ni ]

 
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan seangkatan dengannya), jangan dengar orang mengumpat

Kalau suka amalkanlah, just sharing some information for those who want to improve their life as a muslim
^_^


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, June 13

Cinta Menurut Islam





1). CINTA MAWADDAH adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara . Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2). CINTA RAHMAH adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologi kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3). CINTA MAIL adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4). CINTA SYAGHAF adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5). CINTA RA'FAH iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi penzina (Q/24:2).

6). CINTA SHOBWAH iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33) - inilah cinta zaman sekarang.. =_="

7). CINTA SYAUQ (RINDU). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8). CINTA KULFAH yakni perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)



..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers