Saturday, June 1

Corak Coret Kehidupan

*gatal tangan nak menaip eventhough x tau nak tulis apa*
Tetiba ja terfikir dan memikirkan kenapa aku ni takde kawan lelaki?hermm.. peliks bin ajaib kan...
seriously, kadang kala aku rasa macam aku tak suka berkawan dengan lelaki. Yelah, cukup lah aku sudah ada abang-abangku yang telah membuatkan aku rasa annoying terhadap lelaki. wew. erk, jangan slah paham pulak, aku bukan anti lelaki just tak suka perangai lelaki *okey, sesetengah perangai la*. Thats why la aku nak calon suami aku tu boleh mengubah perception aku terhadap lelaki..hoho...

Tambahan jugak aku tak suka berkawan dengan lelaki sebab kawan-kawan 'perempuan' aku selalu cakap aku ni manja, lemah-lembut and kadang-kadang gediks gak. erkkk, aku gediks ea? Tak apalah, gedik2 aku pun tak pernah lagi aku menggedik ngan laki..hehe :) Thats why la aku tak suka dan aku rasa aku tak boleh nak kawan dengan lelaki. Yep, aku tak nak jadi gedik ngan laki. Aku tak nak tunjuk la sifat manja aku kat laki-laki yang tak sepatutnya. Ko nak tunjuk, tu ko punye pasal la. Jangan persoalkan kredibiliti aku terhadap lelaki..haha...*apa yang aku mnegarut ni -_- *

Aku cuba untuk menjaga pergaulan aku dengan lelaki. Yep, aku cuba untuk bercakap dengan lelaki just untuk perkara-perkara tertentu je eg: for study or kerja matter. Kadang kala aku akan rasa awkward jika bercakap pasal menda yang tiada kaitan.huhu. peliksnye aku -_- . Kalau berurusan dengan lelaki, aku lebih suka menggunakan SMS or mesej. Ya aku tak suka bercakap dengan lelaki melalui telefon kalau tak desperate lagi. Sebab aku takut, orang kata suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. haha. Dah la frens aku selalu cakap suara aku ni terlalu lembut -_- . Tak nak aku buat eksperimen, tak pasal-pasal aku dapat dosa nati. Aku pun ada terbaca kat blog. Sampai Allah pun dah sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. 
Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
 “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best bukan? Thats why aku tak suka berurusan dengan lelaki. Maaf ye lelaki yang terpaksa berurusan dengan aku, bila aku rasa betol-betol terpaksa untuk jawab call, baru aku jawab. Bukan sengaja aku tak nak angkat. Mianhae~ Aku tak nak kata suara aku begitu lembut sampai boleh mencairkan lelaki tapi why not kita mencegah sebelum terkena?kan?

One more thing, Aku manja? Ya, alhamdulillah aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah SWT kepada aku. Please jangan mengata kat aku ye? dah nak buat macam mana aku ni jenis yang macam tu. Aku respect kat umi aku yang berjaya ubah aku jadi seperti ini. haha. Ko ada? Just imagine aku membesar dengan kedua orang abang, aku tak ada pun 'kakak' untuk bermain bersama. huhu. Kadang kala bila sifat 'kejantanan' aku nak keluar, pasti ada yang mencantas. Especially my mom. hoho. Bebelannya akan mencecah selori jika perangai aku menjadi ganas. haha. Tula sekarang ni 'perangai' aku terjaga dengan rapi oleh umi aku yang semestinya menjaga tingkah laku aku sebagai seorang perempuan. 
Teringat kembali kata-kata umiku "umi tak nak seorang lagi anak lelaki, umi just nak anak perempuan umi.." hoho. Ayat yang tak leh blah yang membuatkan hatiku meruntun. Mak ko ada ajar ko macam mana umi aku ajar untuk jadi perempuan?haha. Kalo aku kata aku pernah jadi kasar, mesti kawan-kawan aku mesti gelak tergolek dah. Mesti semua orang tak percaya, hanya family aku saja yang mengetahui. haha. Luaran aku boleh jadi 'perempuan sejati' tapi dalaman aku memberontak! Thats not me, not real me.... huhu. Biarlah orang nak kata apa, biarlah aku tak menjadi diri sendiri asalkan sifat keperempuan aku terjaga. haha....
jom dengar sikit bicara Dr Muhaya : "Lembut Dalam Kehidupan"
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/I6XGi0s7wMU" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
okey, semalam aku terbukak 1 blog ni, aku suka dengan ayat dalam post tu sebab sebelum ni aku tengok dalam video je. Ia dah macam doa. sweet sangat. Dalam post yg lepas aku ada tulis dalam Around You pasal seorang hamba Allah ni. Tuptup, arini dy ada tulis post kat fb ayat doa tu...aigoo....dy macam dengar-dengar je aku duk bace semalam..haha....telepathy aku dah sampai kat dy :P 
adakah ini jodoh?haha XD *perasaan lagi*

..Try to SPREAD the love.. ^_^

1 comment:

Unknown said...

bila nak tunjuk kekasaran tu?? haha :p

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers