Thursday, May 23

Around You

Macam biasa aku tido dengan nyenyak sekali..huhu.. *tu pun nak kena bagitau ke -_- *
Disebabkan sesetengah beban stress aku sudah hilang, mimpi indah pun datang menjenguk..hoho...syok beb ^^
Entah kenapa semalam aku bermimpi tentang jodoh aku je *mybe kot jodoh*..haha...tapi sayangnya aku tak nampak muka dia la. huhu. Sweet je mimpi aku tu. Dalam mimpi aku tu aku berjalan-jalan ke sebuah tempat yang tidak kenali secara berseorangan. Ketika itu aku berasa ada yang mengikutku dari belakang. Yea, tapi entah macam mana aku tahu yang dia itu adalah jodoh aku dan aku tahu dia ingin melindungi aku. Dia mengikutku kerana dia ingin menjaga keselamatan aku. hehe. Aku ada cuba juga untuk menghilangkan diri dari pantauan dia namun tidak berjaya. Dia pasti menjumpai aku, dia seakan tahu dimana keberadaan aku. Namun begitu dia tidak datang dekat menghampiri aku, dia hanya mengikut dari jauh.

Kalau lah betol mimpi itu betol-betul terjadi, alangkah indahnya kerana aku tahu ada yang akan menjaga dan mengambil berat pasal aku. hoho. lagi syok kalo semalam aku nampak muka dia!  TAPI YANG PASTI, aku tahu aku ada ALLAH SWT yang sentiasa menjaga aku :-) 
Jodoh kita ada dimana-mana. They maybe Around You, just wait and see, Allah's Planning for us.
*           *           *          *
P/S : Entah kenapa ada someone tu macam sehati sejiwa ja ngan aku eventhough kami tidak saling mengenali. haha. I mean, setiap kali kalo aku ada masalah ke or ada apa-apa yang bermain difikiran aku, pasti aku akan nampak dia akan post kan some ayat yang sama bermain difikiran aku. Kalau tak pun dia akan post macam 'nasihat' untuk menghadapi masalah tu. haha, Pelikkan, aku tak pernah pun berhubung dengan dia tapi we have the same thinking. hoho. *aku kan budak yang suka perasan!..haha*

..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers