Thursday, May 30

Kembali ke Normal Kehidupan

*Burse* *Bored*
okey, tak tau nak tulias apa sebenarnya...*purfff
Inilah kehidupan....
Meskipun setebal mana mendung melitupi langit, namun sinar mentari tak pernah kehilangan cahayanya. Ia sentiasa menghadirkan sinarnya. Ia sentiasa tegar tanpa kehilangan jati dirinya sebagai sumber penerang di hari ini. Ia tak pernah menunda bersinar hingga esok, meskipun ia dapati mendung menghalang keindahan sinarnya. Setiap tumbuhan kembali terjaga dari tidurnya. Kembang-kembang kembali bermekaran ceria menyambut harinya. Burung-burung terbang dan berkicau dengan merdunya. Semua hadir tanpa rasa sedih, gelisah, dan amarah. Semua ceria untuk menjelang setiap detik anugerah-Nya. Jadi sentiasalah tersenyum dan bersyukur dengan apa adanya.
Setelah apa yang aku lalui, ia banyak mengajar aku erti untuk memahami diri sendiri dan orang lain. Setiap masalah yang mendatang harus diteliti dengan betul sebelum membuat keputusan. Bagiku 'sharing' is not the right thing. Maksud, berkongsi masalah dengan orang lain kadang kala lebih membawa kepada banyak masalah lain. Ya, bagiku tak perlulah untuk aku mencerita masalahku kepada orang lain, mungkin mereka mempunyai masalahyang lebih besar daripadaku. Jalan terbaik adalah aku menceritakan dan berkongsi masalahku dengan Allah SWT. Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim).
Mengadu kepada Allah lebih baik daripada mengadu kepada manusia yang kadang kala sukar untuk memahami kita. Allah Maha Mengetahui. Dia lebih mengerti apa yang kita rasa, apa yang kita mahukan. Allah sentiasa ada untuk kita berbicara dengannya. Janganlah kita berbicara dengan-Nya hanya pada waktu sukar. Kita perlulah sentiasa mengingatinya. InsyaAllah dengan hanya mengingati-Nya, hidup kita akan tenang dan sempurna. Alhamdulillah, setiap masalah yang aku hadapi pasti ada jalannya yang Allah telah tunjukkan kepadaku. Allah sentiasa mendengar setiap doa kita. Allah sentiasa memberi apa yang kita layak untuk memiliki. SubhanaAllah.....
Sentiasalah bersangka baik dengan setiap yang berlaku. Allah sudah pun mengaturnya dengan teliti. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Seperti kata orang *entah siapa* "selepas hujan pasti hadir bersama pelangi yang indah...". Try kita tengok / singkap balik apa yang telah berlaku. Semuanya sudah diatur bersesuaian dengan keupayaan kita untuk menghadapinyaselalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Aku bukan nak masuk bakul angkat sendiri tapi just nak sharing. InsyaAllah sekarang ini aku cuba untuk menjadi penyabar dengan setiap apa yang berlaku. SABAR ITU INDAH ,kan? Ketika kita sudah hilang sabar tu, ingatlah kepada Allah. Jangan difikirkan benda yang buat kita hilang sabar. InsyaAllah pasti ada balasannya yang pastinya menyenangkan hati kita. ^_^

Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. 
.           .             .
Sila perbetulkan jika ada kesilapan :)

..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers