Sunday, June 30

Cycling

Berbasikal...
Hahaha.... dah macam mimpi je aku pi cycling kat kampus induk! Adoi, ingatkan cycling biasa-biasa je tapi tak. Ni memang betul-betul cycling la, siap naik turun bukit kot. aigoo...
Alkisahnya, disebabkan aku nak sangat pi induk aku telah menyertai satu aktiviti di kampus induk Pulau Pinang. Hah, aku ingatkan event ni biasa-biasa je, just berbasikal seperti larian amal tu. Selepas seminggu tidak mendapat berita mengenai aktiviti itu, aku assume la ia cancel. huhu. Sekali pada tarikh bertolak ke induk tu ada orang call tanya nak pi tak aktiviti tu. Seriously pengurus tu call pukul 10 pagi dan dia kata bas akan bertolak pukul 11! gila memang giler r, aku time tu duk kat rumah dah, bas duk menanti kat U. 
Dengan semangat nak gi induk punya pasal, aku bergegas berkemas and joining the others. Bukannya ramai pun, tak sampai 10 orang student yang pi, yang lain tu staff-staff kampus aku je. On the way tu pakcik staff(yang incharge untuk bawak kitorang tu) barulah dia briefing sal aktiviti tu. HAHA. -_- pakcik tu kata cycling kali ni sejauh 35km. Orait. Sejauh rumah aku ke U. huhu. Lepas dengar tu ase macam nak patah balik rumah je. Tak nak join! 
Giler ke apa, aku dah la lama tak cycling, last sekali pun time kat matrik taun 2011 tu pun main kawasan taman je. Ce kira brapa taun dah aku tak naik basikal. Sekali naik, kena yang teruk kot. huhu. Tak penah-penah aku try naik basikal panjat turun bukit -_-. Memang pancit la kaki aku ni nak mengayuh. Dah la kat kampus induk tu berbukit bukau. Dah rasa macam budak kecik baru belajar je. Pagi tournement tu jugak la baru nak belajar naik basikal racing yang ada gear tu. Pakcik-pakcik tu ajar cara nak guna gear tu. Adoi...aktiviti ni sebenarnya hanya untuk orang expect dah sal mengayuh basikal ni. Tak sesuai la untuk pengayuh kampung macam aku ni -_- yang tau naik basikal jepun tu je..huhu
walau apapun, akhirnya aku dapat menghabiskan pertandingan itu dengan jayanya..haha... siap ada orang ambik gambar aku lagi tue....haha malu la pulak, dia ambik gambar time aku tak larat dah, muka pun sposen je. wew. Jangan lah gambar tu masuk dalam majalah dia orang tu. Thanks la majalah cycling *entah lupa tajuk dia* yang sama-sama menjayakan program Usm Mini Jamboree tu. huhu. Memang terasa gempak jap sebab orang luar pun turut serta. Semuanya Cycler yang dah penah masuk pertandingan cycling ,hebat-hebat belaka, first expression aku pun gerun. Mujur la kitorang student tak termasuk dalam kategori dy orang tu. We all dalam kampus je, dy orang kat luar kampus.
Gambar yang dikidnap dari page CYCLING MALAYSIA tu
: : me & the gang : :
Padang at Kampus Induk
teruja jap aku bila duk kat induk. Baru rasa suasana universiti sebenar~
we'r the finisher...haha
suasana malam di Induk #DesaSaujana
p/s : ** gambar buruk aku tidak dapat disiarkan disini..haha....malu den -__-
** untang jugak I pi, boleh jumpe YDP MPP yang selama ni kenal dia dalan fb je..haha (aku x stalk dy k -_- fb dy je slalu naik kat suggestion friend tu)
** Habis event terus balik sebab geng staff nak tengok bola Kel vs JDT. huhu. 1st time aku tengok bola kat kedai. huhu. terbaik r pakcik-pakcik tu. Excited sangat nak tengok bola sampaikan sanggup parking bas tepi jalan n singgah kat kedai makan semata-mata nak tengok perlawanan bola. hoho
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan!

k , bye~
salam Syaaban

..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers