Friday, April 26

#11 Kekasih Gelapku : Wahai penghacker hatiku...

Sebenarnya luahan ini ingin aku kirimkan kepada kamu yang telah menguasai hatiku. Luahan ini inginku  terbitkan dalam kamus kehidupanmu, namun aku hanya gadis yang tak memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua debunga-debunga rasa yang mula kembang mekar dalam hatiku. Aku seperti partikal udara yang tidak pernah engkau sedari kehadirannya.

Wahai penghacker hatiku ;
Seperti yang tidak engkau ketahui, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku cuba untuk berlagak normal, mencuba melupakan kehadiranmu disaat itu walaupun aku hanya berpura – pura.

Tahukah wahai kamu  yang wahai penakluk hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah mulutku menyatakan aku menyukai insan lain. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci dan hanya hatiku berbicara. Dan aku rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah  insan yang engkau cintai, walaupun itu hanya  tanggapanku sahaja.

Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat pertemuan itu, hingga tiada pertemuan pertama itu, yang membuat hati ini terus mengingatimu. Jarang aku ketemu lelaki seperti kamu, namun satu pertemuan sahaja telah meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku tiada perasaan, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini. Banyak teman yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala rasa ini yang belum tentu ada kessudahannya. Namun begitu, ada juga dorongan yang begitu kuat untukku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang telah tertancap dihati ini.

Wahai kamu  yang telah meng'hack' hatiku,
Mungkin aku bukanlah wanita yang bersedia untuk menikah denganmu dengan segera. Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harusku kejar dan aku pelajar.  Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan jika hati ini tidak mampu ku jaga. Aku tidak mahu bercouple dengan mu.

Wahai kamu yang telah meng'hack' hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milikmu. Namun tidak akan aku berikan setitik pun disaat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku bahawa saat-saat inda ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARAku. Wahai kamu yang telah meng'hack' hatiku, tolong bantu aku untuk meraih bidadaraku bila dia bukan kamu.

Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu bahawa saat  inilah yang paling ku takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa malu, tentu aku telah 'meminangmu' bukan sebagai suamiku namun sebagai kekasihku. Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak berusaha menjauhimu. Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan yang terbaik?

Aku semakin tidak mengerti diriku…

Ingin ku meminta kepada mu, sudikah engkau mencariku dicelah-celah kaca yang bertimbun?

Wahai engkau yang sekarang bertapak dihatiku, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.
copy , edit , paste 
cc : AkuIslam.com

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, April 21

"Aku Seorang Nurse!"


Coffee & Pasta from friends~
(rintihan seorang yang bergelar jururawat)

Tersenyum saya sendirian..Panjang kisahnya apabila orang menanyakan saya kenapa pilih nurse..Mungkin juga senyum tadi menyimpan seribu rasa yang saya pendam selama ini..Walau apa pun, insyaAllah saya akan menjadi seorang nurse…hanya beberapa waktu sahaja lagi...InsyaAllah..

*********
Seorang ibu berkata: “ belajar rajin-rajin ya anakku, besar nanti jadi doktor ya..nanti boleh tolong orang sakit..banyak pahalanya..”
Seorang ayah berkata : "anakku tuntutlah ilmu dengan sebaiknya..dah besar nanti boleh jd cikgu yee..boleh didik anak bangsa...besar pahalanya.."
(Hakikatnya, jururawat ni seolah tiada nilai di mata masyarakat….jarang sekali ada insan yang menanam cita-cita mahu menjadi jururawat…siapa bangga anak dia jadi seorang nurse?sila angkat tangan!!..hehe)

**********
Seorang pelajar berkata: “course nursing kat univtersiti ni..course yang last choice, sebab pointer rendah..terpaksa masuk nursing..huhu”
(emm..whatever la korang nak cakap ape pun...rezeki dan kebahagiaan semuanya di tangan Tuhan. Sometimes, the top is not always the best and Allah always knows best for His servant. Setuju tak???hehe)

 **********
Seorang abang berkata kepada adiknya: “abang tak suka nurse,kadang-kadang sakit mata..abang tengok, baju ketat..dah la tu..sombong, garang..adik jangan jadi nurse ya…cari kerja lain yang lebih mulia, cikgu ke, doktor ke..bla..bla..”
(agaknya kerjaya sebagai seorang nurse ni..hina sangat ya?..Tapi, tidak apalah..jika kewujudan seorang nurse disisi seorang pesakit dianggap menjijikkan..agaknya, siapalah yang akan menolong dan membantu doktor atau jika seorang cikgu masuk wad, siapa agaknya yang akan menolong cikgu tersebut menyuap makanan tatkala cikgu tersebut lumpuh tidak dapat bergerak ditambah pula tiada suadara mara yang menjaganya…?)

**********
Seorang sahabat berkata: “ kalau kau tanya aku, aku tak berapa suka kerja sebagai seorang nurse..entah la..macam tak best! Baju nurse ni seksi..pastu, tak glamour, lpas tu kena pkai ksut skolah. Kau jangan terasa dengan aku, aku memang tak suka kerja yang melibatkan baju seragam ni..hehe”
(Tapi, ramai pula yang pilih nak jadi pramugari..baju seragam juga..kenapa ya??saya buat-buat tak paham..hehe)

**********
Seorang ilmuan berkata: “ kalau berpandukan sejarah pun, kerjaya sebagai seorang jururawat ni memang hina sedikit. Kalau tak silap saya, dulu..kerjaya seorang nurse bermula di kem-kem askar..bukan sahaja kerja jururawat merawat orang sakit,tapi jururawat juga melayan askar-askar tersebut dengan service lain…sebab tu la…dulu, jururawat ni rendah kasta mereka…”
(Emmmm..well what ever laa, maybe..ni tanggungjawab nurse sekarang…islamization kerja seorang nurse..setuju tak??)

***********
Seorang makcik berkata: “kerja nurse ni kotor..kena basuh najis, muntah orang…”
(Jika, membasuh najis dan muntah orang dianggap kerja kotor..agaknya, seorang ibu yang membasuh najis anaknya atau seorang anak yang membasuh najis ibunya..dianggap kerja hina juga laa ya??? hurmm )

**********
Seorang ahli kampung berkata: “belajar tinggi-tinggi jadi nurse je….” (kata makcik dan pakcik tu, dengan mempamerkan memek muka mencemur n menghina..)
(Makcik dan pakcik, tujuan belajar sebenarnya apa ya?? Nak dapatkan ilmu lalu memperkenalkan kita pada Sang Pencipta, atau belajar tinggi-tinggi..dapatkan sijil banyak-banyak lalu makan rasuah..mana satu makcik dan pakcik na????)

**********
Kata seorang doktor: “ awak tu nurse je.. jangan nak mengajar saya pulak!!
(Bukan semua doktor berlagak macam tu..Ada je doctor yang macam resmi padi.. semakin banyak ilmunya, semakin tawadhu’..tak berlagak..nurse dan doktor ni sama2 memerlukan...ibarat isi dan kuku laaa....Siapa nak jadi doktor macam tu, angkat tangan!!! mesti ramai kn hehe)
  
*********
Seorang lecturer berkata: “ apa saya nak ajar awak semua ya..? saya rasa awak semua tak perlu tahu yang ni..korang semua nurse je..”
(Tak kisah la..kita orang ni nurse ke, mak cik cleaner ke, blogger ke even pengutip sampah sekali pun…yang penting ikhlaskan niat mengajar…InsyaAllah, semua dapat pahala..tak akan ada yang sakit hati..baru hidup ni berkat)

*********
Seorang pelajar nurse berkata : “ Awak tahu..besar cabarannya kerjaya nurse ni.. orang lelaki baik-baik takkan nak ambik isteri yang bergelar nurse.. sebab mereka tak sanggup tengok isteri diaorang tayang tubuh kat orang lain…so, tak ada harapan la...nak kahwin dengan orang yang baik-baik..huk3”
(Jodoh semuanya ditangan Allah.. Jika Allah kata: “Kun Fayakun…”..Maka jadilah mengikut kehendak Allah….Jangan takut,banyak perkara yang tidak diduga berlaku apabila Allah campur tangan..semuanya tidak mustahil dengan kuasa Allah..hehe3)

*********
Kisah-kisah yang saya tulis ini hanyalah sebahagian dari pandangan masyarkat terhadap nilai kerjaya sebagai seorang jururawat. Tak ada pun satu kan??..yang membakar semangat saya untuk pilih kerjaya ni..Tetapi, yang peliknya saya masih memilih kerjaya ini sehingga saya menyambung pengajian saya lagi dalam bidang kejururawatan....

Kenapa ya??

Ya, saya pun tidak tahu kenapa…hehe

Apa yang saya harapkan bukanlah..masyarakat menjulang nilai sumbangan seorang nurse, tetapi, cukuplah menilai seorang nurse bukan pada keseluruhannya. Garang, sombong, berlagak..setahu saya, bukan hanya kerjaya seorang nurse sahaja yang memilikinya. Malah kerjaya lain juga. Tetapi, mungkin seorang nurse ini sinonim dengan senyuman, kelembuatan, kesabaran dan sifat-sifat mahmudah lain menyebabkan masyarakat mudah kecewa tatkala ada segelintir nurse yang tidak memiliki nilai itu, lalu menjadikan pepatah melayu yang berbunyi “kerana nila setitik rosak susu sebelanga..”menjadi kenyataan.

Mengenai “seksi”..pada pandangan saya…jauh dilubuk hati seorang nurse, sebenarnya mereka terperangkap antara paksa dan rela melakukannya. Seolah-olah mereka tidak punyai pilihan. Terpaksa memakai baju yang Nampak bentuk tubuh,walau sering kali berasa tidak selesa, bahkan mungkin ada yang tidak rela…manakala rela dengan separuh hati kerana atas alasan profesionalisme. Seandainya, policy di Malaysia berubah…semua nurse diwajibkan memakai pakaian yang longgar , potongan baju di bawah punggung dsb…maka, masih ada lagikah kemungkinan masalah “nurse seksi”? Lagi pun skrg ni dah banyak hospital yang nurse menggunakan uniform yg menutup aurat dan sopan...ala-ala muslimah...tgk je kt pusrawi,,husm,,an-nisa dan len2 ag..

Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap nilai seoarang nurse..saya tetap berpegang pada yang Satu..Siapa pun kita, di manapun kita..selagi kita masih berpegang pada tali Allah..teruskan lah menyemai benih..menanam cinta…dan teruskanlah berjuang…Kerana, benih yang disemai, insyaAllah kita akan tuainya nanti dikakhirat sana. Cinta yang ditanam dilubuk hati akan memberi kita kekuatan untuk memaknai kehidupan ini. Kerana kehidupan tanpa makna, tanpa cinta, ibarat tanah gersang tanpa air. Juga, jika mahu diKasihi Allah Sang Pencipta..kita perlu mengasihi dan menyanyangi.. dan kerjaya seorang nurse benar-benar mendidik diri menjadi seorang yang pengasih,penyanyang dan penyabar. Segala keinginan dan cita-cita akan terkubur tanpa sebuah perjuangan..Lalu, berjuanglah..sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Allah….Insya Allah kita akan berjaya..

Salam Muhibah ^__*


p/s : to cik-cik nurse sekalian +Fatin Izyan +Cik Nanad .... kak +Fatihah Amsyar dan kawan-kawan sekalian..hehe

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, April 8

Beauty is in the eyes of the beholder.

"Beauty is in the eyes of the beholder."
Tapi dari segi apakah kita melihat kecantikan itu? Luaran atau dalaman? Ianya bergantung kepada seseorang tu macam mana dia memandang dan masing-masing mempunyai pendapatnya sendiri tentang apa yang indah, kita akan mendapat pendapat yang berbeza. Lets take a deeper look into this.
*   *   *
Semalam, Arisya ada membeli beberapa biji buah epal merah yang masak ranum. Ianya besar, merah ranum berkilat membuatkan salivary gland Arisya merembeskan air liur kerana buah tersebut kelihatan sangat sedap! Arisya tidak bertanyakan pendapat orang lain adakah buah tersebut baik atau tidak sebelum membelinya. Hal demikian kerana mengikut pengalamannya, dia tidak akan menyesal jika membeli buah itu jika melihat akan rupanya. Selesai membeli, Arisya terus makan buah epal tersebut. Dia berasa berpuas hati.
Semasa proses memakan epal tersebut, Arisya dapati ada yang lebih sedap daripada yang lain, walaupun mereka datang dari benih yang sama.  Ada yang kelihatan baik tetapi berada di dalam keadaan buruk. Ada yang kecil dan rasa yang baik dan ada yang besar tetapi pahit. Kemudian dia berhenti untuk berfikir. Semua dalam kehidupan bermula baik. Kita semua datang dari benih yang bertakwa, tetapi apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita membesar.

Buah epal itu, semuanya dari biji benih yang sama. Sama jugalah dengan kita, dari keturunan yang sama. Kita semua menghadapi perkara yang berbeza dalam kehidupan, tetapi apa yang membezakan kita adalah keupayaan kita untuk memilih bagaimana manis atau pahitnya kita menjadi seorang insan. Apples are at the mercy of the person who grows them but people are at the mercy of themselves. Kita boleh memilih bagaimana nak cantik atau pahit seperti yang kita mahukan. Adakah kita mahu melihat untuk menjadi besar dan cantik di luar, ataupun adakah kita mahu menjadi cantik di bahagian dalam? Jika kita memberi tumpuan di bahagian dalam, mata pemerhati akhirnya akan mencari kita bukan untuk bagaimana kita kelihatan but our reputation will be enough for them to give us a chance, because we are beautiful inside.

We bought apples not for how they look on the outside, but how they taste inside. Samalah jika kita memilih kawan atau sahabat, kita tidak melihat penampilan si dia namun kita melihat sifat-sifat dalaman yang ada pada dirinya. Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang cantik luaran tetapi mereka tidak menjadi rakan kita dan mereka hanya singgah untuk sementara dalam kehidupan kita. Yang menjadi kawan selamanya adalah orang yang memiliki kecantikan dalaman =)
So kita mempunyai banyak pilihan. Do you want to be an encounter, or do you want to be a something more. Focus in inner qualities dengan mempunyai sifat yang baik dan soleh yang sentiasa berbuat baik kepada keluarga dan kawan-kawannya. Who is of service to mankind, and who is dutiful to His creatorYou will live a satisfied life and will not be an encounter, you will be eternal in the hereafter by the creator Himself.

ermm, k bye~ 


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, March 1

Trial is an opportunity to get closer to Allah

 * Treat each difficulty and hardship as a calling from your lord to purify your soul and increase your ranks in the hereafter. The way you face and see each trial is half the battle. Realize that you cannot flee from trials, but you can pass all trials successfully with Allah's help. Know that each trial is an opportunity to get closer to Allah, for nothing in this world is more valuable than a moment spent in contemplation and worship of Allah. Oh Allah, give me eyes to see the benefits of each hardship, give me ears to only hear your messages in them, give me a heart to find contentment in your decree, and give me wisdom to turn hardships into blessings.

  * If we face each hardship with the realization that one, we cannot escape what has been destined for us, and two, that any hardship no matter how painful it may be, it is to better us for the hereafter, and that it was decreed by Allah because he loves us. If we keep those thoughts in the forefront of our head, we have won the battle insya Allah!
p/s : ingatlah! setiap ujian itu mendekatkan lagi kita kepada Allah SWT. Tabah menghadapi ujiannya. For me, jika Allah mengirimkan ujian itu tandanya DIA rindukan kita supaya kita mendekatkan diri kepada-Nya. Untuk kita memperbaiki / membuatkan kita muhasabahkan diri. Dont give up and Think Positive. Allah is always there~ Ketika kamu berpikir untuk menyerah, ingatlah, Tuhan tak akan berikan ujian melebihi kemampuanmu, Tuhan hanya menguji kesabaranmu. ^^
* esaimen bertimbun -_-

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, February 19

Diawal Semester yang hening~

"mulakan hari anda dengan senyuman.." ngee~
okey no more holiday..ehem,ase macam tak puas ja cuti kali ni. huhu. Banyak benda tak buat lagi..tuptup..kelmarin dulu dah ada tercongok kat dalam hostel ni -_-...aigoo~...start-start kuliah dah dapat esaimen berlambak! next week nak kena wat presentation dah..memang terbaek r,belum pernah minggu ke-2 study dah kena present..huhu...

HARI PALING PACK & LETIH SEDUNIA (DUNIA AKU LA)
Kalo orang len tak sabar nak hari Isnin tapi aku taaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
Letih giler kot, dari pagi sampai malam ada kelas! Masa gap ada untuk solat je... adoi macam mane aku nak hadapi hidup hari isnin sepanjang sem ni?  'Kalo andai bernasib baek akan dapat kuliah anatomy selama 3 jam tanpa henti -_- '
Boleh jam otak aku nak serap semua ilmu tu dalam sehari..huhu...kecian betolkan kat aku kn?huhu

DARING NYE AKU!
Okey entah bagaimana aku telah dirasuk untuk mengambil subjek yang paling aku tak suka dari dulu sejak sekolah menengah. H.I.S.T.O.R.Y !
aku pun tak pasti kenapa aku begitu berani mencabar diri untuk mengambil subjek History of Health Science. -_- aku ni memang lempap sikit bab-bab sejarah..heerrmmm....padahal subjek tu elektif ja. huhu.. *ni kes nak cukupkan unit elektif r nihh!*
next sem dah la wajib kena ambik TITAS. so nak motivate kan diri, aku nak kena start belajar sejarah dari sekarang dengan mengambil subjek nih. hoho. i meant TITAS n history of health science pun lebih kurang je kot,kalo dah hafal sem ni nati next sem senang sikit la...hoho..
And sem ni aku ambik 10 subjek. terbaek tak? aku memang tak puas hati time SPM nak ambik 10 subjek..hoho -_-  ni poyo namanye! *dah terpaksa ambik 10 subjek sem ni demi sem depan yang akan buzy*

DAH TAK BOLEH BALIK RUMAH!
okey another thing is aku dah tak boleh balik rumah setiap hujung minggu. fullstop. Disebabkan oleh result aku yang tidak memberansangkan dan agak mengecewakan parent aku, sejak itu aku telah diisytiharkan tidak boleh balik ke rumah kecuali atas sebab-sebab yang terdesak (eg : umi suruh aku balik sebab rindukan aku..hoho) . Walau apapun, aku memang tak leh balik pun sebab sekarang ni banyak aktiviti yang aku sertai (semata-mata untuk merit desa..hoho) dan esaiman bertambun nak kena disiapkan segera. ehemm, inilah kehidupan aku sekarang -_-"
p/s : hey i see you, dah lama tak tengok :P ...hoho....cam besa lah i bleh tengok u dri jauh jelah, i bukan sape-sape bagi u..huhu....
"wahai mata jagalah pandanganmu..wahai telinga jagalah pendengaranmu...wahai hati jagalah perasaanmu...wahai otak jadilah tempat yang terbaek untuk membuat keputusan...agar aku tidak tersilap langkah dalam menghadapi cabaran hidup"

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, February 15

Why Hijab ??

a nice video to watch ! its all about hijab...
" And s/he is indeed a failure who corrupts it (the soul)! "
Quran 91:10


oke aku tak nak mengasah bi aku lagi so write in malay meh..haha...
seperti yang kita tahu, banyak perspektif masyarakat mengenai hijab a.k.a tudung. Video atas ni menerangkan / mengutarakan pelbagai perspektif dan alasan seseorang yang tidak berhijab.
why dear? just try to think beyond the infinity...hoho...
hijab bukanlah satu penjara bagi muslimat. It was a protection. Sebagai contoh, kenapa orang pakai losyen kalo nak keluar? Bukan ke untuk protect kulit dari pancaran UV? Sama lah macam hijab, nak protect kita dari dosa. Kenapa pakai make up? sebab nak cantik kan? So why not kita pakai hijab untuk mencantikkan lagi rupa kita. Maksud aku disini ialah kita akan nampak lebih kemas dengan bertudung, tak perlu risau kalo rambut tu kusut..hoho....

Aku selalu dengar orang duk kata : "iman seseorang bukan diukur atas pakaian yang dipakai tapi hati yang baik"
SERIOUSLY ? macam mana hati nak baik kalo 24 jam duk tayang aurat kat orang? sorry, aku bukan nak mengata orang yang tak pakai tudung itu jahat tapi try pikir la. Bila tak pakai tudung tu tak jadi jahat ke dengan Allah SWT? I meant jahat di sisi Allah...ermmm,... Bukan Allah SWT sudah menyuruh kita untuk menutup aurat? Bila kita melanggar tu tak jadi jahat dengan Allah ke? Fikir-fikirkan selamat beramal.... :)
p/s : I think lelaki pun ramai nak beristerikan girls yang berhijab,right? For me, bodoh bebenor lah kalo laki lebih memilih untuk berkahwin dengan girls yang tunjuk rambut / aurat / etc. Sanggup ye laki tu nak tanggung dosa perempuan yang tunjuk aurat?hoho...
Jangan sesekali kata 'tak sampai seru' sebab hijab itu adalah wajib. Eventhough kita rasa benda tu remeh je tapi dari bende remeh tulah juga boleh menguatkan lagi iman kita ;)
Kepada yang dah bertudung tu, say ALHAMDULILLAH lah. Marilah sama-sama kita menjaga maruah baik agama kita. DO THE RIGHT THING! 'jangan jadi nila setitik yangmerosakkan susu sebelanga!'
Jaga HATI , Jaga AURAT , Jaga IMAN !

k~ bye...
88 posts = 88 followers ..hoho

..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers