Sebenarnya luahan ini ingin aku kirimkan kepada kamu
yang telah menguasai hatiku. Luahan ini
inginku terbitkan dalam kamus kehidupanmu, namun aku hanya gadis yang tak
memiliki keberanian dalam mengungkapkan semua debunga-debunga rasa yang mula kembang mekar dalam hatiku. Aku seperti partikal udara yang tidak pernah engkau sedari kehadirannya.
Wahai penghacker hatiku ;
Seperti yang tidak engkau ketahui, aku selalu berusaha menjauhi darimu, aku selalu berusaha
bersikap tidak acuh padamu. Saat di depanmu, aku cuba untuk berlagak normal, mencuba melupakan kehadiranmu disaat itu walaupun
aku hanya berpura – pura.
Tahukah wahai kamu
yang wahai penakluk hatiku?
Entah mengapa aku dengan mudah mulutku menyatakan aku menyukai insan lain. Namun kepadamu, lisan ini seolah – olah terkunci dan hanya hatiku berbicara. Dan aku
rasa beruntung kerana tidak pernah mengucapkan bahawa aku mencintaimu, walau
aku teramat sakit di saat mengetahui bahawa aku bukanlah insan yang engkau
cintai, walaupun itu hanya tanggapanku sahaja.
Wahai kamu yang melumpuhkan hatiku,
Andai aku boleh berdoa kepada Tuhan, mungkin aku ingin
meminta agar Dia membalikkan sang waktu agar aku mampu mengubah saat-saat
pertemuan itu, hingga tiada pertemuan pertama itu, yang membuat hati ini terus
mengingatimu. Jarang aku ketemu lelaki seperti kamu, namun satu pertemuan sahaja telah
meluluhkan bahkan melumpuhkan hati ini. Andai aku tiada perasaan, tentu itu lebih baik
daripada harus kembali lumpuh seperti ini. Banyak teman
yang telah ku minta pendapat. Mereka mendorongku untuk mengakhiri segala rasa ini yang belum tentu ada kessudahannya. Namun begitu, ada juga dorongan yang begitu kuat untukku tetap menahan rasa yang terlalu awal, yang
telah tertancap dihati ini.
Wahai kamu yang telah meng'hack' hatiku,
Mungkin aku bukanlah wanita yang bersedia
untuk menikah denganmu dengan segera.
Masih banyak perkara lain dalam hidup ini yang harusku kejar dan aku pelajar. Sesungguhnya aku tidak ingin menanggung beban
ini, yang akhirnya akan menuju kerosakan jika hati ini tidak mampu ku jaga.
Aku tidak mahu bercouple dengan mu.
Wahai kamu yang telah meng'hack' hatiku,
Mungkin saat ini hatiku adalah milikmu. Namun tidak akan
aku berikan setitik pun disaat-saat ini, kerana aku telah bertekad dalam diriku
bahawa saat-saat inda ku hanya akan ku berikan kepada BIDADARAku. Wahai kamu yang telah meng'hack' hatiku, tolong bantu aku
untuk meraih bidadaraku bila dia bukan kamu.
Wahai engkau yang telah melumpuhkan hatiku, tahukah kamu
bahawa saat inilah yang paling ku
takutkan dalam diriku. Jika DIA tidak menganugerahkan aku dengan setitik rasa
malu, tentu aku telah 'meminangmu' bukan sebagai suamiku namun sebagai
kekasihku. Andai rasa malu itu tidak pernah ada, tentu aku tidak
berusaha menjauhimu. Kadangkala aku bingung, apakah penjauhan ini merupakan jalan
yang terbaik?
Aku semakin tidak mengerti diriku…
Ingin
ku meminta kepada mu, sudikah engkau mencariku dicelah-celah kaca yang bertimbun?
Wahai engkau yang sekarang bertapak dihatiku, semoga perkara yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.
No comments:
Post a Comment