Monday, April 8

Beauty is in the eyes of the beholder.

"Beauty is in the eyes of the beholder."
Tapi dari segi apakah kita melihat kecantikan itu? Luaran atau dalaman? Ianya bergantung kepada seseorang tu macam mana dia memandang dan masing-masing mempunyai pendapatnya sendiri tentang apa yang indah, kita akan mendapat pendapat yang berbeza. Lets take a deeper look into this.
*   *   *
Semalam, Arisya ada membeli beberapa biji buah epal merah yang masak ranum. Ianya besar, merah ranum berkilat membuatkan salivary gland Arisya merembeskan air liur kerana buah tersebut kelihatan sangat sedap! Arisya tidak bertanyakan pendapat orang lain adakah buah tersebut baik atau tidak sebelum membelinya. Hal demikian kerana mengikut pengalamannya, dia tidak akan menyesal jika membeli buah itu jika melihat akan rupanya. Selesai membeli, Arisya terus makan buah epal tersebut. Dia berasa berpuas hati.
Semasa proses memakan epal tersebut, Arisya dapati ada yang lebih sedap daripada yang lain, walaupun mereka datang dari benih yang sama.  Ada yang kelihatan baik tetapi berada di dalam keadaan buruk. Ada yang kecil dan rasa yang baik dan ada yang besar tetapi pahit. Kemudian dia berhenti untuk berfikir. Semua dalam kehidupan bermula baik. Kita semua datang dari benih yang bertakwa, tetapi apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita membesar.

Buah epal itu, semuanya dari biji benih yang sama. Sama jugalah dengan kita, dari keturunan yang sama. Kita semua menghadapi perkara yang berbeza dalam kehidupan, tetapi apa yang membezakan kita adalah keupayaan kita untuk memilih bagaimana manis atau pahitnya kita menjadi seorang insan. Apples are at the mercy of the person who grows them but people are at the mercy of themselves. Kita boleh memilih bagaimana nak cantik atau pahit seperti yang kita mahukan. Adakah kita mahu melihat untuk menjadi besar dan cantik di luar, ataupun adakah kita mahu menjadi cantik di bahagian dalam? Jika kita memberi tumpuan di bahagian dalam, mata pemerhati akhirnya akan mencari kita bukan untuk bagaimana kita kelihatan but our reputation will be enough for them to give us a chance, because we are beautiful inside.

We bought apples not for how they look on the outside, but how they taste inside. Samalah jika kita memilih kawan atau sahabat, kita tidak melihat penampilan si dia namun kita melihat sifat-sifat dalaman yang ada pada dirinya. Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang cantik luaran tetapi mereka tidak menjadi rakan kita dan mereka hanya singgah untuk sementara dalam kehidupan kita. Yang menjadi kawan selamanya adalah orang yang memiliki kecantikan dalaman =)
So kita mempunyai banyak pilihan. Do you want to be an encounter, or do you want to be a something more. Focus in inner qualities dengan mempunyai sifat yang baik dan soleh yang sentiasa berbuat baik kepada keluarga dan kawan-kawannya. Who is of service to mankind, and who is dutiful to His creatorYou will live a satisfied life and will not be an encounter, you will be eternal in the hereafter by the creator Himself.

ermm, k bye~ 


..Try to SPREAD the love.. ^_^

3 comments:

Akupenghibur.com said...

itulah kehidupan :) nice entry

Unknown said...

yep..thanks acik ^^

REE said...

Suka ayat ni :)

Kita semua datang dari benih yang bertakwa, tetapi apa yang membezakan kita adalah bagaimana kita membesar.

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers