Wednesday, November 14

I Miss You, Friends~

 I cant blame you for being who you are, I can only blame myself for thinking you were different.
I wanted everything to stay the same. But feelings fade and people change.
It’s hard to lose even a single friend of yours. For each of them have imparted a part of them to you and You have become happy with them. There will be conflicts, misunderstandings and hurtful conversations. But the most painful part is for them thinking you don’t care for them anymore, wherein in opposite, you do. You can’t just show (Haboc,2011).
Never take friends for granted. Because up to the last moments of life, what hurts us are not the words of enemies but the silence of friends. 
 “Each day we grow farther apart and I’m sad. We used to be best friendsThe best I ever had. At some point things changed. And our lives split apart. I miss you so much
in my life – In my heart. Sometimes things must happen. And friends drift away. I wish it weren’t us…I wish not this way.” 


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, November 9

Biarkan aku....



"Sesetengah perkara tu, sebenarnya sangat susah untuk dilupakan, bukan mudah. namun bila itulah ketetapan Allah kpada kita dan itulah kehendak dari aturan-NYA dalam prjalanan hidup kita. maka belajarlah walau ianya penuh kesusahan dan kepayahan. relakanlah walau diiringi air mata, dan lepaskanlah walau mencengkam jiwa dan perasaan.


Selagi kita tak redha, hati tak akan tenang. jiwa tak akan bahagia
. sebab itulah, cara terbaik untuk melupakan, adalah dengan redha kan sesuatu yang berlaku. relakan apa yang SUDAH berlaku. bila kita rela, hati juga akan tenang, perlahan² kita akan belajar menerima hakikat, bahawa itulah yang dikehendaki-NYA. dan pada akhirnya nanti, masa yang terus berlalu ini yang akan membuat kita lupa akan hal-2 yang sudah berlalu. muhasabah diri. :)"

*      *      *
Adakah aku terlampau "memberi" harapan kepada hatiku? Maafkan aku hati, otak tidak dapat mengawalnya. Wahai hati janganlah kau sedih, bahawasanya ; “La tahzan innallaha ma’ana” (jangan bersedih, Allah bersama kita...)

Yep, sekarang ini hatiku bersedih disebabkan oleh pengharapan yang aku ciptakan sendiri. Betapa bodohnya diriku ini. Kalau boleh diundurkan balik masa, aku harap aku tak kan pernah kenal dan tak pernah jumpa dia. Buat apa kenal jika ia membuatkan aku cinta dan akhirnya kecewa. Aku hanyalah insan biasa yang muncul dalam hidupnya buat seketika. Namun otak yang memikirkan sebaliknya. Berfikir tidak pernah guna logik akal. -__-

THE SADDEST PART : when he looking at me ang he do not regconize me? It felts like he never met me. So disgust!!!!


Rasa kecewa sangat bila si dia buat macam tu. Aku sedar siapa aku..aku bukan siapa-siapa untuk dia, namun at least jangan sampai terus melupakan aku. Belum sempat aku senyum kau dah berpaling muka. HURT! BLEEDING INSIDE....
I just want forget you, get rid you from my memory. I hope you do not in my episodic memory!
Oh my brain, please do not rehearsal and encode about him. I wish i never know him. 


Perlahan mimpi terasa mengganggu
Kucoba untuk terus menjauh
Perlahan hatiku terbelenggu
Kucoba untuk lanjutkan hidup
Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu
- MENGHAPUS JEJAKMU-


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
- Hatiku Milikmu-


And does he notice my feelings for him?
And will he see how much he means to me?
I think it's not to be
And will we ever end up together?
no, I think not, it's never to become
For I am not the one
- Sally Song -


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, October 30

The Bird's Wing

Copy from : Islamic Inspiration
Untuk tatapan dan pedoman buat umum :)
Dear Muslim, if you want to live under the shelter of your Lord in this world and hope to reside beside Him in the Hereafter, you have to move to Allah as quickly as possible. You have to do so not slowly, as if walking, but as swiftly as birds and fly in the heavens of faith. The stronger your wings are, the more wishes you will fulfill. But, do you know where you can find your 
wings?


Ibn Al-Qayyim said,

“The heart, on its journey to Allah, is like a bird : love is its head, and fear and hope are its wings. When the head and wings are sound, the bird flies gracefully. If the head is cut, the bird dies. If the bird loses one of its wings, it then becomes a target for every hunter or predator.” [Madaarij As-Saalikeen by Ibn Al-Qayyim]

You cannot fly without wings! You cannot move to your Lord without a heart in which the valleys of fear and hope flow!

These are important signs in the way to Allah which Ibn Al-Qayyim directs us. They signify that a heart which moves towards Allah the Almighty must have a 
strategy including two matters :
 fear and hope.


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, October 28

Mimpi sampai ke bintang?

"Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini"

Entah mengapa kali ni aku nak menceritakan mengenai pengalaman aku di dalam mimpi. haha * sebenarnya tak ada idea nak tulis apa ni * Entah mengapalah aku selalu je mimpi yang pelik-pelik je. Mimpi yang aku kena kejar tu dah kerap kali bermain dalam mimpi aku. Kali ini lain sikit, entah kenapalah. Selalunya aku akan bermimpi orang sayang aku nak bunuh aku. wuhuhu...

Okey semalam, aku bermimpikan...erk... Aku bermimpi aku pi ke ruang angkasa. haha. Memang gila betol r mimpi-mimpi aku ni kan?. Perghh, rasa macam real pulak aku jadi angkasawan. Pi buat experiment mende entah. Kat dalam kapal angkasa tu ada ramai orang jugak la, dalam lebih kurang 10 orang. Dari dalam kapal tu aku boleh tengok bumi dan bulan! seyes rasa macam best sangat. Namun saat best hilang dengan sekelip mata je.

Tetiba je kapten kapal tu mengarahkan kami dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan stay dalam kapal main and 1 more group akan naik kapal kecemasan. Di sinilah satu keputusan yang sukar perlu aku buat, antara hidup dan mati. Hujan meteor telah berlaku di angkasa. Cam ni according to my dreams, kami terpaksa buat keputusan. Dua-dua kapal mempunyai risikonya tersendiri. 


First, kalo aku pilih naik kapal main, maybe aku akan selamat daripada serangan meteor tersebut NAMUN kapal tu mungkin tak kan sampai ke bumi kerana kapal tersebut akan mengalami masalah teknikal yang boleh menyebabkan kapal tersebut tak boleh berhubung dengan pihak bumi. Dalam kata lain kapal main tu tak boleh mendarat kat bumi. Tapi percentage untuk mendarat tu ada gak namun tipis lah. Second choice is naik kapal kecemasan. Kapal ni boleh sampai ke bumi (mendarat kat bumi) NAMUN risiko untuk berlanggar ngan meteor tu amat tinggi. Kedua-dua choice tu mempunyai risiko yang amat tinggi dan kedua-duanya boleh membawa mati. Masing-masing ada peluang untuk hidup tapi semuanya tipis belaka.

Kalo korang kan, korang nak pilih yang mana? haha. Herrmmmm.... Kenapalah mimpi aku ni complicated sangat hah? adoi, apa lah yang aku fikirkan sebelum tido pun aku tak perasan. hohoho. "Biar mimpi sampai ke bintang." Hambek ko, memang betol-betol sampai ke bintang siap ke bulan kot mimpi aku tu. haha. Mungkin ini caranya otak aku berfungsi. haha. Adakah puteal gland aku berfungsi dengan baik? Cukupkah hormon metalonin yang dirembeskan untuk membuatkan aku tidur lena? Tapi mengapakah aku still bermimpi? Jawapan nya akan diketahui kemudian * aku tak wat revision psychology lagi tentang bab ni..huhu *

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, October 27

#8 Kekasih Gelapku : Kerana aku...



Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah
Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

KERANA…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintaimu dengan menundukkan wajahku padamu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu, 
bukan kerana ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kerana-aku-mencintai-mu-2/#ixzz2AQlm5Wef

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, October 26

Aidil Adha?


Ada cerita disebalik sambutan Idul adha. Mungkin kebanyakan ada yang dah tahu. Walau apapun aku tetap nak cerita buat santapan umum.

Idul Adha mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ismail. Berkorbanlah demi kebaikan, bukan demi kebendaan semata-mata. Salam idul adha buat semua muslim dan muslimat sekalian ^^


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers