Sunday, October 28

Mimpi sampai ke bintang?

"Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini"

Entah mengapa kali ni aku nak menceritakan mengenai pengalaman aku di dalam mimpi. haha * sebenarnya tak ada idea nak tulis apa ni * Entah mengapalah aku selalu je mimpi yang pelik-pelik je. Mimpi yang aku kena kejar tu dah kerap kali bermain dalam mimpi aku. Kali ini lain sikit, entah kenapalah. Selalunya aku akan bermimpi orang sayang aku nak bunuh aku. wuhuhu...

Okey semalam, aku bermimpikan...erk... Aku bermimpi aku pi ke ruang angkasa. haha. Memang gila betol r mimpi-mimpi aku ni kan?. Perghh, rasa macam real pulak aku jadi angkasawan. Pi buat experiment mende entah. Kat dalam kapal angkasa tu ada ramai orang jugak la, dalam lebih kurang 10 orang. Dari dalam kapal tu aku boleh tengok bumi dan bulan! seyes rasa macam best sangat. Namun saat best hilang dengan sekelip mata je.

Tetiba je kapten kapal tu mengarahkan kami dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan stay dalam kapal main and 1 more group akan naik kapal kecemasan. Di sinilah satu keputusan yang sukar perlu aku buat, antara hidup dan mati. Hujan meteor telah berlaku di angkasa. Cam ni according to my dreams, kami terpaksa buat keputusan. Dua-dua kapal mempunyai risikonya tersendiri. 


First, kalo aku pilih naik kapal main, maybe aku akan selamat daripada serangan meteor tersebut NAMUN kapal tu mungkin tak kan sampai ke bumi kerana kapal tersebut akan mengalami masalah teknikal yang boleh menyebabkan kapal tersebut tak boleh berhubung dengan pihak bumi. Dalam kata lain kapal main tu tak boleh mendarat kat bumi. Tapi percentage untuk mendarat tu ada gak namun tipis lah. Second choice is naik kapal kecemasan. Kapal ni boleh sampai ke bumi (mendarat kat bumi) NAMUN risiko untuk berlanggar ngan meteor tu amat tinggi. Kedua-dua choice tu mempunyai risiko yang amat tinggi dan kedua-duanya boleh membawa mati. Masing-masing ada peluang untuk hidup tapi semuanya tipis belaka.

Kalo korang kan, korang nak pilih yang mana? haha. Herrmmmm.... Kenapalah mimpi aku ni complicated sangat hah? adoi, apa lah yang aku fikirkan sebelum tido pun aku tak perasan. hohoho. "Biar mimpi sampai ke bintang." Hambek ko, memang betol-betol sampai ke bintang siap ke bulan kot mimpi aku tu. haha. Mungkin ini caranya otak aku berfungsi. haha. Adakah puteal gland aku berfungsi dengan baik? Cukupkah hormon metalonin yang dirembeskan untuk membuatkan aku tidur lena? Tapi mengapakah aku still bermimpi? Jawapan nya akan diketahui kemudian * aku tak wat revision psychology lagi tentang bab ni..huhu *

..Try to SPREAD the love.. ^_^

No comments:

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers