Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…
Hadis 42 – Keluasan Keampunan Allah S.W.T
Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman :
“ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu.Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”[ Hadis riwayat Tirmizi ]
NOTA HATI : berapa ramai yang tetap bertangguh-tangguh bertaubat seolah-olah masih pasti nyawa mereka akan dipanjangkan lagi oleh Allah? Aku salah satu daripadanya -___-
Ya Allah, terimalah taubatku… Bimbinglah diri ini ke arah yang diredhaiMu…
Biarlah apa orang nak kata lepas ini, aku akan cekalkan hati berubah,
Kerana ku cari redha Ilahi, bukan sanjungan duniawi,
Akan ku jaga sebaik-baiknya hidayahMu ini Ya Allah….
1 comment:
It was excited to come across your site a short while ago. I arrived here today hoping to learn interesting things. I was not upset. Your well thought out ideas with new strategies on this subject matter were enlightening and a great help to me. Thank you for making time to create these things and for sharing your mind.
Post a Comment