Monday, October 15

Mojhse Dosti Karoge??

Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..
Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAT MAK AYAH supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan (✿◠‿◠)

Okey, aku pun insan biasa yang tidak dapat lari dari kelemahan diri. Walaupun aku sentiasa berdiam diri, namun semua rasa itu tersimpan jauh dilubuk hati. Aku masih ada perasaan, tidak perlulah assume bila aku senyap aku tak marah. Yeah, still dalam hati aku ni masih tahu perasaan untuk marah tetapi selama ini aku simpan je, takut di luah akan menggoreskan perasaan orang lain je. Oleh itu, bila aku dah meletup, jangan salahkan aku bila aku tidak melayani kamu. Biarlah aku menyejukkan hati ini dengan caraku sendiri. Tidak perlulah kamu fikir yang bukan-bukan mengenai diriku. Cukuplah kau tahu aku akan memaafkanmu. 
Namun, adakah setiap orang akan sedar akan kesalahan yang telah dia lakukan? Janganlah menunding jari ke arahku. Menjadikan masalah itu satu kesalahan yang dibuat olehku.
Its not my fault. Salahkah aku ingin memarahi seseorang itu atas kesalahan dirinya? Perlukah dia bersikap demikian setelah apa yang berlaku? Aku harap dia paham akan diriku.


Okey fine! , aku juga perlu sedar. Tak semua orang akan memahami diriku. Tak semua orang rasa apa yang aku rasa. Oleh itu, selama ini aku hanya pendam apa yang aku rasa ; suka, duka, marah, gembira dan air mata. Namun semua itu ada puncaknya. Tak selamanya aku dapat pendam semua itu. Ia hanya menunggu masa untuk diluahkan. *Salah bukak gas, meletuplah dapur tu.*


Ehemmm... kadang-kala susah juga nak memuaskan hati semua orang . Apa yang kita buat rasa macam salah je di mata orang. Kata orang dalam perhubungan apa-apa pun kita haruslah tahu mengalah dengan sesiapa pun.  Aku bukan nak "masuk bakul, angkat sendiri" tapi aku rasa macam aku dah banyak mengalah dengan orang.  *aku kan baeekkkk~...baek lah sangat kan?* haha..oke tak lawak -__-

Tapi tak semua orang nampak, kan? huhu... Betol lah kata-kata sapa entah ; 'benda yang baik susah orang nak nampak, tapi sekali buat jahat selamanya terpahat! '
Oke, 1 more annoying thing about me is i'm very sensitive girl. a.k.a aku mudah "terasa" dengan sikap/layanan orang terhadap aku. Hati aku selalu je think negatively. For example; kalo ada orang yang tak bercakap dengan aku or macam tak sudi nak bercakap ngan aku, aku dah assume dia marah or tak sukakan aku. Entah betol entah tak firasat aku itu. Lantas aku mengambil keputusan untuk berdiam diri, memendam dalam hati dan memencilkan diri.. hoho.
Please don't hate me. Kadang-kala kalau ada orang buat something yang aku tak suka, aku diamkan saja sebab aku takut. Aku takut orang tu akan merajuk ngan aku. Aku tak suka orang merajuk sebab aku sendiri tak tahu nak pujuk orang. Oke, dulu pun aku suka merajuk tapi rasanya senang je nak nak buat aku berhenti merajuk tu. Just biarkan aku melayan perasaan tu. Insyaallah, aku tak merajuk lama-lama ^^
At least aku merajuk tak lah sampai tak bertegur sapa.
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Nota hati : kalo ada yang merajuk dengan aku tu,aku mintak maaf sesangat. Mungkin itu khilaf aku tak memenuhi kehendak korang. Aku pun ada hati dan perasaan gak, PLEASE! I bag u... jangan layan aku macam ni. Tak perlulah berubah drastik sampaikan susah nak cakap dengan aku, macam tak sudi je nak tegur aku. 

..Try to SPREAD the love.. ^_^

2 comments:

NaDiRaH ZaHaRi said...

weee...lagu skspm. mengimbau kenangan,hehe..

Unknown said...

@zai : sy nk try apply jd fasi skspm plop..hehe ^^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers