Friday, October 12

Introducing my new friends !


erk..my friends at usm ^^
*tak tau nak tulis ape*
merdeka  - raya for new student XD

Tautan kasih mentor - mentee

2012/2012

Time for assignment !

Jogging's time ! S.M.I.L.E
NOTA HATI : erk...sori my bestfriends (my oldschool friend..hehe) sorry bebanyak sebab tak upload pun gambar korang...  banyak gambar yang "cantik" telah lost di landa banjir..sori =_="


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, October 11

Lepaskanlah ~



Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik. 
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu. 
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”. 
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!
Cinta itu luar biasa  
Yang tersirat jutaan makna  
Cinta itu luar biasa  
Kerana  cinta itu bahagia
 dan membawa ke syurga

Just forgot about it~~..... -____________-

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, September 28

Never Give Up !



<iframe allowfullscreen="" frameborder="0" height="344" src="http://www.youtube.com/embed/r-Yn4b9iClE?fs=1" width="459"></iframe>

the video do not apppear?
click below


have u ever watch this video? It has inspiring me since a week ago after my lecturer shown this to me. 
Eventhough i have seen it a few time , but...
i still crying like a baby~ !!!!!!!!! waaaaaaaaaaaa~
Ia sangat menyentuh kalbu ku..huhu.
You should watch this video! recommanded!
Terharu tau, video ni sal kesungguhan perjuangan seorang atlet untuk mencapai pingat dalam olimpik.
Harapannya hampir berkecai disaat-saat akhir apabila tiba-tiba kaki dia injured.
Dia jatuh tersungkur dan apabila paramedik datang membantu, dia menolak bantuan itu dan masih ingin meneruskan race itu. He wasn't going to be stopped by anyone! Dengan kaki yang sakit dia meneruskan dengan terhinjut-hunjut, kesian betol lah. Nampak sangat kesakitan dia time tu. Dalam masa yang sama, ayahnya meredah security guard kat padang tu untuk datang membantu anaknya. Dia tidak tahan melihat kesakitan anaknya itu. 
 "It obviously touched something in him because he came over and put his arms round me and we embraced," said Redmond.
Memang part ni aku touched kot. Ayah dia pi hulurkan bahu untuk tolong memapah anaknya hingga ke garisan akhir. T^T
"I'm here, son," Jim says softly, hugging his boy. "We'll finish together." Derek puts his arms around his father's shoulders and sobs.Together, arm in arm, father and son, with 65,000 people cheering, clapping and crying, finish the race, just as they vowed they would. A couple steps from the finish line, and with the crowd in an absolute frenzy, Jim releases the grip he has on his son, so Derek could cross the finish line by himself. Then he throws his arms around Derek again, both crying, along with everyone in the stands and on TV.
Derek Redmon may not have his first place..but he managed to finish his race! Despite of pain, despite of tears... he determined to give his all. How about you? Okey i should ask "how about me???"
huhu


Tu isi tersurat. Apa yang tersirat (yang aku nampak ah) ia mengenai pengorbanan. Ce selami betol-betol video tu. Adakah korang terfikir pasal yang tersirat? Semuanya tentang ibu bapa kita. Their courage to see us to be a successful person?

Ce kita muhasabah diri ini. Perasaan tak sejak kita lahir lagi ibu bapa kita sentiasa menyokong kita dari belakang. Perhaps kita dah besar panjang, dia orang sentiasa ada untuk menjadi tulang belakang kita. Pernahkah kita sedar setiap kepayahan yang kita lalui, disitu ada parents kita. Walau apapun yang terjadi, dia orang selalu ada dekat dengan kita dan disitu juga ada akan ada bahu untuk kita berpaut. Dalam kesusahan mahupun dalam kesakitan. Dia orang lagi terseksa melihat kita kesakitan. Sebab itu walaupun aku stress dalam pembelajaran, aku tak kan tunjuk kat parents aku. Walau aku dalam kesedihan tak kan aku khabarkan kepadanya. Aku tak nak dia risaukan keadaan aku.
Teringat lagi kejadian 2 minggu lepas, aku rasa bersalah sangat kat umi aku. Ya Allah, hati aku jadi sakit melihat ibuku menangis apabila tiba-tiba je tengok aku pengsan depan dia. Dia menangis, aku dengar dia  mintak maaf dengan aku sebab dia tak sempat sambut aku nak jatuh tu. Lepas tu dia pangku aku. Ya Allah, hanya Allah saja tahu perasaan aku time tu. Mom, its okey. Im alright, dont blame yourself. Thats my fault, im not take care of myself carefully. 


Time tu umi aku memang jadi kalut giler r. Lepas aku sedar tu, cepat-cepat dia nak bawak aku ke hospital tapi aku menolak. Aku tak nak menyusahkan dia. Im sorry. Aku tahu, my mom memang risau gila so aku taknak lah menambahkan risau dia lagi. huhu
* YOU RAISE ME UP !! *

Aku tahu my mom memang risaukan aku, lepas dari kejadian tu tiap hari dia call aku tanya khabar. Tiap kali dia tanya mesti jawapan aku sama * im alright mom, tak perlu lah risau, adik dah sihat ^^ * maaf, aku terpaksa menipu sunat "white lies" demi tak mahu bagi umi aku risau. huhu. Tak apa kan ? kan ?
Aku tahu aku tak layak cakap pasal dosa pahala ni sebab aku sendiri pun banyak dosa. Tapi ini untuk ingatan untuk semua gak. Kita haruslah menjaga hati ibu bapa kita, jangan sesekali menyakiti hati mereka. Merekalah cinta dunia akhirat kita. Syurga & neraka terletak atas perbuatan kita kepada mereka. Kalau perwatakan dan imej kita dah macam ustaz pun belum tentu kita masuk syurga kalau kita derhaka kepada kedua ibu bapa.  Jangan pula disebabkan kita, our parent masuk neraka. Nau'zubillah~... mintak jauh lah. Jagalah tingkah laku mu. Fikirlah tiap perbuatan kamu itu boleh menyumbangkan dosa kepada ibu bapa kita.
Maaf lah kalo penulisan aku ni ada yang salah ke or ada yang tak puas hati. Mintak maaf bebanyak. Kalau free komen lah ye ^^
Tweet
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, September 26

Crazy aboUt the wifi !

see! Aku still lagi tak boleh nak login lagi! 
Rindu ah nak main eden eternal ni. Rindu nak jumpa evelee ...huhu
asal hujung minggu pun tak boleh main? asyik ACCESS DENIED!
wew...

Sabar jelah~



okey today~...opss not today but 25 september is very special date ever. *i think so~*
Firstly, it was my very bestfriend's birthday. wink...wink...
Secondly, ehem2... my *sweetheart* 's birthday...toink..toink
ase macam lain sikit la kali ni sebab aku kan duk 1 U ngan dy sekarang ni..haha...i desa lagi tu
tett....




k thats all yang boleh i karang kat sini. next time i crita lagi..huhu
bye...
salam~
NOTA HATI : nampak sangat si dia nak menjauhi aku. Bila aku on je, dia terus off kot!!! Dah banyak kali macam tu, tak kebetulan kot??


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, September 21

Tak balik?

First of all hari ni pelik sikit. Bukak blog,intefer dah bertukar ke blog inteference yang baru tu. Seriously tak suka sebab masih 'kekok'. hoho. Cam pelik ja. Memang totaly dah tak leh guna ka intefer yang lama tu? 
__________________________________________________

Weekand ni aku tak balik, huhu.. *sedih..sob..sob..* sebab esok (sabtu) ada program kat U aku ni. Haish rajin bebenor u aku ni nak buat program untuk budak baru. Minggu lepas kem, minggu ni ada program ceramah, next week program larian. Memang 2 minggu ni aku tak balik rumahlah jawabnya.

Entah mengapa pagi-pagi hari ni aku terbangun awal. haha. Apa la aku mimpikan semalam sampaikan hari ni pagi-pagi lagi aku dah mandi. haha. Selalunya hujung minggu macam ni tengah hari baru nak merangkak masuk bilik air. huhu. *rajinkan aku?haha*
Okey, tetiba je pagi ni aku rasa nak breakfast. haha. Jarang sekali aku kelaparan pagi-pagi macam ni. Bila turun ke cafe, hampeh.. dia orang tak sediakan makan pagi untuk weekand! Adoi, kalo balik kan best. huhu. Hidup di U ni memang kena belajar kendiri ke? I mean semua sendiri? Okey aku masih tak biasa dengan semua itu.
Aku dah la bukan jenis "budak sosial". Dalam konteks budak sosial maksud aku ialah aku bukan jenis yang suka makan kat luar. That's it. wew. Kalo lambat lambat *dekat kol 6* makanan di cafe akan habis! Dah la malam dia orang tak bukak cafe. Dalam kata lain, student haruslah "berdikari" mencari makan diluar.
Yep, im not that type girl yang suka berjalan-jalan "tergedik-gedik" kat kedai mamak kat luar. I prefer to stay at hostel! fullstop! Aku tak biasa lah nak makan kat luar. Aku bukan memilih tempat makan tapi biasalah kalo kat kedai mamak tu ada "orang" macam mana. Aku tak boleh lah kalo ada orang pandang aku dengan pandangan yang pelik. *tak sure gak orang tu pandang aku ke tak* Aku rasa macam tak selesa je. One more thing, habit student sini kalo nak makan malam mesti keluar pukul 6.30 lebih-lebih gitu. Hello? adik oi , time nak dekat maghrib tu. Tak manis la kalo "anak dara" keluar time macam ni.
Nak keluar malam-malam pula rasa buang masa pulak, nak study beb!..haha. Kesimpulannya, aku kelaparan la tiap malam kat dalam bilik tu. Tak kan nak makan megi tiap malam kot. huhu. Memang boleh kurus akau macam ni. Dah la tengah hari tak berkesempatan nak makan, just makan roti je sebab rehat SEJAM je. huhu.

Okey-okey ni citer sal "pembelajaran" aku. haha. Aku tak nak citer sal anatomy but ni sal subjek psychology! haha. awal-awal sem dah kena belajar benda ni. First expression aku sal sal subjek memboringkan but ia meleset sama sekali. Enjoy kot belajar psycho ni. Ia tentang oursself. Cewah. Straight 3 jam aku belajar subjek ni dalam seminggu. haha. memang psycho la. Lecturer dia pun sempoi giler r, boleh wat lawak.

 Semalam dia ada bercerita sal couple. Okey,part ni aku macam tak bersetuju sikit ngan dia. Ada ke dia kata "bercouple" ini normal?  and kepada yang tidak ada bf ni a little tak normal.. WTF?!? Dia kata mengikut pembelajaran psycho ni pada usia kitorang sepatutnya mempunyai perasaan to other gender. Kena ada perasaan kasih sayang kepada orang lain selain daripada family sendiri. Adoi, sori la aku bukan tak nak or tak suka lelaki tetapi in fact kebanyakan lelaki ini tak boleh menggugat hati aku lagi. Haha. Kalo aku, aku tak nak bercouple, nak kawen terus. Haha....... Tak lah aku berdosa couple. kikiki.

okey lah time to basuh baju... bye all~

NOTA HATI : thanks la kepada yang mendoakan kesihatan aku *kalo ada la*. Alhamdulillah, walaupun sekarang ni aku jadi cepat penim2 tapi demam n batuk tu dah beransur pulih. Syukran~ ^^

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, September 18

#6 Kekasih Gelapku : Jagalah pandanganmu~


Mata ini ingin selalu memandangmu….
Tapi tak ku teruskan…
Bimbang akan mencium bau zina….
Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu…
Lalu aku tinggalkan semuanya….
Tak ku zahirkan didepanmu….
Cukup hanya ALLAH saja yang tahu…
Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu….
Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu…
Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu….
Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan…
Tapi aku tak terus melompat girang….
Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan….
Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan…
Bimbang dihati kian mengembang….
Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan….
Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman…
Tiap masa doa kurafakkan…
Moga DIA membuka pintu hatimu….
Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku…
Kerana cintaNYA aku mengenalimu…
Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu…
Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu…
Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala….
Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA…
Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA…
Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA…
Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH…
Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga…
Bukan menjemput air timah dari neraka…
Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala…
Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…

NOTA HATI : Semalam kuberjumpa jodohku di surau. Haha. ^_^ Setelah sekian lama kumenanti untuk melihat si dia. huhu. "Jagalah pandanganmu erisa!!!"
*EVELEE - janganlah rasa bersalah, tiada apa benda untuk dipersalahkan. You're my bestfriend ever. Ku terimamu apa adanya. Biarlah semua itu menjadi kenangan terbaik buat kita ^^_ Love u~


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers