Inilah kisah cinta Salman al-Farisi....
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk
menyempurnakan separuh daripada
agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum
Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi
cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita
solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran
pelangi... penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya
ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah... alhamdulillah” terpancut kata-kata dari mulut Abu
Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu
teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut
para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi.
Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan
Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi
Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada
ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri
kalian untuk dipersuntingnya” berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita
tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia
sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih
besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang
utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di
tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk
memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di
belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus
daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat
dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua.. sebenarnya
puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai
hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur”
kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman
al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
Subhanallah... jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’
sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi.
Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah
menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun
lain pula jawapan Salman al-Farisi;
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai
pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi
jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan
pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi
pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana
redup di suatu petang itu.
Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan
ta'ajubnya sy ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yg begitu bersahaja
sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah
swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan
kasih syg Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya utk terus
MEMBERI...teringat sy akan satu ayat ni. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi
apa yang ada, tp bersyukur dgn apa yg dimiliki, tidak haloba dgn apa yang
tiada..
Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji
sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yg
lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yg pada mulanya dijadikan 'teman
bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan
situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn
keikhlasan?? sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti
rsa terkilan. Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima
setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan
yg besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI...
Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada tuhan yg berhak disembah
melainkan Allah swt. Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita
ketahui..
~kisah cinta Salman al-Farisi ini saya ambil dr blog Tarbiyah Dzatiyah
utk dikongsi bersama di sini..
..Try to SPREAD the love.. ^_^