Wednesday, July 24

erkkk....

Biar gambar berbicara.....malas nak menaip,huhu

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, July 23

Al-Fatihah : Kematian itu suatu Kepastian

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ  
“Katakanlah, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS Al-Jumu’ah 8)
Baru je balik dari pengebumian Tok sedara aku..huhu...(kebumi tangah hari tadi lagi)
Sekembalinya dari majlis pengebumian itu, banyak perkara yang aku telah pelajari dan aku rasa semua orang sedia maklum. Pasal tanggungjawab anak-anak, cara menguruskan jenazah dan banyak lagi. 

Kali ini aku begitu tertarik melihat kekuatan cinta antara tok saudara laki dan perempuan aku tu. Kalau boleh aku pun nak laki macam dia. Sebelum tok sedara aku (perempuan) sakit, tok sedara (laki) sentiasa menjaga kebajikan isterinya. Dia sentiasa menurut kehendak isterinya walau dengan cara sekali pun dan dia memang begitu sabar layan kerenah isterinya.

Aku terharu melihat mereka bersama buat kali terakhir tadi. Tok sedara laki aku tu still nak jadi imam buat isterinya untuk terakhir kalinya. Dia sendiri menjadi imam ketika solat jenazah isterinya. Bagus betul lah. Dan yang paling terharu sekali ketika diperkuburan, aku terasa sebak didada apabila tok sedara laki aku itu sendiri yang menbacakan talkin kepada isterinya..wuhuhu, nak nangis ke kat situ tapi aku control sikit la. Tapi air mata aku jatuh jugak apabila mendengar ayat terakhir talkin itu, ayat dia lebih kurang mengucapkan selamat tinggal dan selamat berpisah dari dunia ini. huhu. Aku tak boleh bayangkan persaan tok sedara laki aku time tu.

Lepas pengebumian tu, balik-balik je rumah, tok sedara aku tu terus je senyap. Hanya bibir yang melemparkan senyuman. hermmm. Macam manalah dia akan hidup sendirian tanpa isteri disisi. Anak-anaknya juga tinggal berjauhan darinya.

Hermm, aku harap roh tok sedara perempuan aku tu tenang alam sana dan semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. [AL-FATIHAH]

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, July 16

Strive for eternity

Life has its moments. Sometimes you may not understand why but in a few years you will begin to understand all that has happened. It will all make sense as if you were looking at it with magnifying glass. 
You experience moments that feel like miracles and moments that make your heart ache. Saat yang membawa kesedihan tanpa henti dan saat yang suram. Saat apabila kita merasakan gembira apabila kita tahu kita telah menolong orang yang memerlukan, dan saat dimana kita merasakan putus asa dan sudah pun terjatuh. You experience moments that raise you up high and moments that make you want to drift away from the people. TAPI tunggulah untuk satu saat dimana hati kita hilang dari kerisauan permasalahan. Free of pain. Free of fear. That moment is off course Jannah (paradise). 

Jangan sekali-kali berputus asa mengharapkan ketika itu. Dunia ini hanya sementara dan akhirat adalah masa selamanya.
cc : Islamic Inspiration

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, July 5

Layan Lagu

cuti-cuti selain aku melayan drama @ movi.. keje aku adalah mendownload lagu..huhu
okey, as usual. aku. suka. prasan. haha. bila aku dengar lagu ni, ase macam dy orang nyanyi pasal aku je :P

i like this song, dah macam aku pulak yang nyanyi lagu ni..haha
lirik :
You make me glow, but I cover up
Won’t let it show, so I’m
Puttin’ my defences up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that
I think I’d have a heart attack
When you come around, I get paralyzed
And everytime I try to be myself
It comes out wrong like a cry for help
It’s just not fair
Pain’s more trouble than love is worth
I gasp for air
It feels so good, but you know it hurts
aku tuju lagu ni kat someone yang pernah make me glow..haha XD...The feelings got lost in my lungs, They’re burning, I’d rather be numb And there’s no one else to blame :P

INFINITI CINTA
lirik :
Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana

siap mention ciri-ciri aku lagu tuh..haha XD..ish malu la aku...ahaks *aku memang suka perasan*

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, June 30

Cycling

Berbasikal...
Hahaha.... dah macam mimpi je aku pi cycling kat kampus induk! Adoi, ingatkan cycling biasa-biasa je tapi tak. Ni memang betul-betul cycling la, siap naik turun bukit kot. aigoo...
Alkisahnya, disebabkan aku nak sangat pi induk aku telah menyertai satu aktiviti di kampus induk Pulau Pinang. Hah, aku ingatkan event ni biasa-biasa je, just berbasikal seperti larian amal tu. Selepas seminggu tidak mendapat berita mengenai aktiviti itu, aku assume la ia cancel. huhu. Sekali pada tarikh bertolak ke induk tu ada orang call tanya nak pi tak aktiviti tu. Seriously pengurus tu call pukul 10 pagi dan dia kata bas akan bertolak pukul 11! gila memang giler r, aku time tu duk kat rumah dah, bas duk menanti kat U. 
Dengan semangat nak gi induk punya pasal, aku bergegas berkemas and joining the others. Bukannya ramai pun, tak sampai 10 orang student yang pi, yang lain tu staff-staff kampus aku je. On the way tu pakcik staff(yang incharge untuk bawak kitorang tu) barulah dia briefing sal aktiviti tu. HAHA. -_- pakcik tu kata cycling kali ni sejauh 35km. Orait. Sejauh rumah aku ke U. huhu. Lepas dengar tu ase macam nak patah balik rumah je. Tak nak join! 
Giler ke apa, aku dah la lama tak cycling, last sekali pun time kat matrik taun 2011 tu pun main kawasan taman je. Ce kira brapa taun dah aku tak naik basikal. Sekali naik, kena yang teruk kot. huhu. Tak penah-penah aku try naik basikal panjat turun bukit -_-. Memang pancit la kaki aku ni nak mengayuh. Dah la kat kampus induk tu berbukit bukau. Dah rasa macam budak kecik baru belajar je. Pagi tournement tu jugak la baru nak belajar naik basikal racing yang ada gear tu. Pakcik-pakcik tu ajar cara nak guna gear tu. Adoi...aktiviti ni sebenarnya hanya untuk orang expect dah sal mengayuh basikal ni. Tak sesuai la untuk pengayuh kampung macam aku ni -_- yang tau naik basikal jepun tu je..huhu
walau apapun, akhirnya aku dapat menghabiskan pertandingan itu dengan jayanya..haha... siap ada orang ambik gambar aku lagi tue....haha malu la pulak, dia ambik gambar time aku tak larat dah, muka pun sposen je. wew. Jangan lah gambar tu masuk dalam majalah dia orang tu. Thanks la majalah cycling *entah lupa tajuk dia* yang sama-sama menjayakan program Usm Mini Jamboree tu. huhu. Memang terasa gempak jap sebab orang luar pun turut serta. Semuanya Cycler yang dah penah masuk pertandingan cycling ,hebat-hebat belaka, first expression aku pun gerun. Mujur la kitorang student tak termasuk dalam kategori dy orang tu. We all dalam kampus je, dy orang kat luar kampus.
Gambar yang dikidnap dari page CYCLING MALAYSIA tu
: : me & the gang : :
Padang at Kampus Induk
teruja jap aku bila duk kat induk. Baru rasa suasana universiti sebenar~
we'r the finisher...haha
suasana malam di Induk #DesaSaujana
p/s : ** gambar buruk aku tidak dapat disiarkan disini..haha....malu den -__-
** untang jugak I pi, boleh jumpe YDP MPP yang selama ni kenal dia dalan fb je..haha (aku x stalk dy k -_- fb dy je slalu naik kat suggestion friend tu)
** Habis event terus balik sebab geng staff nak tengok bola Kel vs JDT. huhu. 1st time aku tengok bola kat kedai. huhu. terbaik r pakcik-pakcik tu. Excited sangat nak tengok bola sampaikan sanggup parking bas tepi jalan n singgah kat kedai makan semata-mata nak tengok perlawanan bola. hoho
Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan!

k , bye~
salam Syaaban

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, June 26

Cuti Yang Panjang....

Okey nampaknya sudah lama aku tidak menghadirkan ceritaku disini. huhu. Al-maklum lah sibuk mengalahkan menteri. haha. Well... sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsi tapi memandang hari demi hari aku tangguhkan, aku jadi lupa dah apa yang aku nak cerita tu. huhu. *aku dah mula nyanyuk sekarang...*
Busy sampaikan lupa birthday blog aku yang baru setahun jagung..huhu....

1st-ly aku nak bagitau aku dah selamat menghabiskan pengajian tahun pertamaku.ase macam baru je start sem 2 sekarang dah habis. Masih terngiang2 lagi post awl sem dulu. sini. haha. rasa macam tak percaya pulak. teringat post terdahulu yang nak masuk u. sini. Tak sangka jugak lah dapat mengharungi pahit getir kehidupan di universiti selama setahun..huhu..apalah nasib aku ye kalau aku pilih UM dulu..huhu....

Okey nampak tak slip exam aku?haha...ambik kau, sem ni aku ambik 10 subjek kot -_- . Lepas tengok slip exam baru aku sedar betapa banyaknya subjek aku ambik sem ni. huhu. RARE kot..haha...cukup 21 unit a.k.a credit hours.

Mane tak busy nye, dengan 10 subjek pelbagai esaimen diterima..huhu...sadis ase. Mujur la untuk final exam    kena exam untuk 7 subjek je. 3 lain tu dipenuhi dengan quizes and esaimen..huhu. Doakan la aku dapat result yang terbaek. Kadang kala cemburu tengok rakan dari U lain yang ramai dapat dekan. Kat tempat aku sapa yang dapat dekan tu memang lagend la.huhu. Jarang nak jumpa budak melayu yang dapat, kebanyakannya chinese aje. Kesulitan exam dipaper yang ada negative marking *semua paper ada negative marking, macam mane lah nak score -_-*
Ini kalilah permarkahan universiti yang tidak dapat aku terima. Memang idok ler kalo nak menembaknye. Salah tembak potong markah -_- aigooo~....
Arap kali ni dapat capai target la..huhu..
Kesibukan aku bukan di part study je, tu belum termasuk ngan aktiviti lagi. Aku pun kena struggle mendapatkan tempat di desasiswa. Orang2 selalu tanye aku, asal nak duk kat asrama sedangkan u dekat ngan rumah *dekat la sangat* . ehemm...kat asrama aku "lebih belajar" dari duk kat rumah menghadap tv. hoho..
Cuti antara year memang best! Summer Holiday.haha. lama sampaikan aku tak tahu nak buat apa kat rumah tercinta tu.wew.huhu.
tengok la kalau aku rajin nak update blog.haha....
k,bye....

..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers