Friday, August 17

#3 Kekasih Gelapku : Yang Terpendam



Apalah ertinya cinta
Bila cinta ini tak kesampaian
Yang ada hanyalah penyesalan
Di dalam hatiku menjadi hancur
Semua telah hilang lenyap 
Dan terbawa aku oleh kenanganmu
Jadi harapan yang kini tidak mungkin ku miliki
Apakah kau tahu aku mencintaimu?
Bila kuingat dirimu..
Pernahkah kau sedari kucuba raih hatimu?
Dan tak akan terhenti hati ini
untuk tempatkan kau didalam hatiku.. 
Yang aku rasakan saat ini
Cinta yang telah lama ku pendam
Tidak dapat ku katakan padamu
Kerana kau telah berdua dengannya
Semua telah hilang hanyut
Dan terbawa aku oleh kenanganmu


Jadi harapan yang kini tak mungkin ku miliki
Ku tahu kau bukan jodohku
Namun akan tetap aku doakan kau selalu
Berbahagia bersamanya..




Rentetan Kekasih Gelapku :
#1
#2


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, August 15

Tingginya Darjat Seorang Wanita!



WANITA itu perhiasan dunia, sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah. Wanita itu Tuhan jadikan padanya sifat pemalu, lemah-lembut dan penyayang. Bahkan Islam itu sendiri mengangkat martabat seorang wanita sehingga terbitnya ungkapan ‘syurga itu di bawah telapak kaki ibu.’
Tuhan sediakan padanya pahala yang melimpah ruah ketika mengandung, melahirkan, menyusu dan mendidik anak-anaknya.
Aduhai tingginya nilai seorang wanita yang bergelar ibu. Selayak-layaknya wanita yang diizinkan Tuhan menjadi seorang ibu itu menzahirkan kasih sayang pada bayi yang dilahirkannya.
Mendengar suara tangisan bayi minta disusukan itu boleh menggetarkan naluri hati seorang ibu. Tetapi jika wanita yang melahirkan itu begitu tegar membuang bayi yang dikandungnya, perbuatan ini sudah melangkaui batas kewarasan seorang manusia.
Mengapa ingin meletakkan darjat yang tinggi itu menjadi lebih hina daripada seekor binatang? Apalah guna menjadi manusia sekiranya binatang seperti seekor ibu kucing pun pandai menyayangi anaknya, sedang kita sebagai manusia pula berbuat sebaliknya.
Marilah kita sama-sama bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita yang darjatnya amat tinggi di angkat oleh nabi MuhammaD SAW kita. wanita yang sebaik Sumaiyyah memang sukar untuk dicari, apatah lagi sebaik Balqis dan Zulaikha. tidak kira siapa kita sebagai wanita, sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai wanita yang amat mudah untuk menghuni syurga yang abadi. mari kita selami 19 keistimewaan wanita menurut hadis, semoga dengannya kita akan lebih menghargai diri kita sebagai wanita.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas 
tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi 
Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu
.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Sekian ;
: : SALAM RAMADHAN : :




..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, August 14

Lelaki or Perempuan yang kuat cemburu?

Dengan memberi KEMAAFAN
Bukan meletakkan kita lebih rendah dan kalah
Tetapi menaikkan maruah dan keimanan dalam diri sendiri.

Bermaaf-maafanlah sesama kita.
Tak kira muda dan tua...


Apa pendapat anda tentang cemburu?Hehe..siapa lebih kuat cemburu? Lelaki or Perempuan?

Erisa bukan nak menyebelahi sesiapa tapi based on the experience la..hehe
Bagi Erisa lah kan, lelaki dan perempuan sama-sama kuat cemburu tapi kadang-kadang cemburu lelaki lebih menonjol. Sorry to say lah kan tapi ini pandangan Erisa melalui pengalaman. Hehe. Erisa akui sendiri, Erisa memang suka cemburu gak tapi bertempat. Kalo cemburu pon Erisa tak tunjuk depan-depan sangat just berkias je..Ahaks

Pengalaman Erisa melalui 2 orang big bro dalam hidup Erisa. Kadang-kadang Erisa sendiri tak tahan dengan cemburu dia orang tu. Sama-sama adik beradik pun nak cemburu, ni belom Erisa ada suami lagi..haha..
In facts, my along and angah sentiasa cemburu 1 sama lain kalo Erisa terlebih layan salah 1 daripada dia orang. Macam budak-budak pulak.

For example, kalo Erisa ajak angah kuar, mesti along nak ikot jugak. Kalo Erisa masak untuk along, angah mesti tergedik-gedik mintak dimasakkan makanan untuk dia jugak. Kalo Erisa tolong pakaikan baju raya untuk angah, along mesti nak join sekali. *opss, jangan pikir yang bukan-bukan ea, Erisa just tolong betol-betolkan baju and pakaikan samping je..huk3*. Semua nak suruh Erisa buat, macam lah tak ada orang lain. Kalo nak buli pun berpada-padalah. Adoi.. Lelaki memang macam ni ke?

Kadang-kadang tak tahan jugak la dengan perangai dia orang. Erisa pun ada ugak cemburukan kakak ipar dengan angah Erisa tu. huhu. Kalo time makan, siap tolong ambik lauk bagai lah tapi bila Erisa mintak tolong hampeh nak bagi..huhu. tapi kalo Erisa share minuman ngan along, tergedik-gedik angah nak jugak.huhu,sadis betol. And kalo Erisa duk calling2 ngan lelaki *oppss* ada je abang2 nak jadi hero halang Erisa... huhu. Oke, kalo dah abang-abang dah berperangai macam ni and kalo ada suami nanti macam mana pulak tu?huhu... alamatnya aku yang akan jadi mangsa..huhu.


Lelaki memang kuat cemburu kot..haha
And this is my opinion, so kalo ada opinion lain sudi share-share la ye ^_^

sekian
: : SALAM RAMADHAN : :


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, August 11

Aku dah Dewasa

Hari ini 11/8/2012
Dah genap umur aku 19 tahun 1 bulan..haha..dah rasa macam dah besar sesangat ni. I meant dh "matured".
Tapi kenapa semua orang tak pandang aku sebagai orang dewasa? aku nampak cam kanak-kanak ke?
Parents aku pula lagi-lagi la layan aku macam budak-budak.
Aku nak try gak kerja tapi dia orang tak bagi!


Please~...nak rasa nak bekerja
Adoiiii~...aku nak try gak mencari duit,nak kumpul duit sendiri
huhu...sedih nye..
yang lagi masyuk, my dad kata "tak yah nak gatal kerja,kalo nak duit baba boleh kasi.."
ooppss...rasa macam nak replay je ayat tu..haha...
rasa macam tak caya je my dad nak bagi "gaji" kat aku. Selama aku duk kat rumah, susah bebenor nak kasi duit sebab dia takot aku pergi enjoy, habiskan duit tak tentu pasal.huhu
I'm not that type person..hoho...*okey,english aku salah*
Tapi hakikatnya, aku nak kerja bukan sebab duit tapi nak cari pengalaman. Kenapa my parents tak memahami?Anak nak belajar berdikari tapi tak nak bagi pulak dah. Bila aku tak pandai berdikari marahkan aku pulak,. Poning den dibuatnya.huhu.


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, August 9

Tuhan Jagakan Dia!

"Bagaimnakah CARANYA untuk membuatkan diriku DICINTAI oleh seseorang?

Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU."

Imam Syafie pula menjawab, "Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita”

Try layan lagu nih,best! Jiwang siot~..ahaks




Mendengar irama dan menghayati bait-bait liriknya .
Mungkin akan membuat 1000 jiwa tersentuh ..
Kita mempunyai kisah hati kita yg tersendiri ..
Cara kita menghayati juga berbeza ...

Lirik Tuhan Jagakan Dia by Motif Band

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau


Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Nota Hati : Ya Allah, tolong jaga ibuku baek2 ketika ketiadaan aku. Sungguh aku mencintai dia namun tidak lebih aku mencintaiMu. Ameenn~...*This song is dedicated to my beloved mom,love you mom*

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Apa aku nak jadi nihh?

Dalam duka pasti ada suka. Jangan menyerah; karena dengan putus asa kita tidak lebih dari pecundang

Salam ramadhan al-mubarak semua!.
Hehe..hari tetiba je terfikirkan sesuatu. Pasal masadepan aku.ermmm. Lepas graduate nanti kompen ka aku akan kerja? Kat mana tu? atau pun aku akan jadi penganggur je? Alahai tetiba je soalan itu bermain difikiran Erisa. 
Kalo dapat biasiswa JPA, insyaallah ada kerja yang terjamin tapi kalo yang dapat PTPTN je, kena cari kerja sendiri.
Dah la zaman sekarang ni susah nak kerja. Kata je kerja kosong berlambak tapi pengangurnya masih ramai lagi.
Dan tiba-tiba juga Erisa terfikir akan keinginan Erisa dahulu. Dulu Erisa nak jadi suri rumah je tapi biarlah dapat pegang segulung ijazah dulu.HEHE
Erisa nak jadi suri rumah, nak jaga suami, nak jaga anak-anak & memenuhi masa bersama family je. Sebab Erisa rasakan, anak-anak akan lebih berjaya jika dibimbing oleh ibunya sendiri. Tutur katanya terjaga, makan minumnya terpelihara. Haha. 

Kalo kita kerjakan, anak-anak pasti ditinggalkan pada orang lain yang belom tentu mengajar benda yang baik. Ok disini bukan Erisa nak memburukkan rumah jagaan @ taska @ seangkatan dengannya tapi melalui pengalaman yang dapati dari saudara mara. Anak-anak mereka sudah pandai menggunakan kata-kata kasar yang "mencarut". Ini disebabkan oleh rakan-rakan yang suka menggunakan kata2 sedemikian. Anak-anak kita masih kecil sudah pandai menggunakan perkataan tersebut apatah lagi bila besar sudah pandai melakukan apa saja.

Tambahan pula, apa salahnya kalo ibunya sendiri yang mengajar anaknya contohnya membaca al-quran. Erisa tertarik dengan seorang jiran tetangga disini. Dia sanggup menyimpan ijazahnya semata-mata untuk menguruskan keluarganya. Anak-anaknya baru saja berusia 3 tahun sudah pandai menghafal surah-surah pendek. Lain pula terjadi kepada anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan. Mereka hanya pandai menyanyi sahaja. Ermm, mungkin sesetengah pusat asuhan sahaja yang mengajar menghafal surah-surah pendek ini. Orang mesti kata, buat apa belajar penat-penat tapi nak jadi suri rumah je? Haha, takpalah asalkan familyku terjaga. ^_^

Erisa tak nak anak-anak Erisa nanti kekurangan kasih sayang. Al maklum lah kalo ibu bapa yang berkerja, kadang kala tiada masa untuk anak-anak dan tiada masa menjaga"rumah tangga" itu. Kalo jadi suri rumah, insyaallah pakai makan suami akan lebih terjaga. Si isteri pun sempat berdandan untuk suami tercinta. Kalo isteri yang berkerja sentiasa tiada masa untuk berhias untuk suami. Betol x?Haha..Teringat pulak kat mak kawan Erisa tu, dia seorang suri rumah and setiap kali suaminya balik kerja mesti dia akan menunggu dipintu rumah siap dengan "make up" dimuka. So sweet la..  Erisa harap suami Erisa nanti sependapat dengan Erisa dan membenarkan Erisa untuk menjadi suri dalam rumah. Hehe.

Tapi ni semua keinginan Erisa je, Erisa takut tak semua orang setuju dengan pendapat Erisa ni especially my mom..haha..

See apa yang UAI & Ustaz Don kata:

nota hati : HAHA. Wahai bakal suamiku, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik buatmu dan ibu yang penyayang buat anak-anak kita kelak! *wink..wink*
psst :aku bukan gatal nak kawen lagi pon..haha...U pon belom masuk lagi. kehkehkeh XD..ini saja-saja pandangan aku tentang suri rumah!

Sekian ;
: : SALAM RAMADHAN : :



..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers