Thursday, August 9

Giveaway Raya untuk Semua

Jom join!

Terma & Syarat nye:


Tarikh tutup giveaway :

10 Ogos 2012 (Jumaat) sampai jam 12 malam

Menggatal nak tag

http://gadisbunga93.blogspot.com/
http://hairuliza-anakku.blogspot.com
http://arnishuhadasukridin.blogspot.com

Tweet
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Tuesday, August 7

JPA oh JPA!


Memang ujian betol la dalam bulan pose ni. Aishmen.. Aku baru je nak try apply untuk biasiswa JPA tapi hampeh... Selalu error je. wew.
Dah la dia bukak untuk beberapa hari je. huhu. *Sumber kewangan aku~*
Sesapa nak try apply, klik sini 

Huhu..macam-macam benda jadi kat aku hari ni. Dah la dari semalam aku try bukak laman web JPA tapi tak dapat, petang tadi tersalah pulak potong cili. Habes "panas" tangan aku ni.
Dah la kulit aku ni jenis yang sensitif, senang dapat penyakit.

Kalo basuh baju guna tangan especially guna peluntur klorox, lagi la teruk tangan aku mengelupas. Mau 2 minggu baru hilang pengelupasan tu. Tapi orang lain pikir aku ni ngada-ngada. Sengaja cari alasan malas basuh baju. hermmm... Ikot la apa orang nak cakap, lepas penat mengata berhentilah dia.
Entah kenapa semua berkait dengan diri aku ini sensitif. Tangan aku dah la tak betah nak kena sabun, muka aku pulak tak boleh berminyak ciket, beranak pinak la acne tu. Adoi.

Ni belom cakap hati dan perasaan lagi. Sensitif giler kot. Haha. Walau aku ini seorang yang sensitif/cepat terasa dengan orang namun aku hanya pendam jelah perasaan itu.

Thats me. Aku lebih suka pendam daripada memberi tahu kat orang lain. Aku takut nanti kalo aku cakap akan membuat orang lain terasa. Biarlah aku seorang yang merasa kepedihan itu.HEhe
Amigos~..

Sekian :
: : Salam Ramadhan : :


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, August 6

Segmen Blog | FOLLOWER + TRAFFIC UP

*wink..wink*
selamat singgah kat blog aku yang tak seberapa ni, umur pun x cukup matang lagi..hehe..
Hari ni 1 lagi segmen aku nak join untuk tambah follower. Harap2 dapat la tambah kunjungan.
PEACE! 

: : nak join?sila klik kat gambar ni : :
@ klik sini

Segmen ini ditaja khas oleh encik Firdaus Mohd.
ahaks...
Moh ler kite join skali ye..
menggatal nak tag Nadirah Zahari 

Sekian ;
: : SALAM RAMADHAN : :


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Ada apa dengan mimpi?

✿ Quote of a day :


Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.


Tetiba je nak tulis sal mimpi ni. Hermm... Ada apa dengan mimpi sebenarnya? Betul ke ia hanyalah mainan tidur ataupun dia nak bagi sign kat kita sal something???
Okey sebelum ni aku banyak kali mimpikan benda yang sama. Aku pun tatau la kenapa. Orang kata bila kita stress je kita akan mimpi. Tapi bila masa pula aku stress. Haha. Stress apa pula kalo hanya duk rumah goyang kaki?

Baru-baru ni ada termimpi benda yang sama. Mimpi aku ni pelik sikit. Entah kenapa dalam mimpi tu aku asyik kena kejar je ngan orang. Yang tak tahannya dia oarang yang nak kejar aku tu sebenarnya nak bunuh aku! Adoi. Menakotkan jugak lah sebab tak ada orang pun nak tolong aku time tu.

Yang tak boleh blah lagi, bila aku hampir "tertangkap" , aku dapat tahu orang yang kejar aku tu adalah orang yang sayang kat aku *eventhough aku tak kenal dia or nampak dengan jelas muka dia - biasa lah dalam mimpi* . Kalo aku nampak muka dia kan senang, boleh aku tahu siapa dia. Haha. Mimpi selalu je macam tu, kalo orang yang suka kat aku mesti tak nampak muka. Hahaha.*perasan jap* huk..huk..huk..

Lupakan sal mimpi orang minat kat aku tuh,hehe..yang aku peliknye kenapa aku asyik kena kejar + nak kena bunuh? Apa maksud mimpi ni? Memang ada orang nak bunuh aku ke? Or ada orang tak suka aku + bermusuhan dengan aku? haiya..manyak susah ma..
Aku nak mintak maaf la kalo ada yang terasa ngan aku ea. Aku insan biasa, insan yang lemah banyak buat salah. IM SO SORRYYYY~~ *tolong jangan bunuh aku*

Kalo ada sesapa tau sal maksud mimpi macam ni tolong roger kat aku ea..huhu...takut jugak kalo ia betol2 terjadi. Ermm... aku tahu, kita pun tak boleh percaya sangat ngan mimpi-mimpi ni, syirik namanya. I just want to know je..hehe..

Sekian ;
: : SALAM RAMADHAN : :


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, August 4

#2 Kekasih Gelapku : Tipah Tertipu ke Mak?

Quotes of a day :
✿ Usah DICARI mana KESILAPAN dalam TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yang DIBERI 


Jangan tertipu Oleh Perhatian
Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita. Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian
Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih. Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.
Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau. 

Setelah aku fikirkan balik, adakah selama ini aku tertipu dengan segala perhatiannya?herrmmm...tak la tapi aku pasti hati kecilku ini tidak menipu. "harap-harap la~" . Ikot lah apa orang nak kata,biarlah aku ditipu asalkan hatiku bahagia. Hatiku sudah bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Aku juga sudah tidak berharap dia untukku. "mungkin" . Kalau lah jodohku tahu apa yang aku rasa, mungkin dia akan kecewa. Kecewa dengan sikapku yang tidak mahu menerima kenyataan. So mulai hari ini aku mesti belajar melupakan apa yang aku rasa ini. Aku berharap cinta ini hanya untuk ALLAH SWT, RASULULLAH SAW & jodohku. hehe. SMILE :) , dont cry for something that you will never get!


Tweet
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Kasih Pokok Apple



 
Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.
Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.
Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu. 
Amin


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kisah-cinta-pohon-epal/#ixzz22YfJFqQJ


..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers