Tuesday, October 30

The Bird's Wing

Copy from : Islamic Inspiration
Untuk tatapan dan pedoman buat umum :)
Dear Muslim, if you want to live under the shelter of your Lord in this world and hope to reside beside Him in the Hereafter, you have to move to Allah as quickly as possible. You have to do so not slowly, as if walking, but as swiftly as birds and fly in the heavens of faith. The stronger your wings are, the more wishes you will fulfill. But, do you know where you can find your 
wings?


Ibn Al-Qayyim said,

“The heart, on its journey to Allah, is like a bird : love is its head, and fear and hope are its wings. When the head and wings are sound, the bird flies gracefully. If the head is cut, the bird dies. If the bird loses one of its wings, it then becomes a target for every hunter or predator.” [Madaarij As-Saalikeen by Ibn Al-Qayyim]

You cannot fly without wings! You cannot move to your Lord without a heart in which the valleys of fear and hope flow!

These are important signs in the way to Allah which Ibn Al-Qayyim directs us. They signify that a heart which moves towards Allah the Almighty must have a 
strategy including two matters :
 fear and hope.


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, October 28

Mimpi sampai ke bintang?

"Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini"

Entah mengapa kali ni aku nak menceritakan mengenai pengalaman aku di dalam mimpi. haha * sebenarnya tak ada idea nak tulis apa ni * Entah mengapalah aku selalu je mimpi yang pelik-pelik je. Mimpi yang aku kena kejar tu dah kerap kali bermain dalam mimpi aku. Kali ini lain sikit, entah kenapalah. Selalunya aku akan bermimpi orang sayang aku nak bunuh aku. wuhuhu...

Okey semalam, aku bermimpikan...erk... Aku bermimpi aku pi ke ruang angkasa. haha. Memang gila betol r mimpi-mimpi aku ni kan?. Perghh, rasa macam real pulak aku jadi angkasawan. Pi buat experiment mende entah. Kat dalam kapal angkasa tu ada ramai orang jugak la, dalam lebih kurang 10 orang. Dari dalam kapal tu aku boleh tengok bumi dan bulan! seyes rasa macam best sangat. Namun saat best hilang dengan sekelip mata je.

Tetiba je kapten kapal tu mengarahkan kami dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan stay dalam kapal main and 1 more group akan naik kapal kecemasan. Di sinilah satu keputusan yang sukar perlu aku buat, antara hidup dan mati. Hujan meteor telah berlaku di angkasa. Cam ni according to my dreams, kami terpaksa buat keputusan. Dua-dua kapal mempunyai risikonya tersendiri. 


First, kalo aku pilih naik kapal main, maybe aku akan selamat daripada serangan meteor tersebut NAMUN kapal tu mungkin tak kan sampai ke bumi kerana kapal tersebut akan mengalami masalah teknikal yang boleh menyebabkan kapal tersebut tak boleh berhubung dengan pihak bumi. Dalam kata lain kapal main tu tak boleh mendarat kat bumi. Tapi percentage untuk mendarat tu ada gak namun tipis lah. Second choice is naik kapal kecemasan. Kapal ni boleh sampai ke bumi (mendarat kat bumi) NAMUN risiko untuk berlanggar ngan meteor tu amat tinggi. Kedua-dua choice tu mempunyai risiko yang amat tinggi dan kedua-duanya boleh membawa mati. Masing-masing ada peluang untuk hidup tapi semuanya tipis belaka.

Kalo korang kan, korang nak pilih yang mana? haha. Herrmmmm.... Kenapalah mimpi aku ni complicated sangat hah? adoi, apa lah yang aku fikirkan sebelum tido pun aku tak perasan. hohoho. "Biar mimpi sampai ke bintang." Hambek ko, memang betol-betol sampai ke bintang siap ke bulan kot mimpi aku tu. haha. Mungkin ini caranya otak aku berfungsi. haha. Adakah puteal gland aku berfungsi dengan baik? Cukupkah hormon metalonin yang dirembeskan untuk membuatkan aku tidur lena? Tapi mengapakah aku still bermimpi? Jawapan nya akan diketahui kemudian * aku tak wat revision psychology lagi tentang bab ni..huhu *

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, October 27

#8 Kekasih Gelapku : Kerana aku...



Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah
Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

KERANA…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintaimu dengan menundukkan wajahku padamu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu, 
bukan kerana ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….

Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/kerana-aku-mencintai-mu-2/#ixzz2AQlm5Wef

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, October 26

Aidil Adha?


Ada cerita disebalik sambutan Idul adha. Mungkin kebanyakan ada yang dah tahu. Walau apapun aku tetap nak cerita buat santapan umum.

Idul Adha mengingatkan kita tentang konsep pengorbanan seorang ayah bersama anaknya dalam melaksanakan perintah Allah s. w. t. Peristiwa Nabi Ibrahim a. s. diuji dengan perintah menyembelih anaknya Nabi Ismail a. s. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah s. w. t. di dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109. Antaranya Allah menyatakan:
Maksudnya: Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-sama dengannya, Nabi ibrahim berkata: "wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapat mu. Anaknya Ismail menjawab, wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
Dari ayat-ayat tersebut Allah menceritakan, bagaimana keimanan yang tinggi yang dimiliki oleh Nabi Ibrahim a.s. dapat melaksanakan perintah Allah, sekalipun terpaksa mengorbankan jiwa anak kesayangannya Ismail a.s.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Oleh itu marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ismail. Berkorbanlah demi kebaikan, bukan demi kebendaan semata-mata. Salam idul adha buat semua muslim dan muslimat sekalian ^^


..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, October 25

Aku hanya insan yang biasa....

“Kalau aku merasakan engkau adalah cukup sempurna. Maka aku telah salah menilai kesempurnaan itu”
“ Kalau kita jatuh bukan bermakna kita kalah tetapi mungkin kerana kita salah. Kalau kita salah bukan bermakna kita menyerah tetapi mungkin kerana kita perlu muhasabah”

Okey, its holiday's time! yay -_- . furrfff.... dalam kepenatan sempat lagi nak posting2 kat blog. *PRASAN ADA ORANG BACA BLOG AKU NI* Tak pelah. Aku sedar blog aku ni tak seberapa. huhu. Its okey tak ramai yang datang singgah. Tak la aku segan ciket nak berceloteh sal perasaan aku ni. haha.

Ermmm, entah kenapa semenjak 2 menjak ini aku suka je tak puas hati ngan orang? a.k.a mood swing~..weee~~... erkk, hormon aku tak stabil ke? rasa macam dah cukup hormon ni..haha. Adakah badi "mood swing" kawan aku dulu sudah terlekat kat aku?haha....no way!!!!! oppsss....sori~

Sekarang ni aku cepat tak puas hati dengan orang. huhu. Bodoh betol aku ini. Ya Allah apa nak jadi dengan hambamu yang seorang ini. huhu.

Okey firstly aku tak suka bila ada orang yang cuba mencerobohi privacy orang. SORRY to say. Sebelum jadi apa-apa baik aku bagitahu dulu. Kepada orang-orang diluar sana, please la jangan jadi busy body nak "selak kain orang". Mind ur bisness k? Kalo aku lah kan, pantang kalo ada orang selongkor benda aku tanpa pengetahuan aku. Entah apa yang dicarinya. One more thing is dont you ever dare to selongkar hard disk aku! Dah kalo aku bagi just untuk bagi file to jangan la pi bukak file lain. Aku tak suka k? Hard disk aku tu memang lah tak ada benda pelik tapi hanya di penuhi dengan gambar je. Dah la gambar aku je. So please jangan tengok ea? I malu lah~... 

jangan ye adik-adik ^^

Surely ko akan tengok and observe gambar-gambar tu.Aku tahu lah insted of ko cakap "wah canteknye ko dalam ni" kat depan aku tapi dalam hati ko akan cakap, 'wew, muka dah la tak seberapa ada hati nak posing macam tu. Bajet hot?' or ko akan cakap dalam hati 'hodoh giler budak ni' . Mesti ko gelak punya lah dalam hati tu. Aku dah macam dapat rasa apa yang ko cakap dalam hati tu. 


Selain daripada itu, banyak benda yang tak perlu ko tahu. Dah aku bagi tahu location file yang perlu ko bukak so aku rasa tak yah duk bergedik bukak file lain lah. Aku dah bagi tu please jangan buat hal? PLEASE...PLEASE....rasanya pun aku tak penah pun buat gitu kat ko kan?kan? Kalo nak copy gambar-gambar tu pun bagitahu aku dulu. Biar aku cek gambar mana yang patut ko copy. Sekali lagi aku kata PLEASE!!! dont copy my picture! i dont like it! i think everyone have the same oppinion with me. Who ever like their picture being copying by other? *erkk...nak try jugak cakap om putih..haha* tolong lah fahami diri ini. Ce letak diri tu kat tempat orang macam aku ni. Aku bagitahu ini ditujukan kepada semua orang. Tak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal ok. Kalo ada yang terasa tu, aku mintak maaf? erk salah ke aku nak bagitahu hal yang sebenar? 

Maafkan aku. Aku mungkin tak sempurna.
tu jelah...huhu

..Try to SPREAD the love.. ^_^

Sunday, October 21

#7 Kekasih Gelapku : Tidak perlu mencari cinta. . .

Aku tidak mencari yang sempurna, kerana diriku pun juga tidak sempurna. Tetapi cukuplah bagiku yang sentiasa belajar untuk menyempurnakan imannya.

Ingatlah Sahabat Fillah ku Jodoh itu rahsia ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA...
☻♥ ☻
/█\ /█\
.||. ||.

SEKUAT mana kita setia...
SEHEBAT mana kita merancang...
SELAMA mana kita menunggu...
SEKERAS mana kita bersabar...
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita...
SELAMA mana kita bertahan bersamanya...


Jika ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA tidak menulis jodoh kita bersama orang yang kita sukai. Kita tetap tidak akan bersama dengannya walau engkau bersusah payah mendapatkannya. Maka cintailah orang sewajarnya. Kerana orang yang kita cintai belum pasti jodoh kita nanti, kadang yang engkau nilai baik untuk mu belum tentu baik untuk ALLAH. Seperti dalam firman ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Qs.Al-Baqarah:216)
Yakinlah... Cinta Itu Akan Indah Pada Akhirnya

Ehmm... Cinta Hanya Selepas Akad.....(✿◠‿◠)

Tweet
..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers