Tuesday, June 12

Cinta dan kenapa?




Cinta adalah misteri dalam hidupku yang tak pernah ku tahu akhirnya ..Namun tak seperti cintaku pada dirimu yang harus tergenapi dalam kisah hidupku


oke kali ini aku ingin bercerita tentang cinta. Cewah memandai je aku ni nak cakap sal benda gini, sendiri pun belum pernah kualami..huahahaha
Aku rasa buat masa ini tak perlulah kita mengejar cinta dan seperti yang kita tahu, Allah S.W.T telah menetapkan jodoh kita. Ada sesetengah orang berkata "jodoh tak datang bergolek kita kenalah mencarinya."
Yeke? Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun-tahun lamanya sebelum berkahwin kerana mahu menduga pasangan masing-masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Dan semestinya ke jodoh yang kita cari tu adalah benar-benar jodoh yang di tentukan oleh Allah?
hermmm... Budak seperti aku tak pandai berfikir lagi. So aku assume baiklah tak payah cari jodoh itu. Kalau betul dia jodoh untuk kita, dia mesti datang dengan sendiri. Contohnya macam kisah Ustazah Fatimah Syarha tu.huhu. Sweet betul lah.

Anyways, buat masa ini aku ingin persiapkan diri untuk menjadi isteri solehah. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi isteri solehah ni. Dengar macam senang jer tapi nak membuatnya payah.
Cewah. Seperti yang pernah Ustazah itu cerita time dia bagi ceramah kat kolej aku tu, dia kata bagi sesiapa yang tidak pernah disentuh lelaki, maka apabila first time disentuh oleh suaminya dia akan merasakan 'something' (macam best je bunyinya..hehe). So dari sekarang aku akan mengamalkannya.haha. Nak rasa gak 
apa nikmat itu. HEHE.. 
Seriusly, sepanjang aku dewasa ni(seingat aku lah), aku tak ada seorang pun kawan lelaki =_=" .
Mungkin orang akan nampak pelik dan tak percaya dengan aku. Pada mulanya aku pun rasa pelik juga kenapa aku tidak ada seorang pun kawan lelaki. Namun aku bersyukur sebab aku tak perlulah berbuat dosa dengan mereka. Okey bukan maksud aku berkawan dengan lelaki itu berdosa tapi.... entah lah. Mungkin sesetengah orang bagitahu yang mereka berkawan dengan lelaki kerana "nak belajar bersama" or saja suka-suka . Namun bagi aku kawan perempuan sudah memadai. Jika kawan perempuan kita boleh membantu kita berbuat kerja or belajar bersama, kenapa mesti pilih lelaki juga?. Kita mesti ingat lelaki boleh menjeremuskan kita kepada dosa. Contohnya, kita duk bergelak ketawa dengan lelaki dah boleh buat dosa apatah lagi bertepuk tampar. Kenapa tak dilakukan saja dengan kawan perempuan? Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Aku tidak perlukan kawan lelaki kerana aku sudah punya "dua kawan lelaki" dalam hidupku iaitu abang-abangku. Aku ingin jadikan suamiku seorang sahaja kawan lelakiku dan menjadi teman hidupku yang setia. Biarlah nanti dia tidak akan cemburu. Huahahaha



Okey, aku memang pernah dan banyak kali meminat seseorang itu, namun tidak pernah aku luahkan perasaan itu takut tidak terbalas. Aku juga pernah berkeinginan untuk berkawan dengannya namun entah bagaimana niat itu sering terbatal. Mungkin Allah ingin menjaga hatiku. Ya, aku bersyukur kerana selama aku hidup ini aku tidak pernah di uji dengan kehadiran seorang lelaki [i mean bercouple lah]. Allah S.W.T Maha Mengetahui. Mungkin Dia tahu yang aku takkan dapat bertahan dengan ujian tersebut. Ya aku amat bersyukur. Walaupun ada yang mencuba, namun Allah tutup hatiku untuk menerima si dia. HAHA. [Ni mesti jodohku sudah berdoa agar bakal isterinya tidak membuka hatinya untuk orang lain dan menjadikannya cinta yang pertama..haha : P ]

Dan aku juga ingin berterima kasih kepada orang yang pernah aku sukai kerana dia tidak pernah membalas setiap mesej yang kuhantar. Mungkin dia juga ingin menjagaku. Mujurlah aku tidak akan terbuai dan berangan-angan...cewah..huhu..
Aku ada banyak lagi kelemahan dalam diri yang perlu aku baiki. Untuk mendapatkan yang baik, kita pun haruslah menjadi baik. Walaupun siapa saja diluar sana menjadi jodohku, aku berharap dia lebih baik daripada "someone" tu agar aku dapat melupakan "someone" tu...hoho

Kalau rasa apa yang aku tulis ini salah or nak bagi pendapat, silalah komen ye? ^_^



..Try to SPREAD the love.. ^_^

Monday, June 11

Dont Be Sad,Dear~


[artikel ini di copy dari somewhere,tak ingat sumber dari mana..]

JANGAN SEDIH SAYANG,ALLAH BERSAMA-SAMA KITA 
Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…


KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129


AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12 
 



..Try to SPREAD the love.. ^_^

Saturday, June 9

Holiday??


okey oke...finally my parents dah accept proposal aku. Hahaha. 
Menggunakan pemikiran yang cepumas, akhirnya aku berjaya mendapatkan apa yang aku hajati. (oke, tak berjaya lagi just baru diterima)
Aku dapat pergi bercuti. YEPPY~...
Menggunakan alasan abangku, cadanganku diterima terus..wahhhh.



"Mom, sponsor la honeymoon abang..sambil tu kita ikut sekali..Jom la kita bawak diorang pergi bercuti"


tandukku sudah keluar. HAHA.
And then my parents terus je bagi green light. ahaha.
Oleh yang demikian aku telah memilih satu destinasi yang aku tak pernah pergi la, GENTING HIGHLANDS!!
wohooo... (tapi my mom kata aku dah pernah pergi time umur 13bulan. oke kiranya aku pernah pergi la tu? =_=" )
So thats mean 1 family aku nak pergi (termasuk kakak baru ^_^ )
happynye dapat bercuti 1 family. Harap-harap rancangan ini menjadi lah, abang long aku pun dah ambil cuti
hehe..semangat sungguh abang aku tue.

GENTING..THERE I WILL GO~~~~~yayyyyyyyyyyyyy





..Try to SPREAD the love.. ^_^

Friday, June 8

'Couple' Yang Halal | iluvislam.com discover the beauty of islam


Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

'Couple' Yang Halal | iluvislam.com discover the beauty of islam


glitter-graphics.com
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Thursday, June 7

Guinea Pig

2 3 hari lepas aku terbukak la satu FB ni. Kat situ dia ada post bagitau yang dia suka Guinea Pig. And gambar yang dia post tu nampak cam comel aku. Entah macam mana hati aku pun tergerak nak pelihara seekor menatang tu. Nampak comel and tak ganas. Haha. Dah la aku tengah boring kat rumah, kalau ada pet kan best. Kucing aku pun dah menghilangkan diri entah kemana sejak kenduri hari tue..huhu..






Nampak comel and ase geram nak peluk je..ish..nak~ tapi tatau nak beli kat mana? Any ideas where can i buy this pet?
Do guinea pigs make good pets? Consider these following points:
1. They don’t need to be walked
2. They can be left home without a sitter
3. They are easy to feed
4. They don’t chew your stuff
5. They are playful
6. They are gentle
YES!YES!YES! I want it~....huhu...kalau ada orang bagi hadiah benda ni kan best..hoho..dah la birthday aku pun dah nak dekat..haha...boleh request ngan abang aku ni. Hehe..

For more infor mation about Guinea Pig, please visit :Cute Pet Home




glitter-graphics.com
..Try to SPREAD the love.. ^_^

Wednesday, June 6

friend FOREVER,please?




My lovely Friend....
thank for everything what you have done to me..
sorry because i cant always be by yours side [ i feel so bad =_=" ]
i hope..
eventhough what had happen or will be happen, our relation will not break and last longer..
love u friend 

                           
..Try to SPREAD the love.. ^_^

My Blog's Birthday

Daisypath Anniversary tickers